Hendak kata tidak kerap "online", tidak juga, hendak kata tiada isu untuk ditulis, pun tidak. Maka diri saya sendiri sebenarnya memang tidak berpuas hati dengan tahap kemaskini blog peribadi saya. terlalu jarang saya mengemaskininya.
Terkadang saya cemburu juga melihat bloggers lain aktif menggunakan blog sebagai wadah menyampaikan dakwah, juga mengulas isu isu semasa yang berlaku. Kagum melihat mereka yang sibuk dengan dakwah,ceramah dan kuliah di lapangan offline, masih mampu mengemaskini blog mereka lebih kerap dari saya yang tidak sesibuk mana ini.
Jadi kenapa saya jarang mengemaskini blog saya?
- saya banyak memerhati, memantau, dan mengutip daripada memberi sesuatu, di alam online itu.
- saya selalu menaip terlebih dahulu bahan bahan untuk kemaskini secara offline. Saya dapati diri saya lebih selesa berbuat begitu. Sedangkan saya rasa orang lain terus menaip sambil online
- bila timbul isu isu semasa, saya melihat komentar2 dari yg pakar, dan selalunya saya berpuas hati sekurang2nya dengan sebahagian daripada mereka.
Satu ketika dahulu, saya kira diri saya seorang yang aktif juga dalam apa yang dikata orang "teknodaie". Selalu juga mengomentar dan berdiskusi di forum2 online, juga berdakwah santai di laman laman sembang/chatting. Kalau saya sekarang ini adalah saya ketika itu, saya rasa saya akan jadi seorang yang rajin berkomentar, berdiskusi di laman laman social seperti facebook, namun reality sekarang saya lebih kepada seorang pemerhati.
Terkadang hati kecil akan berkata, mungkin kerana jadual kuliah 6 kali seminggu itu membuatkan saya tidak mampu lagi menjadi diri saya di alam offline satu ketika dahulu. Tapi hati kecil saya juga merasakan satu kerugian jika tidak dapat menyumbang secara online.
Jadi Kenapa tidak saya mencuba berusaha semula?? Belum cuba belum tahu….
0 komen:
Catat Ulasan