يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تَنصُرُوا اللَّهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ
Wahai orang-orang Yang beriman, kalau kamu membantu membela (ugama) Allah nescaya Allah membantu kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.
- beberapa bulan kebelakangan ini sebenarnya, motor Honda 70cc milik ayahanda yg selalu saya guna telah "sakit". Untuk berikhtiar menghantarnya ke bengkel, saya sebenarnya kasihan untuk menghantarkannya ke bengkel. Kasihan kerana akhirnya nanti duit ibubapa saya juga yg akan banyak keluar membiayainya berbanding hasil usaha saya sendiri sedangkan motor itu hampir 100 peratus saya yg menggunakannya. Dan sebelum ini pun sudah dua kali motor ini angkat enjin dengan perbelanjaan yg tinggi juga. Saya masih ingat, ada sekali motor ini terpaksa dibaiki, walaupun saya mengorbankan projek ayam kampung kacukan saya utk membiayainya akhir sekali biayaan ayahanda juga lebih tinggi. Akhirnya tersadailah dia sendiri di depan rumah ayahanda.
- 2. kehidupan dan aktiviti saya –terutamanya mengajar- memang berkait rapat dengan motor. Bak kata orang tua "hilang" kaki saya bila tiada motor. Dalam pada itu saya masih menikmati nikmat Allah – iaitu seorang sahabat rapat saya. seperti yg saya pernah baca maka aktiviti saya-terutama amanah ilmu utk dalam sirah, kemudian sampaikan kpd shbt2 dan saudara2 yg lain, ,aktiviti berkongsi kenderaan dalam menegakkan agama Allah ini berlaku sejak dahulu. Dalam beberapa siri operasi awal ketenteraan, byk riwayat menyebut shbt2 bahkan nabi s.a.w sendiri berkongsi unta. Maka aktiviti2 mengajar- masih berjalan lancar. Awal bulan tujuh, Allah menguji saya sekali lagi. sahabat rapat saya dikehendaki menghadiri satu program wajib oleh kerajaan selama 3 bulan.
- sekali lagi kaki saya patah. Hendak pergi mengajar saya meminjam motor jiran2 rapat, atau meminta ihsan penduduk tempat saya mengajar menjemput saya. kata ayahanda, itulah yg sepatutnya murid2 menjemput tok guru. Namun bagi saya jauh lagi saya untuk menjadi seperti itu.
- suatu petang, ketika saya sedang melayan adik adik KECAQ di halaman surau, seorang mak cik yg tinggal di belakang surau datang dengan sebuah motor yang serupa dengan motor saya. saya terkejut kerana beliau menawarkan saya memakai motor tersebut secara percuma. Hanya Tuhan sahaja yg tahu perasaan saya ketika itu. sebelah malamnya pula, salah seorang jiran yg juga ayah kpd salah seorg adik Kecaq bertanya ttg motor saya, dan menawarkan diri untuk membaikinya. Dan beliau telah pun selesai membaikinya, dengan bayaran yg jauh lebih releven-yg saya mampu biayai sendiri- berbanding jika saya hantar ke bengkel sekali lagi.
- mungkin bagi orang lain, kisah ini hanya biasa. Namun saya menukilkannya di sini kerana ingin mengajak kita semua melihat Maha Benarnya firman Allah di atas. Betapa kita perlu memahami membantu agama Allah itu terlalu luas lapangannya, dan tidak terhad kepada kerja yg "hebat"2 dan "besar"2 sahaja. Bahkan ia meliputi setiap tenaga dan sumbangan yg disumbangkan di jalan Allah Ta'ala. Jika kita dalam kesusahan, kita terdesak tapi tiada bantuan, bersabarlah kerana ia ujian Allah utk menguji sejauh mana kesungguhan kita. Jika datang penyelesaiaan terhadap masalah kita, maka ingatlah itulah bantuan Allah utk meneguhkan lagi kaki kaki kita atas perjuangan ini.
0 komen:
Catat Ulasan