Pergi tak kembali


Dia cucu kepada sepupu ibuku. Zaman awal kanak kanaknya memang dia anak biasa yang nakal juga. Menjadi kegeraman orang juga. Semakin bertambah umurnya, nakalnya semakin menghilang.

Aku mula rapat dengannya bila dia rajin mengikutku berbasikal. Mulalah dia bertanya tiap tiap hujung minggu aku balik atau tidak. Di situ aku mula rapat dengannya.

Habis sessi sekolah rendahnya dia berminat ke sekolah agama. Ketika itulah dia menjadi "anak murid" pertamaku. Aku bersemangat mengajarnya, kerana dia orang pertama dalam keluarganya yang berani melangkah ke aliran ini. setiap kali selepas maghrib, aku akan mengajarnya menulis jawi, mengaji Quran, serta mermbantunya memahami pelajaran pelajaran terutama menterjemahkan subjek berbahasa arab.

Di petang hari, dia pembonceng setia mengikutku meronda sekeliling kampung. Dia juga mula berminat mengikutku berjemaah ke masjid, juga mengikutku berkuliah. Walau dalam sessi kuliah dia nampaknya dia seperti mengantuk dan tunduk, di luar waktu kuliah dia akan mengulang dan bertanya semula sebahagian yang aku sampaikan, tanda dia sebenarnya mendengar juga.

Ramadhan 2009, ketika aku menjemputnya untuk diajak ke bazaar ramadhan, datuknya menyebut dia demam, sakit lidah dan tidak berapa larat bangun. Esoknya kami sekampung dikejutkan dengan ambulans yang datang ke rumahnya membawa nya ke hospital. Kejutan seterusnya, dia disyaki menghidap penyakit buah pinggang.

Bermula episod baru dalam hidupnya. Dia terpaksa berulang alik ke hospital untuk rawatan dialisis, dan kadangkala dimasukkan ke wad untuk rawatan susulan. Kehidupannya kenalah disesuaikan dengan jadual baru. Persekolahan dan pembelajarannya juga agak terganggu, akhirnya dia bertukar ke sekolah menegah biasa. Dia juga tidak dapat mengikutku ke sana ke mari seperti dulu lagi.

Dalam keadaan begitu, jika tiada rawatan, tidak ke hospital, dan badannya sihat, dia tetap akan datang menyertai kami di surau untuk mengaji dan menyertai beberapa program seperti BBQ dan Jahit's cup, walau tak sekerap dahulu. Ada kesempatan, dia masih mahu mengikutku berkuliah dan berceramah.

Kami bukan sekadar guru dan murid. Tetapi sahabat rapat. Dia salah seorang yang aku percayai untuk diceritakan "rahsia rahsia", dan tidak pernah dia membocorkannya. Satu Ketika aku diuji Allah dengan penyakit, dan aku berkongsi dengannya. Dan dia menjawab:"kita sama sama diuji oleh Allah".

Ada cerita menarik di sebalik Kekerapannya ke hospital dan selalu mendapat rawatan. Dia sempat menimba ilmu perubatan dan rawatan di situ, melalui nasihat dan penerangan doktor padanya. Ketika aku mendapat luka besar, seperti terkena ekzos motor, dan kemalangan, dialah yang setia membantu mencuci luka, dan menyapu ubat.

Ketika tahun 2010 merangkak ke penghujungnya, sekali lagi berlaku kejutan. Dia sekali lagi dimasukkan ke wad, kali ini tidak seperti biasa. Doktor mengesahkan stroke telah melanda bahagian kiri badannya. Akhirnya terpaksa menggunakan mesin bantuan hayat.

Di saat sessi persekolahan dibuka, ku sangkakan hanya akan berpisah dengan beberapa adik adik KECAQ yang akan melanjutkan pelajaran ke luar daerah Raub. Namun takdir menentukan aku mesti menghadapi perpisahan terakhir dengan salah seorang daripada mereka. Tanggal 4 Januari 2010, jam 3.30 pagi, dia disahkan meninggalkan dunia dalam usia muda, 14 tahun 5 bulan. Mulanya tabah dan sabar kuusahakan untuk membendung air mata. Ia berjaya sehingga aku selesai mengimamkan solat jenazah ke atasnya di rumah datuknya.

Namun apabila kafan bahagian kepala jenazah Mohd Zukry b Suffian dibuka, dan ketika aku melihat wajah kakunya, air mataku tak terbendung lagi. Nostalgia dan memori segera menggamit sebak di hati. siapalah aku untuk menahan air mata, sedangkan baginda rasulullah s.a.w sendiri menitiskan air mata atas pemergian Ibrahim anak baginda.

Pemergiannya mengingatkan kita ajal tidak mengenal usianya.muda dan tua bukan keutamaan, kerna itu setiap masa dan ketika perlu bersedia dengan meningkatkan iman,taqwa dan amalan buat bekalan ke sana. Lebih lebih lagi kita yang sudah mukallaf, membawa segala pertanggunjawaban di atas bahu kita sendiri.

اللهم اجعله فرطا لأبويه وسلفا وذخرا وعظة واعتبارا وشفيعا.وثقل به موازنهما وأفرغ الصبر على قلوبهما،ولا تفتنهما بعده ولا تحرمهما أجره

3 komen:

Tanpa Nama berkata...

Pretty nice post. Aku hanya tersandung pada blog Anda dan ingin mengatakan bahwa saya telah benar-benar menikmati browsing posting blog Anda. Dalam hal apapun saya akan berlangganan feed Anda dan saya harap Anda menulis lagi segera!.

Abu_Zubair berkata...

terima kasih sudi membaca tulisan saya...insya Allah saya akan terus menulis

Tanpa Nama berkata...

sya sering mengikuti blog anda...wlau apapn truskan pjuangan sbgai seorng blogger....cerita anda ini menginsafkan sy dn mengingatkan kpd kwn sy....