Semenjak laptop diperbaiki tempoh hari, saya semakin perlu mengawal perbelanjaan. Semangat untuk berdikari dengan sumber kewangan terhad sangat memerlukan perancangan perbelanjaan yang teliti. Saya perlu merancang dengan lebih baik selepas ini walaupun ketika "ekonomi" saya stabil.
Tugas mengajar Fardhu Ain di CFS IIUM PJ dan berurusan dengan penyelia thesis perlu saya selaraskan agar penjimatan perbelanjaan musafir saya lebih efektif. Walaubagaimanapun, 21 disember yang lalu, saya terpaksa juga ke UIAM gombak untuk menguruskan hal ehwal extand semester bagi menyudahkan thesis.
Semasa pulang dari UIAM, seperti biasa saya perlu melintasi jalanraya untuk ke steseyen bas pekeliling untuk pulang ke Raub. Tiba tiba sebuah motosikal yang mencelah di celah celah kenderaan yang sudah sedia berhenti melanggar saya. badan sebesar saya boleh tercampak ke tepi, hanya dirempuh motorsikal kapcai. Entahkan laju entahkan apa. Perasaan saya bercampur baur. Saya gagahkan diri untuk bagun dari tempat saya tercampak. Alhamdulillah saya diizinkan Allah untuk bangun. Penunggang motorsikal pula seakan akan nak merumitkan lagi keadaan, sedangkan dia tidak jatuhpun, saya yang tercampak. Ketika itu Apa yang saya ingat saya hendak cepat, supaya saya tidak sampai terlalu lewat malam ke raub. Kerana malas melayan, saya menghulurkan tangan untuk bersalam, memohon maaf dan terus berlalu.
Di dalam bas ekspres, tangan saya yang tadinya tidak apa apa mula berdenyut. Saya segera menghantar sms kpd shbt saya yg menjemput, memberitahunya minta kami terus ke hospital selepas saya sampai nanti. Sampai di raub, kami terus ke hospital. setelah menunggu hampir dua jam di wad kecemasan, tiba giliran saya mendapat rawatan. Alhamdulillah, tiada kecederaaan serius seperti yg saya bimbangkan. Saya Cuma dapat satu suntikan, ubat tahan sakit, ubat sapu untuk tangan yg sakit dan ubat cuci luka.
Syukur saya masih boleh menjalankan tugas tugas seperti biasa. Cuma saya terpaksa menguzurkan diri dari mengajar kelas fardhu ain di CFS IIUM PJ utk minggu ini. Doa saya, semoga ujian Allah ini menjadi kaffarah penghapus dosa silam, penggilap hati dari noda titik titik hitam yang pernah mencemari jiwa hamba yg amat lemah ini. saya pohon kepadaNYA kekuatan, untuk terus istiqamah mendepani kembara ini.
0 komen:
Catat Ulasan