Fiqh Hayawan: kewajipan Memberi makan haiwan peliharaan


Salah satu tujuan penciptaan haiwan adalah untuk dimanfaatkan oleh manusia. Oleh sebab itu, kita dapati manusia telah memelihara haiwan sejak sekian lama untuk pelbagai tujuan, termasuklah makanan, pakaian, perburuan dan kenderaan.
Walaupun begitu, haiwan juga mempunyai roh dan nyawa seperti kita. Jadi ia mempunyai hak untuk hidup dan dihormati. Islam sebagai jalan hidup , dan agama pembawa rahmat, amat menitikberatkan masalah ini. Allah memerintahkan manusia agar mengasihani haiwan, dan menetapkan hukuman dunia dan akhirat terhadap sesiapa yang menyeksa haiwan.


hukum memberi makan haiwan peliharaan

kewajipan seorang pemilik haiwan memberi makan haiwan peliharaannya adalah perkara yang disepakati oleh para sarjana Fiqh. Hukum ini meliputi semua jenis haiwan yang dipelihara, sama ada haiwan tersebut halal dimakan ataupun tidak.
Jika haiwan yang dipelihara merupakan haiwan yang meragut, pemiliknya wajib mengiringinya ke padang ragut, atau mengupah pengembala untuk mengembalanya. Jika tidak ada padang ragut, atau haiwan peliharaannya tidak makan dengan cara meragut, pemilik wajib memberinya makan dalam bentuk yang diperlukan haiwan tersebut[1]. Melihat kepada kepentingan perkara ini, sebahagian sarjana Fiqh telah menyebutkan kewajipan ini sebagai nafkah haiwan, dan membincangkannya di dalam karya karya mereka, di dalam bab yang membincangkan tentang nafkah isteri, ibubapa dan anak anak.
Ini berdasarkan hadis hadis yang diriwayatkan daripada baginda s.a.w, antaranya:
1. عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بن عمرأَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ عُذِّبَتْ امْرَأَةٌ فِي هِرَّةٍ سَجَنَتْهَا حَتَّى مَاتَتْ فَدَخَلَتْ فِيهَا النَّارَ لا هِيَ أَطْعَمَتْهَا وَسَقَتْهَا إِذْ حَبَسَتْهَا وَلا هِيَ تَرَكَتْهَا تَأْكُلُ مِنْ خَشَاشِ الْأَرْضِ[2].
Daripada Abdullah b Umar, bahawa rasulullah s.a.w telah bersabda: " seorang perempuan telah diseksa kerana kucing yang dikurungnya sehingga mati, maka dia dimasukkan ke dalam neraka. Dia tidak memberi kucing itu makan dan minum ketika mengurungnya, dan dia tidak pula melepaskannya mencari makanannya sendiri daripada haiwan haiwan kecil.
Menurut Imam an-Nawawi, hadis ini menunjukkan pengharaman mengurung haiwan tanpa memberinya makan dan minum, dan ia juga menunjukkan kewajipan nafkah haiwan ke atas pemiliknya. [3]
Menurut Imam Syaukani pula, wanita tersebut masuk neraka bukan semata mata kerana tidak memberi makan kucing, tetapi kerana dia juga dalam masa yang sama mengurungnya. Jika hukum sebegini digunapakai untuk haiwan seperti kucing, ia lebih utama untuk dipraktikkan ke atas haiwan yang dipelihara, kerana ia telah dimiliki, dikurung dan menjadi sibuk dengan urusan pemiliknya[4].
2. حديث أبي هريرة، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ بَيْنَمَا رَجُلٌ يَمْشِي بِطَرِيقٍ اشْتَدَّ عَلَيْهِ الْعَطَشُ فَوَجَدَ بِئْرًا فَنَزَلَ فِيهَا فَشَرِبَ ثُمَّ خَرَجَ فَإِذَا كَلْبٌ يَلْهَثُ يَأْكُلُ الثَّرَى مِنْ الْعَطَشِ فَقَالَ الرَّجُلُ لَقَدْ بَلَغَ هَذَا الْكَلْبَ مِنْ الْعَطَشِ مِثْلُ الَّذِي كَانَ بَلَغَ مِنِّي فَنَزَلَ الْبِئْرَ فَمَلَأَ خُفَّهُ مَاءً ثُمَّ أَمْسَكَهُ بِفِيهِ حَتَّى رَقِيَ فَسَقَى الْكَلْبَ فَشَكَرَ اللَّهُ لَهُ فَغَفَرَ لَهُ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَإِنَّ لَنَا فِي هَذِهِ الْبَهَائِمِ لَأَجْرًا فَقَالَ فِي كُلِّ كَبِدٍ رَطْبَةٍ أَجْرٌ[5].
Hadis Abu Hurairah, bahawa rasulullah s.a.w bersabda: ketika seorang lelaki sedang berjalan, dia berasa sangat dahaga, lalu terjumpa sebuah perigi. Dia pun turun ke dalamnya lalu minum. Ketika dia keluar dari perigi tersebut, dia ternampak seekor anjing yang menjelirkan lidahnya, memakan tanah kerana kehausan. Lelaki itu berkata: anjing ini tentu sangat dahaga sebagaimana dahaga yang menimpaku sebebntar tadi. Lalu dia pun turun semula ke dalam perigi, dan memenuhkan kasutnya dengan air, kemudian dia memegang kasutnya dengan mulutnya hingga dia berjaya memanjat sampai ke atas semula, lalu memberi anjing itu minum. Anjing itu bersyukur kepada Allah atas bantuan lelaki itu, lalu Allah mengampunkannya. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulallah, adakah bagi kami ganjaran pada haiwan seperti ini? baginda bersabda: pada setiap hati yang basah itu ada ganjaran ( bagi yang berbuat baik kepadanya).
Antara pengajaran yang boleh diambil dari hadis ini, terhasilnya pahala yang besar dari perbuatan memberi minum haiwan. Pahala ini juga akan terhasil dengan perbuatan yang seumpamanya, seperti memberi makan, dan lain lain perbuatan yang bersifat ihsan terhadap haiwan, tidak kira sama ada haiwan itu dipelihara ataupun tidak[6]. jika bersifat belas kasihan terhadap haiwan yang tidak dipelihara diberikan ganjaran, apatah lagi bersifat ihsan kepada haiwan yang dipelihara. [7]
3. حديث سَهْلِ بْنِ الْحَنْظَلِيَّةِ، قَالَ : مَرَّ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- بِبَعِيرٍ قَدْ لَحِقَ ظَهْرُهُ بِبَطْنِهِ فَقَالَ : " اتَّقُوا اللَّهَ فِى هَذِهِ الْبَهَائِمِ الْمُعْجَمَةِ فَارْكَبُوهَا وَكُلُوهَا صَالِحَةً"[8].
Daripada Sahl b Hanzolah, katanya: Rasulullah s.a.w telah lalu berdekatan seekor unta yang sangat kurus, lalu baginda bersabda: " bertakwalah kepada Allah dalam hal haiwan yang tidak pandai berkata kata ini, tunggangilah ia, dan berilah ia makanan yang baik baik.
al-Azim Abadi dalam menghuraikan hadis ini menyebut, al-Alqami telah berkata: dan maksudnya: takutilah Allah dalam hal haiwan yang tidak berkata kata ini, kamu akan disoal tentang kelaparannya, dahaganya, kepenatannya, dan masalah yang dihadapinya[9].. Maksudnya, hendaklah bersikap ihsan kepada haiwan tersebut, dan tidak menyakitinya, dengan cara menunaikan haknya, memberikan apa yang diperlukannya, menjauhkan segala yang menyakitinya, dan tidak menyeksanya[10].
Perbuatan tidak memberi makan haiwan peliharaan juga merupakan penyeksaan yang tidak mendatangkan faedah, dan pembaziran harta. Ini semua adalah dilarang oleh rasulullah s.a.w[11].

