Thesis lagi...

Minggu ini masa banyak dihabiskan dengan menghadap Acer Aspire 4730Z, untuk memperbaiki bahagian pertama thesis, yang kata ustaz sudah dilihat, tapi semasa appointment kami minggu sudah, bahagian itu tidak ditemui di pejabat ustaz. Sama ada tertinggal di rumah beliau atau (…hilang dari simpanan???). bahagian ke dua yang dibawa kepada beliau tempoh hari masih dalam tempoh semakan.

Walaubagaimanapun komen utama pada bahagian pertama, kena dipanjangkan lagi dua fasal tersebut. Itulah yang menyebabkan kebanyakan masa minggu ini dihabiskan dengan menghadap laptop, mencari idea, membuka kitab kitab turath dalam al-maktabah as-syaamilah, memahami matan kitab seterusnya menyusun ayat, untuk memanjangkan lagi bahagian itu. sambil itu masih tertunggu tunggu mesej dari ustaz, sebab ustaz minta berjumpa minggu ini, katanya hari dan masa nanti ana bagi tahu.

Ketika proses menyiapkan thesis ini, teknik mendapatkan maklumat dari kitab Turath yang diajar oleh Dr Bougheda Ghalia-semoga Allah memelihara beliau- banyak membantu. Iaitu dengan cara merujuk kepada kitab kitab moden terlebih dahulu, yang pada nota kakinya akan membantu kita mencari maklumat asal di dalam kitab kitab turath.

Di samping menemui maklumat, satu lagi faedah yang diperoleh ialah mengetahui cara ilmuan ilmuan moden memindah maklumat dari kitab turath ke dalam karya karya mereka. Kadang kadang maklumat yang diperlukan dalam sesuatu bab dalam karya mereka tidak diperolehi secara terus (direct) dari kitab turath, kerana tidak wujud bab yang secara langsung membicarakannya, tapi ia diperoleh melalui kesimpulan yang mereka buat dari bab lain. ia memang sangat sangat memerlukan kepada cara berfikir yang kreatif dan kritis. (baru faham kenapa diajar kedua dua subjek cara berfikir itu di kampus).

Alhamdulillah, di samping berusaha menyiapkan kerja kerja yang memang patut disegerakan untuk menyudahkan pengajian ini, dapat juga menimba pelbagai faedah serta ilmu pengetahuan baru. Semoga Allah mempermudahkan urusan ini. Ameen…

0 komen: