gambar miri's crocodile farm

ada beberapa gambar yg saya x sempat masukkan ke dalam entri taman buaya kelmarin..jadi saya buatkan entri baru di sini...gambar2 yg menarik juga :)

berehat sambil mengangakan mulut adalah perkara biasa lagi normal bagi buaya

berehat rehat di dalam "swimming pool" di bawah sinaran suria

crocodile hunter versi kelate...







E-mart- destinasi terakhir di bumi kenyalang

Selepas mengunjungi Zoo, kami berhenti rehat dan solat seketika di masjid sebuah kampung berhampiran, sebelum menuju ke destinasi seterusnya, e-mart. Tujuan utamanya untuk membeli ikan terubuk Sarawak yg popular.

Emart merupakan pasar besar di Sarawak, sama seperti Pasar Besar Siti Khadijah di Kelantan, dan pasar besar Kepayang di Terenggani. Selain Pakaian, beg dan barangan cenderahati di bahagian dalam bangunan , di luarnya terdapat pasar yg menjual pelbagai makanan mentah dan dimasak, kering dan basah, seperti ikan terubuk, ketam cina, buah isu yg menyerupai durian, dan pelbagai jenis buah buahan dan sayur sayuaran tempatan.

Emart merupakan destinasi terakhir saya di bumi kenyalang ini.selepas itu kami terus pulang semula ke taman bumiko, utk membuat persiapan utk pulang semula ke bumi semenanjung.

antara barang barang kering yg dijual di e-mart..antara yg dicari ramai beras perang dan beras padi huma

inilah yg kita cari..ikan terubuk yg masik segar...digaramkan di situ juga

ikan diletakkan harganya berdasarkan saiz...dari semurah 3 ekor rm10 hinggalah rm30 seekor


ini bukan durian, ini buah isu dan yg sebelah lagi saya x ingat. bagi saya buah isu ini serupa dengan durian hutan, atau durian daun di tempat saya, sama ada dari segi baunya dan rupanya. ust isey ada beli dua biji, dan masa tu dia sorang je yg cuba makan. saya x berani, baunya saja memeningkan saya...mungkin kita kena tanya ustaz alan dan ust daus, apa kesudahan dua biji buah ni di rumah mereka..

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada ustaz Isey, ust alan dan ust Daus yg sudi menanggung perbelanjaan penerbangan saya pergi balik dari KL ke Miri, yg merupakan pengalaman pertama saya menaiki kapal terbang hehehe. ustaz alan dan ust daus juga telah menyediakan penginapan dan makanan yg sungguh memuaskan Ustz alan juga wajar diucapkan terima kasih sekali lagi di atas kenderaan comelnya MyVi SE warna oren yg menjadi kenderaan rasmi percutian ini.. x lupa buat teman serumah mereka umar dan lutfi yg mesra dgn kami walau pertama kali bersua. Semoga allah memberkati kalian atas semua ini. Amin.

2.50pm-24/11/09

Koboi Miri!!

Setelah penat mengelilingi zoo mini, dan berpuas hati dengan rm15 yg telah dibayar, kami pun beransur keluar. Di luar zoo, kami berkesempatan mengunjungi tempat menunggang kuda, di mana ustaz Alan dan ustaz Isey sempat menjadi koboi sekejap.
tempat ini terletak di luar pagar zoo mini. bayaran untuk menunggang kuda rm6
skrg biar gambar2 ini bercerita ya!

ustaz isey bersedia utk menunggang kudanya...ustaz shah baru nak hulur topi pulak

gaya tersendiri dari ustaz alan

ustaz Daus memang mahir bergaya untuk bergambar!!

kita tukar kopiah dengan topi koboi kejap ye hehehe :)


inilah kami...team teman sejati..

raub pahang,

2.40pm

Hari Ahad-22 november 2009-merupakan tarikh sepatutnya saya, ustz isey yg dtg dr Kapit,Sarawak, dan ust nik shahrulnizam yg datang dari papar sabah, berlepas ke kuala Lumpur. Oleh kerana tiket kami pada malam hari, sebelah siangnya merupakan kemuncak kepada percutian kami di sini.

Kembara kami seperti biasa bermula dgn makan. Ya, bagi saya kembara saya di Miri ni boleh juga disebut jalan2 cari makan, sebab ust alan memang membawa kami ke bermacam2 restoran yg menarik, dgn macam2 menu. Bagi saya Miri punyai juadah2 yang sedap, dan harganya sangat berpatutan.

Pagi itu kami bersarapan di restoran segar rasa, terletak dalam Bandar miri. Sebelum ini, dek kerana kelaparan di pagi hari, ust alan memang pernah membawa saya ke sini makan nasi lemak. Cuma kali ini nasi lemak kami ditambah menu istimewa, lauk ayam panggang/percik, yg harganya Cuma rm4.50, agak murah jika dilihat pada saiz ayam-rasanya hampir 1/4 ayam.

Miri Crocodile Farm & Mini Zoo
Selesai bersarapan kami meneruskan perjalanan ke tempat yg saya bagi hint sejak awal. Sebagai peminat makhluk Allah bergelar haiwan, memang saya mahu percutian saya sekurang2nya ada satu tempat seperti zoo hehe. Dengan bantuan telefon bimbit ustaz isey yg ada GPS, kami mengesan "Miri Crocodile Farm". Ia masih dalam daerah Miri, tapi agak jauh, dekat dengan jalan ke Lutong dan Kuala Baram.

