pelita dan malam 7 likur


petang semalam saya melayan adik adik KECAQ ke tebing sungai dekat sempadan kg pasir bayam dan durian sebatang. mereka mahu cari buluh.


hujung2 ramadhan ini memang buluh mula dicari. kalau besar buluhnya, meriam buluhlah tujuan ia dicari. kalau buluh yang sederhana atau kecil, sama ada lemang atau pelita.


adik adik mahu buat pelita. dengan tiga motor dan sebilah gergaji, kami pergi menebang buluh , memotong dan membawa pulang ke surau.


saya teringat tentang pelita dan kaitannya dengan malam tujuh likur. malam tujuh likur ni sama ada mlm 27, atau malam ganjil akhir ramadhan..saya pun x pasti. sebab kalau mlm ganjil 1o terakhir x cukup tujuh..21,23,25,27,29...


sumber lisan mengkhabarkan, ada yg sampai menganggap pelita mlm 7 likur ini utk menyuluh jalan "malaikat" dan "ruh2" yg nak singgah ke rumah!!...


kalau sekadar pelita utk meriahkan suasana, nampak "raya", atau mudah anak cucu main bunga api...masih dalam ruang keharusan..


tapi awas..jgn sampai pelita raya jadi persis pelita perayaan cahaya deepavali...dan jangan meng"ibadah" kan pelita itu dgn dakwaan2 yg tiada nas yg thabit...


ibadah di hujung ramadhan ni telah pun ditunjukkan dengan terang lagi bersuluh dalam hadis2 baginda...


salam Akhir Ramadhan....

2 komen:

hisbaniamiruddin berkata...

singgah lalu, terbaca juga artikel malam tujuh likur yang kemudian dimodenkan binaannya dan bentuknya. mahu diapakan pelita tu, tak tahulah saya. tapi sekali tgk mesti eringat perayaan deepavali.

Tanpa Nama berkata...

Salam, tolong padam atau shut down page ini. Info yang anda jelaskan adalah 70% tidak betul.
Amaran telah diberi, jika tiada apa-apa tindakan dari Admin, IP Address anda akan dijejaki seterusnya anda akan disaman. Terima kasih atas perhatian.

WARNING: (26/07/2015) File recorded in Malaysia Web Security.