Mari Menekut

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..


Alhamdulillah dengan izinnya kembali menaip papan kekunci untuk mengisi ruang yang seadanya ini. lama rasanya saya tidak mengisi ruang ini dengan perkembangan terkini..buat mereka yang sudi menjengah ke laman ini..

Sahabat sahabat di alam IT ada yang sudah mula bertanya di mana saya..saya baik baik sahaja di alam reality ini..


Alam IT memang seronok, teknologi membolehkan kita berinteraksi hanya dari dalam rumah.. namun bila berpeluang berinteraksi di alam reality, bagi saya alam IT tewas!! Itu yg membuatkan akhir akhir ini saya memberi "aulawiyat" kepada alam reality!!


Saya sebenarnya sibuk dengan dua perkara. Pertama, thesis sarjana yg masih dalam proses separuh masa pertama. tapi sebenarnya tak sesibuk mana...yg Kedua, saya sedang seronok bersama teman teman sekampung, melakukan aktiviti aktiviti yg x berkesempatan untuk dilakukan sebelum ini, seperti aktiviti mencari ikan air tawar seperti aktiviti memancing, menajur dan menjaring.

Ada satu aktiviti yg saya nak kongsikan dengan semua..aktiviti ini bukan sembarangan orang pernah mengikutinya…



anda kenal tak haiwan ini??

di kampung kami, ia ada satu aktiviti menangkap haiwan ini yg dipanggil sebagai menekut. aktiviti ini hanya dijalankan di waktu malam. alat yang digunakan ialah lampu serta satu alat menyerupai recorder pendek tapi dibuat dari buluh. alat inilah yang dinamakan tekut. tekut ini bila ditiup mengeluarkan bunyi seperti burung. bunyi ini akan menarik burung lain untuk datang ke arahnya.

bila burung mendarat ke tanah, lampu akan dinyalakan, tekut akan terus ditiup.burung akan terus menghala ke arah bunyi tekut, seolah2 terpukau, sehingga anda boleh menangkapnya dengan tangan sahaja!!


burung yg sudah siap disembelih, tunggu masa untuk disiang dan dimasak :)

6.46pm- 8/2/2010


3 komen:

ET berkata...

bahaya kalo cik wi telor tau ni

Abu_Zubair berkata...

shhhh.........jgn bising2...menekut x leh bising2

aryshdanea berkata...

tekut..tekut..dan makan