10 Jun 2011- Mesyuarat Agung Masjid Jamek Kariah Kampung Kuala Gali: pemilihan ahlijawatankuasa.
Seingat saya kali terakhir pemilihan bentuk ini dibuat semasa saya masih di bangku sekolah menengah. Ini dipersetujui oleh ahli kariah yang lain. bermakna setelah agak lama ahlijawatankuasa tidak dipilih dengan cara ini, tahun ini "hak rakyat" untuk memilih "pengurus" masjid mereka telah dikembalikan.
Majlis dimulakan selepas selesai solat Jumaat. Walaupun tidak sampai 50 orang yang sanggup menunggu usai jumaat untuk hal penting ini, ahli kariah yang hadir telah melakukan yang terbaik bagi saya.
Di sebalik pengekalan pengerusi lama- juga dengan undian, dan hanya dengan kelebihan satu undi!!- ahli kariah telah memilih ramai muka muka baru untuk membarisi barisan pentadbiran masjid. Tambahan pula, ramai pemegang jawatan yang lalu menarik diri walaupun dicalonkan, mereka lebih selesa memberikan ruang untuk yang lain pula berkhidmad.
Selamat menjalankan amanah diucapkan kepada yang telah terpilih…iaitu bermula tahun hadapan..kerana tadi disebut jawatankuasa lama akan berakhir hujung tahun ini..
ini pun sesuatu yang menarik dan pelik juga...selalunya mesyuarat agung pemilihan jawatankuasa baru "membubarkan" barisan lama serta merta...tapi yang ini barisan baru perlu tunggu "tarikh tamat tempoh" barisan lama terlebih dahulu..kemudian baru "penyerahan" amanah berlaku..
0 komen:
Catat Ulasan