kuliah fiqh shafi'i- hukum hakam jenazah- 03- adab adab ketika sakit- episod 2
Rujukan utama:
al-majmu syarh al-muhazzab (5/106-107)
Al-mu'tamad fi al-fiqh as-shafi'I (1/596-597)
- rujukan rujukan lain akan dinyatakan di tempat ia digunakan.
...sambungan episod lepas:
dlm siri yg lalu, kita telah bincangkan dua adab adab ketika sakit, iaitu bersabar dan berubat. adab adab yang seterusnya ialah:
3. tidak mengharapkan kematian
Makruh seseorang itu mengharapkan kematian, kerana tidak tahan dengan musibah yang menimpa dirinya, atau kesempitan dunia yang melandanya, berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a:
ان النبي صلى الله عليه وسلم قال " لا يتمنين أحدكم الموت لضر نزل به
Bahawa nabi s.a.w bersabda: janganlah salah seorang daripada kamu mengharapkan kematian kerana mudarat/musibah yang menimpanya
Jika tidak tahan sangat dengan musibah tersebut, seperti penyakit yang teramat sakit, nabi s.a.w telah mengajar kita apa yang perlu kita buat, di dalam sambungan hadis Anas tadi:
فان كان لابد متمنيا فليقل اللهم أحينى ما دامت الحياة خيرا لي وتوفني إذا كانت الوفاة خيرا لى
Maka jika sekiranya tidak dapat dielakkan mengharapkannya, maka ucapkanlah: Ya Allah hidupkanlah aku selama mana kehidupan itu baik bagiku, dan matikanlah aku sekiranya kematian lebih baik bagiku. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
Akan tetapi, jika seseorang mengharapkan kematian kerana bimbang fitnah terhadap agamanya, ianya tidaklah dimakruhkan, seperti yang disebutkan oleh al-Bughawi di dalam Syarh as-sunnah. Menurut imam Nawawi, terdapat banyak contoh dari generasi Salaf tentang mengharapkan kematian kerana bimbang fitnah atas agama.
Umar r.a ketika pulang dari haji terakhirnya, beliau menadah tangan berdoa:
اللهم اني قد كبر سني،ورقّ عظمي وانتشر رعيتي فاقبضني إليك غير مضيّع ولا مفتون
Sebulan kemudian doanya dimakbulkan Allah. saidina Ali- ditanya rakyatnya, kenapa zaman kamu x seperti zaman abu bakar dan umar, jwbnya-krn rakyat di zamannya seperti aku, sdgkan aku tpaksa memerintah org sprt kamu. Kmudian dia berdoa: ya Allah rehatkanlah aku daripada rakytku. Umar bin abd aziz ,pernah minta pd org soleh supaya doakan kpd Tuhan agar mengambil nyawanya. (kisah2 ini daripada koleksi kuliah dr MAZA: YouTube- FITNAH S11 Sahabat-Sahabat Yang Memohon Kematian).
4. Bersangka baik dengan Allah.
Orang orang yang sakit disuruh bersangka baik dengan Allah s.w.t. maksud bersangka baik dengan Allah ialah bersangka yang Allah akan merahmatinya, dan mengharapkan Allah akan merahmatinya.
Jabir r.a meriwayatkan, bahawa rasulullah s.a.w bersabda :
لا يموتن أحدكم الا وهو يحسن الظن بالله تعال
Janganlah salah seorang dari kamu mati melainkan dalam keadaan dia bersangka baik pada Allah Ta'ala. (riwayat Muslim).
Di dalam riwayat lain, disebutkan bahawa baginda s.a.w menyebut hadis ini, tiga hari sebelum baginda wafat.
Begitu juga orang orang yang hadir menziarahi pesakit yang sedang tenat, digalakkan menasihatinya agar mengharapkan rahmat Allah dengan penuh kesungguhan, bersangka baik dengan Allah, dan mengingatkannya dengan ayat2 al-Quran dan Hadis2 nabi. Imam nawawi menyebut bahawa perbuatan ini dibuat oleh para sahabat, antaranya Ibn abbas ketika Umar sedang sakit tenat, begitu juga kepada aisyah, dan ia turut dilakukan oleh Abdullah bin Amru bin al-As..
-tamat tajuk adab adab ketika sakit-
0 komen:
Catat Ulasan