kuliah fiqh shafi'i- hukum hakam jenazah- 02- adab adab ketika sakit
Rujukan utama:
al-majmu syarh al-muhazzab (5/106-107)
Al-mu'tamad fi al-fiqh as-shafi'I (1/596-597)
- rujukan rujukan lain akan dinyatakan di tempat ia digunakan.
1. Bersabar
Sunat bagi orang sakit itu bersabar, berdasarkan hadis:
ان امرأة جاءت الي النبي صلي الله عليه وسلم فقالت يا رسول الله ادع الله ان يشفينى فقال " ان شئت دعوت الله فشفاك وان شئت فاصبري ولا حساب عليك قالت اصبر ولا حساب علي
Seorang wanita telah datang menemui nabi s.a.w, dia berkata: wahai Rasulallah berdoalah kepada Allah supaya menyembuhkan aku. Sabda baginda: jika kamu mahu aku doakan kamu, maka Allah menyembuhkanmu, dan jika kamu mahu bersabarlah, dan tidak ada hisab atas kamu. Wanita itu berkata: aku bersabar, dan tiada hisab ke atasku.
(hadis riwayat al-Bughawi drp Abi Hurairah, turut diriwayatkan oleh al-Bazzar dan Ibn Hibban sepertimana disebutkan oleh al-Hafiz Ibn Hajar di dalam Fathul bari (10/115), dinilai soheh oleh al-Albani (Soheh at-targhib wa at-tarhiib 3/148)
وروى البخاري ومسلم من رواية ابن عباس ان امرأة سوداء أتت النبي صلي الله عليه وسلم فقالت انى امرأة اصرع واني انكشف فادع الله لى فقال ان شئت صبرت ولك الجنة وان شئت دعوت الله ان يعافيك فقالت اصبر
Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Ibn Abbas, bahawa seorang perempuan kulit hitam mendatangi nabi s.a.w, mengadu tentang kesakitan yang ditanggungnya, dan meminta baginda berdoa untuknya. Lalu baginda s.a.w bersabda: jika kamu mahu kamu bersabar, dan bagimu syurga, dan jika kamu mahu aku berdoa untukmu agar menyembuhkanmu. Lalu dia berkata: aku bersabar.
daripada hadis hadis ini dapatlah kita simpulkan, bersabar ketika diuji dengan penyakit, besar ganjarannya di sisi Allah. antara ganjaran yang disebutkan nabi bagi orang yang sabar dengan sakit ialah terlepas dari perhitungan, dan diberi ganjaran syurga.jadikan dua hadis ini motivasi buat diri kita, agar kita tidak mengeluh, merungut dan sebagainya ketika diuji dengan penyakit.
2. Berubat
روى أبو الدرداء ان رسول الله صلي الله عليه وسلم قال ان الله تعالى أنزل الداء والدواء وجعل لكل داء دواء فتداووا ولا تداووا بالحرام "
Diriwayatkan daripada Abu darda', bahawa rasulallah s.a.w bersabda: sesungguhnya Allah menurunkan penyakit dan ubat, dan Dia menjadikan bagi setiap penyakit itu ubatnya, maka berubatlah, dan janganlah berubat dengan benda yang haram.
( Diriwayatkan oleh Abu Daud di dalam kitab at-tibb, menurut Imam Nawawi di dalam sanadnya ada kedaifan, tetapi abu Daud tidak mendaifkannya. Apa apa yang tidak didaifkan oleh beliau adalah sahih atau hasan di sisi beliau. Ibn al-Mulaqqan mensahihkannya (Tuhfah al-muhtaj 2/9, Jami' al-Ahadith 7/475). Al-Albani mendaifkannya ( Sahih wa Daif Sunan Abi Daud- 8/374).
rupa rupanya berubat bukan semata mata untuk sembuh dari sakit, tetapi ada ganjaran pahala untuk kita berubat. oleh itu jangan kita culas berubat ya!! tetapi kita kena berhati hati dalam memilih ubat, baik ubat untuk rawatan fizikal mahupun penyakit yang bukan fizikal. jangan kita terjebak dengan perubatan yang tidak halal, apa lagi perubatan yang boleh menghumbankan kita ke lembah kesyikrikan- seperti jampi jampi yang khurafat, perubatan menggunakan jin dan seumpamanya !! wal iyazubillah!!
bersambung ke bahagian ke-2 insya Allah :)
0 komen:
Catat Ulasan