soalan:
Assalammualaikum
1). Jika seseorang itu bersolat, lalu dia baca al fatihah dalam hati dan sekadar menggerakkan lidah/bibirnya saja, adakah dibolehkan?
2). Benarkah dengan mengerakkan lidah/bibir tanpa mengeluarkan suara tidak dikira lafaz?
jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم
ana cuba jawab persoalan ini insya Allah
Mazhab Hanafi, shafi'I dan hanbali: bacaan hendaklah didengar oleh diri sendiri, x memadai pergerakan lidah sahaja tanpa mendengarnya. Ini kerana pergerakan lidah sahaja tanpa suara tak dikira bacaan, kerana maksud al-kalam ialah: nama bagi sesuatu yg didengari dan difahami.
Menurut al-karkhi: bacaan itu perbuatan lidah, jadi dengar atau tidak bukan persoalannya. Pendapat ini juga dipilih oleh sheikh taqiyuddin al-hanbali.
Mazhab maliki: x disyaratkan mendengar, memadai pergerakan lidah. Tapi lintasan hati sahaja tanpa pergerakan lidah x memadai.
Dlm pada itu, lebih afdhal bacaan didengar diri sendiri, bagi meraikan jumhur. (keluar dr khilaf)
عَنْ أَبِي مَعْمَرٍ قَالَ سَأَلْنَا خَبَّابًا أَكَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْرَأُ فِي الظُّهْرِ وَالْعَصْرِ قَالَ نَعَمْ قُلْنَا بِأَيِّ شَيْءٍ كُنْتُمْ تَعْرِفُونَ قَالَ بِاضْطِرَابِ لِحْيَتِهِ Drp Abi Ma'mar, katanya: kami tlh bertanya kpd Khabbab, adakah nabi s.a.w membaca bacaan dlm solat zuhur dan asar? Kata beliau:ya. Kami bertanya: bagaimana kamu mengetahuinya? Jwb beliau: melalui pergerakan janggutnya. (lafaz al-bukhari)
Imam baihaqi ketika meriwayatkan hadis yg sama meletakkannya di bawah bab: باب لا تجزئه قراءته في نفسه إذا لم ينطق به لسانه Bab tidak boleh membaca di dalam hati tanpa menuturkan dgn lidah Wallahu'a'lam bis sowab
sumber: soheh bukhari sunan al-baihaqi mausu'ah fiqhiyyah kuwaitiyyah- 16/180, 33/50 dan 51 fiqh islami wa adillatuh- 2/77 fiqh ala mazahib arbaah- 1/319
0 komen:
Catat Ulasan