Tiket masuk adalah rm15, seingat saya sama seperti Zoo Negara dan Taman Burung Kuala Lumpur. Ladang buaya ini boleh dikatakan agak luas, lama juga masa yg kami ambil untuk menziarahi setiap habitat haiwan dalam taman ini. mungkin kerana minat yg terlebih dari org lain ttg haiwan, saya lebih banyak bersendirian dan ditinggalkan teman2 kerana terlalu lama berada di sesebuah habitat hehehe
bergambar di pintu masuk bersama sama shbt2 kamceng, semuanya ustaz ustaz DPLI

Sebaik sahaja memasuki pintu masuk selepas membayar tiket, kita akan melihat ruang pameran yang memaparkan sejarah reptilia dari zaman prasejarah, termasuka apa yg dipercayai sebagai leluhur buaya. Terdapat juga buaya yang telah diawet, sample telur buaya, dan anak buaya yang diawet di dalam balang, serta tengkorak buaya besar (mungkin bujang senang yg popular di sini).

sejenis reptilia purba yg menyerupai buaya moden
carta dan gambar sebahagian haiwan2 purba
gastornis-burung pemakan kuda;sejenis burung purba yang tingginya sama dengan manusia, memakan haiwan seperti kuda purba

tengkorak buaya besar, mungkin bujang senang
telur telur buaya air tawar-fresh water crocodile dan buaya air masin -salt water/estuarine crocodle

Antara haiwan lain yg dipamerkan di ruang ini ular sawa albino, sejenis ikan piranha, dan snapping turtle.

snaping turtle-sejenis penyu air tawar yang boleh "snap" tangan anda jika dihulur


ustaz isey bersama buaya jenjulung yg telah diawet-kalau yg betul x berana pegang gitu dok sey

nampak mcm betul kan? jgn tertipu..dah diawet dah bewok ni

Tumpuan utama di sini tentulah buaya itu sendiri, yang ditempatkan dalam banyak tempat di taman ini. sangkar buaya yg pertama menjadi tumpuan, di mana bangsal kayu menyerupai konopi dibina membolehkan kita melihat buaya dari dekat, seolah2 kita berada di dalam sangkar. Habitat ini mengumpulkan pelbagai saiz buaya. Kami berkesempatan melihat aksi2 buaya diberi makan ayam oleh penjaga taman, dan aksi2 buaya berebutkan makanan sampai bergaduh2.




Dari segi kepelbagaian jenis, rasanya tidak banyak jenis buaya yg dipamerkan di sini. Kadang kadang hanya perbezaan warna kulit buaya yg ada, seperti buaya kulit tembaga dan buaya kulit perak. Ada pula habitat2 yg dilabel dengan nama buaya yg menarik, tapi diisi dengan buaya yg biasa, atau hanya dibiarkan kosong. Rasa saya keperbagaian spesis yg wujud hanyalah buaya air tawar, air masin (estuarine), dan dua spesis buaya jenjulung (false gharial dan true gharial).

buaya jenjulung jenis pertama- false gharial atau malayan gharial
yg ni jenjulung sebenar- true gharial

Selain buaya, zoo mini ini turut mempamerkan pelbagai spesis haiwan haiwan lain dari dalam dan luar Negara, termasuk reptilia lain seperti labi labi dan kura kura, ular tedung dan sawa, nggas seperti kasawari, pungguk,ayam hutan,merpati dan ayam belanda, juga pelbagai jenis mamalia liar termasuk beruk,pelbagai jenis musang seperti musang pulut dan binturong(palm civet, bear cat), beruang matahari (sunbear), kucing hutan (leopard cat), keluang (fruit bat), rusa jawa dan kijang.
ayam belanda- bukan haiwan liar tapi ambik jugak la gambar

tupai gading, antara khazanah hutan hujan tempatan yang cantik

beruang matahari, satu satunya beruang yang terdapat di negara kita. namun di borneo ada sejenis lagi yang disebut beruang madu.

rusa jawa, juga rusa jenis tempatan

burung pungguk, atau di setengah tempat disebut burung hantu

ular sawa jenis biasa yang kita lihat di merata tempat

ular sawa batu atau rock phyton

merpati yang berbulu kakinya

landak raya

kucing hutan, atau dipanggil juga kucing batu, hanya aktif di malam hari, jadi sepanjang kami di zoo memenag sepasang ni tidur..

semasa ia terjaga seketika, kami berjaya menangkap gambarnya!! saya sungguh meminati haiwan ini

sejenis fresh water terrapin, atau bahasa kampungnya labi labi

keluang, atau orang putih panggil "fruit bats" atau "flying fox"

kasawari dari Australia dan new guinea, merupakan salah satu burung paling merbahaya di dunia. ustaz isey pun nyaris diludahnya!!

musang lamri-masked civet sedang bersantai di atas atap rumahnya

musang pulut-palm civet- sedang meniti di atas dahan dahan kayu yang diletakkan dalam habitatnya

ular tedung cina

ular tedung hitam

binturong atau bear cat sedang menikmati tidur tengah harinya di bawah sinaran suria

beruk pun ada.nama beruk dalam inggeris- pig tailed macaque, diterjemahkan oleh pihak zoo sebagai kera ekor babi...

Sebahagian haiwan2 ini jinak dan mudah didekati, seperti anak beruang matahari di tempat mengambil gambar bersama haiwan. Setengah yg lain seperti musang datang sendiri mendekati kita, mungkin kerana memang jinak, atau lapar barangkali? Hehehe

Zoo ini turut membenarkan kita memberi makan haiwan, dengan pisang pisang yang dijual oleh pihak pengurusan zoo.

setiap kali ingin mengambil gambar dari jarak dekat, binturong ini pasti menghampiri saya
muka si musang pulut yang mesra pengunjung ini sesekali nampak sayu, meminta simpati

menunggu pengunjung seterusnya untuk memberikan sambutan mesra, atau kalau2 ada yg menhulurkan pisang

anak beruang matahari yang sedia beraksi utk sesiapa yg sudi bergambar
raub pahang,
2.25pm-24/11/09