Mus'ab bin umair, anak muda yang terawal memegang amanah naqib, menyebarkan Islam di Yathrib. Rasul pernah menitiskan air mata melihat berbezanya kehidupan mus'ab di Yathrib, berbanding hidupnya di makkah sebelum Islam. Akhirnya anak muda ini syahid di
Ali bin abi Talib, menggantikan tempat tidur nabi s.a.w ketika malam hijrah. Kemudian nabi mengamanahkan beliau memulangkan kembali barang barang yg diamanahkan baginda menyampaikannya. Masih seorang pemuda, dlm perang badar beliau antara tiga pahlawan pertama yang bertarung dengan musuh.
Tegarnya Asma' binti Abu Bakar as-siddiq menyimpan rahsia bilamana disoal Abu Jahal di manakah ayahnya, ketika peristiwa hijrah. dalam peristiwa hijrah, beliau berperanan menghantar bekalan makanan kepada ayahandanya dan rasulullah, digelar si empunya dua tali pinggang kerana telah memotongnya kepada dua, satu utk mengikat pembungkus.
Gagahnya dua pemuda ansar dalam perang badar, mencari Amru bin Hisyam atau Abu Jahal , dan bergelut dengannya, hingga berjaya menewaskan "firaun umat ini".
Usamah bin Zaid, dalam usia baru menghampiri 20 tahun, diamanahkan memimpin angkatan tentera untuk berhadapan dengan tentera salah satu kuasa besar ketika itu, kerajaan
Demikian sebahagian petikan petikan sejarah tentang kehebatan pemuda pemudi Islam dalam menyumbangkan sumbangan pada perjuangan menegakkan agama Allah di muka bumi ini.
Setiap insan bergelar muslim, tentulah mengharapkan dan mahukan pemuda pemudi seperti ini dalam ummah yang masih bernafas pada hari ini.
Zaman muda,zaman belia, adalah satu tahap yg penting dlm kehidupan insan. Kalau ikut pepatah arab, sesiapa yg bermuada muda dengan sesuatu perkara, dia akan beruban dengan perkara itu juga. Baik buruk fe'el seseorang ketika usia mudanya, mempengaruhi dirinya ketika usia emasnya.
Dan tidaklah berganjak kaki anak adam itu di hari akhirat kelak sehingga dia ditanya beberapa soalan, salah satunya tentang usia mudanya, bagaimanakah dia menghabiskannya.
Tarbiyah untuk menghasilkan generasi yg berkualiti bermula dari awal. Sebelum mereka menjadi pemuda lagi. Apa yg wajib, apa yg halal, apa yg haram difahamkan kepada anak anak sedari awal lagi. Masakan tidak, dikeluarkan semula tamar dari mulut si anak kecil, kerana dibimbangi ia tamar sedekah yg tidak halal bagi ahl bait.
Rasul tidak mengajar kita melentur buluh setelah ia jadi buluh, tetapi biar dari rebungnya. Solat sebagai amalan khusus utama diajar sedari umur mumaiyiz. Hukuman diberi setelah bebrapa tahun tarbiyah, jika dia enggan. Agar faham si kecil, hukuman yg lebih besar dan berat menanti, jika selepas baligh nanti masih enggan menunaikannya.
Anak anak dari awal diajar dan diberi kepercayaan untuk melaksanakan tugas tugas penting. . Lalu si kecil berasa dia juga punyai peranan dalam bekerja untuk Allah. Jika tidak, tidaklah si kecil penghafal al-quran dinaikkan sebagai imam solat jemaah kerana dia merupakan yang paling banyak menghafalnya. Seorang sahabat pernah menyuruh anaknya yang berusia 7 tahun berbai'ah kepada rasulullah, membuatkan baginda tersenyum, namun tetap menyambut tangan si kecil berbai'ah.
Pendidikan anak anak diutamakan. Sehingga sebahagian hukuman dilaksanakan turut dimanfaatkan untuk mendidik anak anak. "pengajaran membaca dan menulis untuk anak anak ansar" dijadikan "penebus diri" bagi para tawanan badar yg tidak mampu membayar tawanan.
Bila anak sudah meningkat usia kepada pemuda, ada beberapa perkara baru yang tidak dialami di zaman kanak kanak akan dialami. Lalu baginda s.a.w menyeru para pemuda menyalurkannya dengan saluran yang betul, iaitu perkahwinan. Jika tidak mampu, baginda menyarankan puasa sebagai perisai.
Tidak sekali kali baginda membiarkan ruang-walaupun kecil- yg dapat merosakkan pemuda pemudi, walaupun sekadar pandangan. Tatkala al-Fadhl bin al-Abbas dan rasulullah s.a.w berada di atas satu unta, beliau berpandangan dengan seorang gadis yang bertanya masalah agama pada baginda,lantas baginda segera memalingkan wajah al-Fadhl.
Baginda juga pernah mengingatkan zina itu bukan sahaja pada kemaluan, tapi oleh juga berlaku pada mata,telinga, tangan,kaki, hidung, dan juga hati.
Tarbiyah ini berterusan. Ia melibatkan kerjasama semua pihak. Pemerintah, ulama dan ilmuan, ibubapa dan anak anak itu sendiri. akhirnya ia melahirkan generasi pemuda yang memahami Islam itu secara teori, dan mampu menterjemahkan ia secara praktikal dalam bentuk sumbangan sumbangan terhadap agama Allah yg mulia.
Membaca kisah perang Uhud, timbul kekaguman terhadap beberapa Pemuda yang menyelitkan diri mereka di celah celah saf tentera, kerana terlalu ingin berjihad walaupun belum cukup umur. Walaupun akhirnya baginda s.a,w menemui mereka dalam pemeriksaan terakhir di sebuah lembah!!
Memang ia tidak semudah menaip tulisan ini. memang bukan mudah melahirkan salah satu daripada tujuh golongan yang diberi naungan oleh Alalh, di hari tiada naungan selainnya, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam keadaan mengabdikan diri kepada Allah.
0 komen:
Catat Ulasan