diari ringkas syawal 2010

seingat saya, tahun sudah saya menulis entri khas tentang diari hari raya saya beserta gambar sekali. tahun ini saya ingin menulisnya lagi walaupun raya tahun ini, setakt ini saya hanya berlegar di sekitar kampung sahaja.


malam syawal seperti biasa digemakan dengan takbir. usai berjemaah maghrib saya kembali ke surau di mana adik adik KECAQ dan beberapa sahabat saya sudah sedia menanti. kami bertakbir beramai ramai sementara menunggu waktu isya. selepas solat isya berjemaah dan bertakbir beberapa "round",serta menjamu selera, saya, dua sahabat lain dan adik adik KECAQ berkesempatan ke rumah tuan guru ust hj fathul ariffin. beliau memang mengadakan majlis makan makan di malam raya.

esoknya selepas Solat Sunat dan khutbah, serta bermaafan dengan ayah bonda,saya menerima kunjungan al-faDHIL ustaz Muhammad Roja'ie al-misri. beliau merupakan guru bahasa arab, orang arab mesir yg mengajar di sekolah agama di kampung saya. tahun ini beliau raya di malaysia sahaja. saya geli hati melihat gelagat anak saudara saya yang baru pertama kali dalam hidupnya melihat seorg arab secara "live".

selepas itu, kami berkumpul di surau. janji dengan adik adik untuk beraya bersama perlu ditunaikan. memang raya tahun ini saya banyak beraya dengan geng KECAQ, tetapi semua dekat dekat. paling jauhpun setakat ini di bandar Raub, rumah bapa saudara saya.

pada malam hari seperti biasa juga saya berkunjung, menziarahi dan memenuhi jemputan sesama jemaah masjid. beraya di malam hari selalunya memang ada rezeki menu istimewa, seperti laksa di rumah abg wie, nasi ayam di rumah Pok Ya, Nasi Minyak di rumah Cikgu Norhan dan nasi Hujan panas di rumah ustaz muhammad b ihsan al-hafiz.

setakat ini saya belum sempat mengunjungi sahabat2 di temerloh dan jengka, dan sebahagian besar mereka sudah habis cuti dan perlu pulang ke borneo utk mengajar.

pada mulanya keluarga merancang beraya ke kedah, namun di saat akhir saya dan abg kena tinggal jaga rumah hehehe..

sekian diari ringkas hari raya..

0 komen: