Kuliah Fiqh Taharah- Menyapu atas Jabirah (balutan).

Kuliah Fiqh Taharah- Menyapu atas Jabirah (balutan).


Terjemahan bebas dengan sedikit penambahan daripada :
Soheh fiqh sunnah- 1/161 dan 162. karangan: Abu Malik Kamal bin as-sayyid Salim
- rujukan lain disebut di tempatnya





al-jabirah: kayu yang mengampu tulang yg patah supaya ia bertaut semula, dlm perubatan moden skrg ia diganti dengan simen.

Menurut jumhur ulama, harus seorang yang cedera –seperti tangannya dan kakinya-dan dibalut dengan sesuatu, menyapu di atas balutan tersebut. (syarah fath al-qadir 1/140, al-mudawwanah 1/23, al-mughni 1/203 dan al-majmu 2/327)

Dalil dalilnya:

  1. hadis jabir- mengenai seorang yang cedera kepalanya, di mana nabi s.a.w bersabda: sebenarnya cukup sekadar dibalut atas lukanya kain, kemudian dia menyapu atas kain itu. (hadis daif, riwayat Abu daud- didaifkan oleh ibn hajar dlm bulughul maram kerana terdapat percanggahan riwayat, 1/43, juga oleh al-baihaqi, (as-sunan- 1/227) dan al-albani dlm al-irwa, 1/142, lihat juga tamamul minnah 1/131)
  2. kata ibnu umar: " barangsiapa yang ada luka yg dibalut, berwuduklah dan sapulah di atas balutan, dan basuhlah di sekeliling balutan".(riwayat ibn abi syaibah dan al-baihagi, soheh). Dan tiada bantahan shbt lain terhadap beliau dlm hal ini
  3. qiyas ke atas menyapu di atas khuf, dlm keadaan biasa pun diharuskan, apa lagi dalam keadaan sakit-darurat- lebih utama utk diharuskan.


Terdapat riwayat cerita yg sama, menggabungkan basuhan, sapuan dan tayammum., seperti dlm sunan al-baihaqi. Tetapi riwayatnya bermasalah, bertentangan dengan riwayat2 lain dlm kisah yg serupa. (sunan baihaqi dgn al-jauhar an-naqi- 1/227)

Menurut albani, hadis boleh dinaikkan ke taraf hasan dengan gabungan riwayat, namun setakat lafaz tayammum sahaja, tanpa sapuan dan basuhan. (tamamul minnah 1/131, soheh wa daif sunan abi daud, 1/336).

Menurut ibn hazm, org yg berbalut anggotanya tidak perlu menyapu di atas anggota tersebut, kerana telah gugur hukum basuhan dari anggota tersebut. Beliau berpendapat demikian kerana beliau berpegang bahawa hadis hadis tentang balutan adalah daif, dan beliau tidak menerima hujah dengan qiyas. (al-muhalla 2/73)

Sebahagian ulama mendaifkan qiyas dlm hal ini, kerana ia merupakan qias perkara wajib atas perkara harus. Ini menjadikan, dari sudut hujjahnya, pendapat ibn hazm adalah yg terkuat.

  1. menyapu di atas balutan boleh dipraktikkan ke atas wuduk dan mandi
  2. yg rojeh, tidak disyaratkan meletakkan balutan di dalam keadaan kita suci, kerana kemalangan berlaku secara tiba-tiba, berlainan dengan menyapu khuf. Apalagi tidak ada dalil yg mensyaratkan demikian.
  3. balutan2 perubatan yg lain-simen cthnya- mengambil hukum yg sama dengan balutan yg dibincangkan fuqaha, sebagaimana disebut sheikh ibn taimiyyah. (majmu fatawa 21/185).

0 komen: