Fiqh Shafi'i: Ahkam Janaiz 01- mengingati mati

assalamualaikum wbt...
menghargai pandangan seorg shbt saya, saya mahu mencuba meletakkan kuliah online- iaitu ringkasan kuliah dlm bentuk tulisan-di blog saya. supaya saya bukan hanya dapat berkongsi ilmu dengan mereka yang mendengar kuliah saya sahaja, tapi juga dengan teman teman yang sudi membacanya di sini

saya mulakan dengan entri ini


Kuliah Fiqh Shafi'i- Hukum Hakam Jenazah
kuliah ini menggunakan kitab "al-mu'tamad fi al-fiqh as-syafi'i"- Muhammad az-zuhaili, sebagai rujukan utama, di samping rujukan rujukan lain yang akan disebut di tempat2nya, insya Allah.


01-  mengingati mati

sunat bagi setiap insan memperbanyakkan memperingati mati, kerana ia penyudah yang tidak dapat dielak bagi setiap insan.
Rasulullah s.a.w bersabda: أكثروا ذكر هاذم اللذات
Perbanyakkanlah mengingati pemutus kelazatan (yakni mati).- riwayat ibn hibban, al-hakim, nasaie, tirmizi, ibn majah dan Ahmad.

Disahihkan oleh al-hakim, az-zahabi, at-Tirmizi, ibn hibban, syuaib arnuoth dan al-Albani. lihat:
المستدرك مع التلخيص للذهبي- دار الكتب العلمية-1990- 4-357 ، بلوغ المرام-1-193-موقع المشكاة، سنن الترمذي- حسن صحيح غريب- 8-279- موقع الإسلاممسند احمد بأحكام شعيب عرنوط- مؤسسة القرطبة- القاهرة 2-292الألباني- الجامع الصغير وزيادته وصحيح ابن ماجه وصحيح الترغيب والترهيب

Sabda bginda lagi:
اسْتَحْيُوا مِنْ اللَّهِ حَقَّ الْحَيَاءِ قَالَ قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّا نَسْتَحْيِي وَالْحَمْدُ لِلَّهِ قَالَ لَيْسَ ذَاكَ وَلَكِنَّ الِاسْتِحْيَاءَ مِنْ اللَّهِ حَقَّ الْحَيَاءِ أَنْ تَحْفَظَ الرَّأْسَ وَمَا وَعَى وَالْبَطْنَ وَمَا حَوَى وَلْتَذْكُرْ الْمَوْتَ وَالْبِلَى وَمَنْ أَرَادَ الْآخِرَةَ تَرَكَ زِينَةَ الدُّنْيَا فَمَنْ فَعَلَ ذَلِكَ فَقَدْ اسْتَحْيَا مِنْ اللَّهِ حَقَّ الْحَيَاءِ
Berasa Malulah dengan Allah sebenar benar malu. Ibn mas'ud berkata: kami berkata: wahai rasulallah, sesungguhnya kami berasa malu, alhamdulillah. Sabda baginda: bukan begitu, akan tetapi berasa malulah dgn Allah sebenar2 malu dengan memelihara kepala dan deria yang ada padanya, dan perut serta anggota yang ada di sekelilingnya (hati, kemaluan, dan tempat masuk serta duduknya makanan dan minuman), dan hendaklah kamu mengingati mati dan perubahan jasad kepada tanah, dan barangsiapa yang mahukan akhirat dia akan meninggalkan perhiasan dunia, maka barangsiapa yang melakukan demikian, dia telah berasa malu dgn Allah dgn sebenar2 malu.
Diriwayatkan oleh al-hakim, at-tirmizi, dan imam Ahmad.

Nilaian hadis: soheh menurut al-hakim dan azzahabi, gharib menurut at-tirmizi, mauquf menurut sheikh arnouth, hasan menurut al-Albani.
Lihat:
–المستدرك - 4-359سنن الترمذي-8-498مسند أحمد – 1-387صحيح الترغيب والترهيب-3-164، صحيح وضعيف الجامع الصغير-2-437، صحيح وضعيف سنن الترمذي-5-458.

            Tidak kira lelaki atau perempuan, muda atau tua, sihat mahupun sakit, semuanya perlu mengingati mati. Sebab mati dekat dengan setiap orang.

            Tua muda, sakit dan sihat bukanlah ukuran kematian. Kita dapat lihat berapa ramai orang muda yang mati- ketika mereka sedang tenggelam,dalam nikmat dunia- terlebih dahulu dari orang yang lebih tua. Orang orang yang tidak berpenyakit mati secara mengejut. Orang orang yang sakit tenat pula yang terus hidup, dipanjangkan umurnya oleh Allah.

            Sebab itu kita sepatutnya menghargai nyawa dan usia kita yang masih ada, menambahkan amal soleh dan kebaikan.

Nabi s.a.w bersabda:
اغتنم خمسا قبل خمس : شبابك قبل هرمك و صحتك قبل سقمك و غناك قبل فقرك و فراغك قبل شغلك و حياتك قبل موتك
Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara, masa mudamu sebelum tuamu, masa sehatmu sebelum sakit, masa kaya sebelum miskin, masa lapangmu sebelum sempit, dan masa hidupmu sebelum mati.
-riwayat al-hakim,al-baihaqi dlm sya'bul iman, albughawi dlm syarh as-sunnah,Ahmad dlm az-zuhd.
- nilaian hadis: disahihkan oleh al-hakim, dipersetujui az-zahabi, kata al-bughawi: hadis ini mursal, menurut al-albani: mursal soheh. Lihat:
المستدرك: 4-341- شرح السنة-7-191الجامع الصغير وزيادته-1-196- صحيح الترغيب والترهيب-1-368- صحيح وضعيف الجامع الصغير-5-404

Al-Imam al-Bukhari meriwayatkan di dalam sahihnya:
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ أَخَذَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمَنْكِبِي فَقَالَ كُنْ فِي الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيبٌ أَوْ عَابِرُ سَبِيلٍ
وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ يَقُولُ إِذَا أَمْسَيْتَ فَلَا تَنْتَظِرْ الصَّبَاحَ وَإِذَا أَصْبَحْتَ فَلَا تَنْتَظِرْ الْمَسَاءَ وَخُذْ مِنْ صِحَّتِكَ لِمَرَضِكَ وَمِنْ حَيَاتِكَ لِمَوْتِكَ
Daripada Abdullah bin Umar r.a, beliau berkata: Rasulullah pernah memegang bahuku, lalu bersabda: jadilah di dunia ini seperti orang asing, atau pengembara.
Dan ibnu umar sendiri pernah berkata: bila kamu berada di waktu petang, janganlah menunggu waktu pagi, dan Apabila kamu berada di waktu pagi, janganlah ditunggu waktu petang. Pergunakan waktu sihatmu sebelum datang sakit, dan waktu hidupmu sebelum datang mati.

            Oleh itu, wajib kita bersedia untuk mati dengan melepaskan diri daripada kezaliman dan hutang piutang- bertaubat dari dosa, maksiat dan kezaliman terutamanya kezaliman sesame hamba, memulangkan harta yang kita ambil dengan cara salah, serta melangsaikan hutang piutang.

Bersambung….



0 komen: