Lama juga saya tidak menaip di ruangan ini. cuti sekolah sessi akhir tahun 2010 ini sedikit sebanyak memberikan "tambahan amanah" kepada saya. adik adik KECAQ yang selalunya hanya saya ajar dua minggu sekali di hujung hujung minggu, merajinkan diri mereka untuk ke surau hari hari. Kemahuan mereka yang datang dari kehendak sendiri itu sesuatu yang "mahal" bagi saya. walaupun sedikit lapang yang ada saya manfaatkan juga untuk menaip di sini.
Saya suka memulakannya dengan kisah laptop saya, yang rasa saya sudah menjangkau usia dua tahun lebih juga. Sudah lama juga acer aspire 4730Z ini "retak" skrinnya, yang membuatkan saya melakukan kerja dengan "mengecilkan" saiz supaya muat dilihat di tempat yang tidak retak. Mulanya hendak juga membaiki, tapi seorang pekerja kedai komputer memberitahu saya ianya perlu dihantar ke kilang. Ia membuatkan saya menangguhkan niat untuk membaikinya, kerana bila dihantar ke service centre biasanya lama. Sedangkan saya memerlukannya untuk menyiapkan tugasan tugasan penting-terutama thesis dan rujukan mengajar dari maktabah syamilah dan e-kitab lainnya.
Sehinggalah satu pagi, ketika membuka laptop, apa yang saya lihat hanyalah imej seperti "siaran tergendala" –naik turun naik turun. Nampaknya ia tidak boleh dimanfaatkan lagi. Mahu tidak mahu, ia mesti dibaiki. Tapi sebolehnya saya mahu elakkan "service centre". Alhamdulillah setelah bertanya di kedai komputer lain di
Alhamdulillah dua hari selepas itu skrin laptop kembali seperti asalnya. Saya pula meletakkan peraturan baru bagi diri saya untuk laptop ini, tidak ada lagi "perkhidmatan cyber café percuma" untuk adik adik semua dengan laptop saya. diharapkan peraturan baru ini tidak "meruntuhkan" semangat mereka untuk terus berkunjung ke surau!!!
0 komen:
Catat Ulasan