ini buah delima -tiada kaitan dengan entri ini koh koh koh :) |
Saya teringat selepas habis
pengajian ijazah, saya dan beberapa teman berjumpa dengan salah seorang
pensyarah kami, bertanyakan hala tuju kami selepas itu. saya masih ingat pesan
beliau, buat keputusan betul betul, tentukan halatuju , supaya pilihan yang dibuat
betul, dan tidak membazirkan waktu. Kalau nak terus bekerja, terus ambil kursus
berkaitan kerja tersebut, dan selepas itu anda akan bekerja. Kalau berniat nak
jadi ilmuan, terus mohon untuk sambung belajar.
Sebahagian kami memilih untuk
sambung belajar, sebahagian lagi terus mengambil kursus2 berkaitan kerjaya yang
mereka nak ceburi. Ada
juga yang mengambil satu kursus, kemudian rasa tidak sesuai pula dgn jiwa,
bertukar pula ke kursus lain yg sejiwa. Agaknya inilah yg pensyarah saya
maksudkan terbazir masa.
Itu tiga tahun dahulu.
Sekarang tiga tahun lebih sudah berlalu. Maka teman teman satu graduasi ada yg
sudah berkerjaya tetap. Yang sambung belajar ada yang sudah tamat dan mendapat
kerjaya. Ada yg
sudah berkerjaya menyambung pula pelajaran. Ada teman teman yang dah jadi tenaga pengajar
di IPT, tunggu masa utk menyambung PHD pula. Saya teruja dengan teman teman.
Saya pula sehingga menulis
tulisan ini masih belum tamat pengajian sarjana. Dari satu sudut pengajian
dikira tamat bila thesis tamat disemak oleh supervisor/musyrif/ qari awwal, dan
dihantar ke department/jabatan. Panjang masa saya di dalam pengajian sarjana
ini banyak dihabiskan di peringkat pertama bersama musyrif!! Sehingga habis
tempoh extansion, sehingga pihak kuliah mengarahkan saya "push"
musyrif cepat2 siapkan semakan pertama thesis saya!!
Thesis alhamdulillah sudah
saya siapkan.. Sudahpun disemak oleh pemeriksa kedua /second reader/ qari'
thani. Beliau sedang melakukan semakan semula ke atas pembetulan saya. saya
bersyukur sangat urusan dengan pembaca kedua ini benar2 dipermudahkan. Beliau
memang punctual. Namun benda ini x selesai di sini, masih perlu melalui
beberapa karenah birokrasi pihak universiti, sebelum dipanggil utk viva.
Di saat2 seperti ini
timbullah "isu" kerjaya. Ataupun ia telah timbul lebih awal. Cuma di
saat seperti ini saya sendiri mula serius memikirkannya. Isu kerjaya banyak
bersangkut paut dengan kewangan pula. Nak langsaikan hutang belajr, simpanan
wang masa depan…tekanan ini banyak memaksa graduan untuk terus bekerja untuk
menyelesaikan perkara ini.
Saya pernah bekerja secara
rasmi juga, walaupun sementara. Pertama sebagai guru ganti di sebuah sekolah
rendah, selama sebulan lebih, kedua sebagai seorang tutor mengajar subjek
fardhu ain di sebuah pusat matrikulasi selama satu semester. Melalui pengalaman
kerja ini, saya seperti merasakan diri saya tidak dapat menyesuaikan diri
dengan pengajaran formal. Saya bimbang tidak dapat menunaikan tanggungjawab dan
memberikan komitmen sepenuhnya dalam kerjaya kerjaya ini.
Kerja yang alhamdulillah saya
tidak pernah tinggalkan ialah mengajar kuliah. Sejak habis pengajian ijazah,
saya diberi peluang untuk mengajar di masjid kariah kampung saya. ketika saya
baru berniat mahu meminta tauliah, pengerusi masjid mcm tahu tahu telah
menghantar nama saya ke pejabat agama untuk temu uji tauliah. Alhamdulillah
setelah mendapat tauliah, saya dipanggil juga ke masjid masjid kariah kampung
lain, dan surau, juga sebuah pejabat kerajaan. Kebetulan rakan saya bekerja sbg
pegawai agama di pusat serenti, saya juga dipanggil utk berceramah bersempena
hari2 kebesaran dlm Islam. Saya juga pernah mengajar di keramat ketika seorg
teman bekerja di pejabat adun di sana .
Entah mengapa jiwa saya begitu sesuai dengan kerja mengajar surau dan masjid.
Daripada asas fiqh syafi'I, pengajaran saya berkembang kpd sirah nabawiyyah,
dan hadis juga. Entah mengapa saya rasa sangat sayang utk meninggalkan kerja
ini.
Adakah kerja ini dianggap
kerjaya juga?? Bolehkah saya menjadikan kerja ini kerjaya sepenuh masa. Itu
beredar dlm fikiran saya.
Pandangan orang saya Tanya.
Supaya x syok sendiri kata org. antara jawapan:
-
nak tak nak kena korbankan satu perkara.
Perkara yg less important.
-
Cari kerjaya, dan di tempat itu nanti
boleh terus mengajar kuliah juga. Mungkin lagi banyak peluang mengajar (tp saya
mcm tersangat sayang nak tinggalkan semua kuliah2 saya skrg…semacam ada ikatan
ukhuwah yg sgt kuat)
-
Cari kerjaya di tempat saya sendiri, atau
yg berdekatan. (yg ini best, tapi sukar utk jd reality)
-
Adakan satu kerjaya kerja sendiri seperti
perniagaan, kemudian terus kan
dakwah. Ini agar kita x demand dlm dakwah bila terasa mahukan banyak fulus.
-
boleh je nak jadi penceramah bebas
sepenuh masa. Tapi kena straight forward. Sabar dan abaikan apa akan org kata.
Pilihan
dua terakhir dekat di hati. pilihan ke-4, mungkin lebih kurang cabaran. Setakat
ini kerja yg saya ada kerja di bawah senior saya di uia, Abu al-yusr Abd Latef
al-Hadri, menjadi pengumpul bahan, penterjemah, dan mungkin pembuat modul. Doa
doakan beliau dapat byk projek, agar saya dapat kerja.
Mumkin
juga boleh jadi research assistant kepada pensyarah. Saya pernah terlibat
menjadi pembantu penyelidik utk dua tajuk fiqh halal haram utk seorg pensyarah.
Jika beliau berminat dgn khidmad saya lagi alhamdulillah…
Saya mohon
juga pandangan dan idea idea kalian ttg isu ini…
0 komen:
Catat Ulasan