Muqaddimah
Talbis iblis. Istilah ini digunakan oleh imam ibn Jauzi, dalam menerangkan betapa iblis cuba memakaikan kemaksiatan dan kemungkaran dengan pakaian2 yg zahirnya menampakkannya sebagai kebaikan. Lalu bercampur aduklah haq dan batil, sama ada disedari atau tidak.
Perangkap yang dipasang ibils tidak pernah terhenti. Salah satunya, cinta nafsu dihiasi dengan pakaian yang menampakkan ia seolah ma'aruf, atas nama ukhuwah fillah, atas nama dakwah, kaunseling dan bimbingan, yang tidak berhati hati melangkah, bakal terjebak!!!
Dari novel novel yang dijadikan filem seperti ayat ayat cinta dan ketika cinta bertasbih, drama drama seperti Nur Kasih, hingga irama irama nasyid bertemakan cinta dan kasih…sesungguhnya Kita menghargai dan menyokong usaha usaha mengislamisasikan seni, mengislamisasikan cinta dan kasih…usaha usaha memaparkan seni, cinta dan kasih dari sisi pandangan Islam.
namun kita risau jika usaha ini tidak mengikut kelurusan sebenar syariah-mungkin wujud di celah celah itu para tentera iblis menjalankan propaganda talbis mereka.
Bila ini berlaku, Dibimbangi tujuan murni menghasilkan novel,filem,drama dan nasyid ini terpesong pada pihak pemahaman para peminatnya. Jika ia berlaku, ia satu kejayaan propaganda talbis Iblis.
Ketika cinta di"Talbis"
Aman ke hulu ke hilir dalam biliknya. Resah juga dibuatnya. Ajakan terkini dari "teman tapi mesra" itu benar benar mengujinya.adakah dia akan "berkorban" sekali lagi demi "Mad'u"(bukan-madu: dibaca miim baris atas, dal dimatikan, ain baris depan dan wau sebagai huruf akhir) nya itu.
Tiba tiba Aman teringat pengorbanan pengorbanannya yang terdahulu.
Aman tidak mahu dilihat kolot tak mengikut zaman, aman terlibat dengan dunia IT. Dalam dunia IT aman ingin menggunakannya untuk berdakwah. Lalu jadilah aman "teknoda'ie" di laman sembang atau lebih mesra dengan chatting itu.
Di alam maya Aman bertemu dengan seorang gadis sebaya. Asalnya gadis itu hanya bertanya soalan agama. Banyak juga kemusykilan agama yang aman selesaikan, ilmu aman turut bertambah bila dia mencari jawapan kepada sebahagian persoalan itu. Aman dan gadis itu hanya bertemu dalam bentuk tulisan. Sama ada melaui taipan papan kekunci komputer di laman sembang atau kekunci telefon bimbit.
Suatu hari Aman mendapat satu permintaan. Teman mayanya itu minta mereka berhubung dengan telefon pula. Katanya susah melalui tulisan ni, kadang2 mungkin boleh menyebabkan silap faham. bahaya silap faham dalam agama ni!! Aman faham sangat dengan hukum suara perempuan didengar oleh lelaki. Dalam solat pun suara perempuan x diguna utk menegur imam seperti suara lelaki, perempuan menegur imam dengan tepukan. Tapi Aman juga tahu melaui fatwa fatwa ulama yang aman baca suara perempuan bukanlah aurat secara mutlak. Utk hal hal yang perlu tak mengapa. Janji tidak melunakkan suara, jangan sampai suara jadi fitnah.
Aman pun upgrade komunikasinya dari tulisan ke suara. Mula mula memang tiada masalah. Tanya soalan jawab solan. Kemudian teman maya upgrade sikit, Tanya khabar, dah makan belum, buat apa, sebagai perencah tambahan kepada perbualan talifon mereka. Tapi Aman sedar satu perkara. Suara temannya itu sedap didengar. Aman ada juga rasa bimbang kalau2 itu dimaksudkan oleh Allah dlm firmannya, melunakkan suara.
Aman tidak tinggal laman sembang, dan sms. Masih terus macam dulu. Cuma Aman dah x ramai Mad'u macam dulu, sebab aman tumpukan pada Mad'u yg seorg ini. daripada seorang penjawab kemusykilan agama, Aman upgrade jadi "tukang kaunseling" pula. Sebab temannya sekarang dah mula bercerita tentang kisah2 silamnya, pernah clash, ditipu beberapa leleki sebelum ini…aman sedaya upaya memberi nasihat. Akhirnya Aman diberitahu, dia diyakini oleh temannya untuk membimbing. Aman terima sahaja, kaunseling dan bimbingan pun dakwah juga, detik hati aman.
