kematian,kehidupan dan pembaharuan


1. " Katakanlah sesungguhnya mati yang kamu lari daripadanya itu maka sesungguhnya ia tetap akan menemui kamu…"

Seorang lagi sahabat, saudara, teman sepengajian, pengunjung tetap solat jemaah dan majlis ilmu di masjid kariah kampung dong juga masjid lama kampung kuala gali, telah kembali ke rahmatullah.pak teh Hj Abd Jalil, pergi tak kembali menjelang isya, malam jumaat, 30 September 2010. perkarangan rumah arwah malam tadi dipenuhi keluarga,saudara mara, dan sahabat handai yang datang utk menziarah, mengurus dan menyembahyangkan jenazah arwah. Semoga ditempatkan di kalangan orang yang bertaqwa di alam barzakh sana, ameen ya rabb al-a'lamin.

Saya merasakan apa yang saya rasa ketika perginya beberapa jemaah masjid yang lain. walaupun beberpa org drp mereka , lebih kepada ikatan aqeedah daripada ikatan darah, rasanya seperti kehilangan saudara terdekat. Kesan Ukhuwah yang terbina semata atas aqeedah, iman, Islam, tanpa dibatasi benda lain.

2. kehidupan di bulan syawwal kembali seperti biasa. Cuba menyiapkan thesis sarjana (setakat ini alhamdulillah baru dua fasal), mengulangkaji kitab kitab di sebelah siang untuk disampaikan di sebelah malam, mengikuti kelas kelas pengajian yang kesempatannya makin kurang, di samping beroleh kerehatan minda melayan adik adik KECAQ yg saban petang berhimpun di surau. Kehidupan yang saya sendiri tidak tahu sampai bila yang saya boleh menikmatinya.

3. sekarang juga saya sedang dalam mood menghayati perjuangan seorang yang bergelar Kiyai Haji Ahmad Dahlan, pengasas Muhammadiyah. Semuanya bermula dengan melihat sedutan sebuah filem terbarun Indonesia mengenai tokoh ini, Sang Pencerah. Ketegasannya dalam menegakkan kebenaran, keterbukaannya dakebijaksanaannya di dalam dakwah, ketabahannya dalam menghadapi dugaan dan ujian, wajar menjadi contoh buat kita di hari ini. sehingga kini masih x berpeluang menonton filem yang sepatutnya dijadikan contoh oleh karyawan filem tempatan.

Cukup setakat ini buat kali ini. moga ketemu lagi di lembaran yang lain!!

0 komen: