Jumaat- 23 Julai / 10 Sya'aban- kembara hidup berjalan seperti biasa. Dari malamnya memerah fikiran- mencari idea- untuk pengisian slot ceramah israk mi'raj bagi murid murid sekolah rendah- sekolah kebangsaan temau. Memang sudah biasa dengan budak budak, dalam kelas-kelas kanak kanak di surau, tetapi tentang pengajian al-Quran dan asas fardhu ain. Ini pertama kali kena berinteraksi dengan mereka dengan tajuk seperti isra mikraj.
Alhamdulillah, jam 11.00 pagi segalanya selesai. Segera pulang untuk ulangkaji teks khutbah jabatan agama, kebetulan pula hari ini giliran membantu imam dengan tugas itu. dan malam sebelumnya tidak sempat untuk menyentuh teks khutbah dek kesibukan persediaan ceramah tadi. Dalam merehatkan badan sambil membelek khutbah, mata pun semacam mahu dirinya direhatkan. Muncul pula sebahagian adik adik KECAQ mengajak pergi solat jumaat bersama.
Usai Jumaat, memenuhi jemputan jamuan makan tengahari jiran belakang surau. Makan cepat cepat, sebab dah berjanji untuk menghantar salah seorang adik ke sekolah, berkumpul di sana untuk menyertai khemah ibadah anjuran sekolah. Kembali ke surau, sahabat yang pulang bercuti pendek ajak ke Bandar raub. Ajakan disahut, sambil itu boleh mencarikan hamster baru untuk budak budak, yang lamanya telah menjadi mangsa kerakusan kucing beberapa hari lepas.
Petang seperti biasa, lepak lepak di surau dan ronda ronda kampung. Menjelang maghrib terima panggilan Abu al-yusr bincang tentang emel projek takhrij hadis.
Malamnya kuliah fiqh muslimat di surau. Usai kuliah dan isya, bersama apih ke kompleks sukan untuk online wireless sekejap, mengambil maklumat2 yg patut dr Abu al-yusr.
Waktu pulangnya, singgah di kedai mengisi perut yang masih kosong. Kepala sudah mula dirasakan berat, kerana tak dapt rehat yang cukup dari pagi. Sambil menikmati nasi goreng kampung, hati dah berniat balik ini nanti nak terus rehatkan badan dan minda.
Tiba tiba nampak kelibat seorang jiran saya menunggang motosikal, ayah kpd salah seorang pelajar KECAQ. Dia memberhentikan motosikalnya, menanyakan tentang anaknya. Tadi memang ada anaknya datang ke surau ketika saya berkuliah, tetapi tidak sempat isya dia sudah beredar. Kata si ayah anak merajuk setelah dimarahi mak, lalu terus keluar tak balik2. tak pelik, sebab budak seorang ini memang saya kenal sensitive sedikit, tapi tak sangka sampai begini.
Niat berehat saya batalkan, kerisauan tentang adik seorang ini lebih menjuarai persaingan perasaan hati. puas jugalah kami mencari berbekalkan lampu suluh, menalifon individu2 yg patut, alhamdulillah di saat2 akhir ayahnya menemui juga si kecil tadi…alhamdulillah…syukur kepada Allah…
Menaip catatatn ini saya kira kerja terakhir saya untuk hari ini. satu hari jumaat yg sibuk dan menarik untuk saya rakamkan di dalam lembaran ini. jadi sekarang saya mahu merehatkan dan meredakan segala kepenatan…memberikan hak yg sepatutnya kpd tubuh dan minda saya…ilalliqo!!
Jumaat-23 julai-11.46pm
0 komen:
Catat Ulasan