1. Sedar x sedar usia ramadhan tahun ini mencecah lebih dari separuh. Seperti biasa, tanggal 17 Ramadhan menjadi tumpuan, khususnya masyarakat tempatan. Terkenal dengan nama "Nuzul Quran" ia disambut dan dirai sama seperti maulidur rasul, maal hijrah dan yang seangkatan dengannya.
2. di sana sini masjid dan surau menganjurkan majlis sempena tarikh ini. di bulan ramadhan ini tentu sekali ia dimulai dengan ifthar jamaie. Mudah mudahan ia termasuk dalam saranan baginda s.a.w menggalakkan kita menyediakan juadah berbuka utk orang yang berpuasa, dengan ganjaran pahala seperti org yg berpuasa itu sendiri. Tapi tentu sekali Bukan pada malam 17 Ramadhan sahaja…
3. 17 Ramadhan, dan bulan Ramadhan, bukan tarikh disepakati turunnya wahyu pertama. Sheikh safyurrahman al-mubarakfuri r.h.m di dalam ar-raheeq al-makhtum menyebutkan hal ini. beliau sendiri memilih 21 Ramadhan sebagai tarikh terpilih, berdasarkan ayat pertama surah al-qadr yang menyebut al-Quran di turunkan pada malam lailatul Qadar, dan ia berlaku di 10 malam terakhir, sedangkan 17 Ramadhan masih belum tergolong dalam sepuluh terakhir Ramadhan.
4. ala kulli hal, kita pentingkan penghayatan terhadap peristiwa nuzul quran itu sendiri. Para lama meriwayatkan kalam waraqah bin naufal terhadap nabi s.a.w setelah baginda dibawa bertemu beliau selepas peristiwa nuzul quran di gua hira', di mana beliau menyebut bahawa tidaklah seseorang yg didatangi "Namus"-jibril a.s-melainkan dia akan ditentang oleh kaumnya. Kalam ini memberikan ibrah kepada kita tentang cabaran dan dugaan yang bakal dihadapi dalam meneruskan kerja warisan menyampaikan apa yang telah diwahyukan oleh Allah melalui rasulnya.
5. penekanan tentang kewajipan dan tanggungjawab kita terhadap al-Quran itu sendiri perlu diperhebatkan. Saya ringkaskan kepada Baca, faham dan amal- yang seharusnya seiring sejalan dalam kehidupan kita. Quran perlu dihayati secara menyeluruh, tidak sekerat sekerat, seperti seorang yang mahir membaca, berlagu, bertarannum, namun menolak isi kandungan nya dek ketidakfahaman yang membawa kepada tidak beramal. Atau persis mereka yang bersemangat waja berapi api dalam memperjuangkan ajarannya, namun mengabaikan bahkan gagal dalam bab pembacaannya. Pendidikan al-Quran jga perlu diperhebatkan sepertimana masyarakat menitikberatkan lain lain jenis pendidikan.
6. mudah mudahan semangat Nuzul Quran meningkatkan lagi kualiti tarbiyah Ramadhan kita utk tahun ini. tentu sahaja bukan pada 17 Ramadhan, atau pada bulan Ramadhan shj, tetapi setiap detik dan ketika sepanjang hayat kita.
17 Ramadhan-27 Ogos.

0 komen:
Catat Ulasan