Sejak jadi pembimbing rakan sebaya, Aman sendiri mula telefon teman ni, sedangkan sebelum ini aman yg selalu ditalifon. Aman semacam merindukan kelunakan suara. Kalau tak sms, aman rasa lain macam. Kalau tak telefon, bertambah lain macam aman. Kalau sms tak talifon pun aman rasa juga lain macam. Untuk tidak rasa lain macam, maka penyelesaian dia memang kena telefon selalu lah.
Satu pagi, teman mesej Aman, mesej yang lain dari sebelum ini. mesej menceritakan teman mimpi malam pertama, dengan seorang jejaka. Teman cerita step by step pulak apa yang berlaku. Dan apa yang pasti, akhir sekali teman cakap dia yakin jejaka itu adalah Aman. Aman terkejut dapat mesej macam tu. Tapi aman tak balas. Kata hati aman kena slow talk. Tak boleh marah melenting, kalau lari teman nanti langsung tak dapat bombing dia. Aman senyum jug abaca mesej itu sebab aman pun ada nafsu.
Bila Aman diam, teman ingat aman marah. Petang itu teman talifon aman. Menangis2 minta maaf. Teman kata dia tak patut buat aman macam itu. Aman slow talk, aman kata dia faham, semua orang buat salah, yang penting mengaku salah dan bertaubat.
Apa yang pasti mesej yang pertama itu bukan yang terakhir. Aman bagai ikan makan umpan bila akhirnya dia terjebak dengan teman dlm mesej mesej yang sewaktu dengannya. Kadang kadang aman yang minta dan mulakan mesej mesej itu.
Begitulah sedikit sebanyak sejarah pengorbanan aman demi membimbing seorang gadis yang mahu dibimbing. Aman sendiri sebenarnya sudah konfius, apa bimbingan yang dia bagi, dan apa bimbingan yang dimahukan. Rasa macam dah terlajak jauh pun ada dari asal asalnya perkenalan mereka dahulu.
Kini, satu pengorbanan dituntut. Tinggal lagi aman sanggup untuk berkorban atau tidak. Si teman minta untuk mereka bertemu dua mata. Nak jumpa saja, bukan nak buat apa, nak pegang pegang ke apa. Cuma dating sahaja.
Aman cuba memberi penjelasan tentang hukum keluar berdating itu. Aman mula berhujah seperti awal awal dulu. Dah lama Aman tak berhujah sebegini sejak mereka beberapa kali upgrade status hubungan mereka. Aman bagi hadisnya, kenapa dilarang. Kata Teman, kita bukan berdua di tempat sunyi. Depan orang ramai. Kata aman masih boleh berlaku fitnah, tidak menundukkan pandangan, mungkin bertentang mata.. kata teman lagi..Lagipun kita bukan pegang ke apa.Aman cuba berlembut, boleh kalau teman bawa abang, ayah, atau adik yang sudah besar dan matang. Kata teman, kalau bawak orang sekali baik tak payah dating. Lepas tu teman nak mengalah sikit. Boleh bawak teman adik lelakinya yang sekolah tadika kemas. Kata Aman tak boleh. Aman teringat kata kata imam an-Nawawi, kalaupun dua org bukan mahram ditemani, tapi oleh orang yang tak disegani, dan tak boleh menghalang maksiat, seperti kanak kanak kecil, maka hukumnya masih sama dengan berdua duaan tanpa mahram.
Akhirnya Teman bagi kata putus. Kalau aman tak mahu teman kata dia tak kisah. Cuma kata teman jangan menyesal kalau lepas ni dia keluar dengan x-boy x-boynya yg lama kerana org yg boleh bimbing tak nak keluar dengan dia..jangan menyesal kalau teman kembali macam dulu….
Aduhai teman…pening kepala aman…apa yang aman patut buat ni…aman berada di persimpangan delima nampaknya…mampukah Aman menyelesaikannya?? Jika kita aman, Adakah Aman akan berkorban sekali lagi demi menyelamatkan gadis ini? atau aman akan biarkan gadis ini terkorban kerana Aman ingin menjaga agama Aman? Tolonglah aman…

Abu Zubair
11.53pm-3/12/09
Kg Sg Jahit Dong
0 komen:
Catat Ulasan