[1] أنظر: حاشبة ابن عابدين، ج3،ص638، والدردير، الشرح الكبير، ج2،ص522، والماراني، أبو عمرو،عثمان بن عيسى، الاستقصاء تكملة المجموع شرح المهذب، (بيروت:دار الكتب العلمية، ط1، 1423هـ/2002م)،ج22،ص438، وابن قدامة، المغني،ج18،ص271.
[2] رواه مسلم، صحيح مسلم، كتاب السلام، باب تحريم قتل الهرة، ج11،ص301، حديث رقم:4160.
[3] النووي، شرح صحيح مسلم، (بيروت: دار إحياء التراث العربي،ط2 ، 1392م)، ج14، ص240و241.
[4] : الشوكاني، محمد بن علي، نيل الأوطار من أحاديث سيد الأخيار شرح منتقى الأخبار، ج7،ص91.
[5] رواه مسلم، صحيح مسلم، كتاب السلام، بَاب فَضْلِ سَقْيِ الْبَهَائِمِ الْمُحْتَرَمَةِ وَإِطْعَامِهَا، ج11،ص304،حديث رقم:4162.
[6] النووي، شرح صحيح مسلم، ج14،ص241.
[7] أنظر: الشوكاني، المرجع نفسه، ج7، ص91.
[8] سنن أبي داود، كتاب الجهاد، باب مَا يُؤْمَرُ بِهِ مِنَ الْقِيَامِ عَلَى الدَّوَابِّ وَالْبَهَائِمِ، ج2، ص328، حديث رقم:2550.
[9] العظيم آبادي، محمد شمس الحق، عون المعبود شرح سنن أبي داود ،( بيروت: دار الكتب العلمية، ط2، 1415هـ)،ج7،ص158.
[10] انظر: عبد المحسن العباد، شرح سنن أبي داود، (برنامج المكتبة الشاملة)، ج13، ص474.
[11] الكساني، علاءالدين، أبوبكر بن مسعود، بدائع الصنائع في ترتيب الشرائع،

0 komen: