Kuliah Fiqh Shafi'i: 03-02: Menziarahi orang sakit- bhg 2



Kuliah Fiqh Shafi'i: 03-02: Menziarahi orang sakit- bhg 2

Rujukan utama:
-         al-majmu syarh al-muhazzab- 1/109-118.
-         Soheh fiqh sunnah – 1/611-612
-         Rujukan lain ada dinyatakan di tempat tempatnya

dalam siri yang lalu, kita telah membincangkan beberapa perkara yang disuruh ketika kita menziarahi orang sakit. dalam siri ini, kita kan membincangkan tiga lagi perkara berkaitan ziarah orang sakit insya Allah.


Menghadapkan pesakit yg nazak ke arah kiblat

Daripada Salma Ummu Walad kepada Rafi', katanya: Fatimah binti Rasulillah berkata: letakkan tempat tidurku di sini, dan hadapkanlah daku kea rah kiblat.
(tahqiq an-nawawi: hadis Salma ghariib, tidak disebut di dalam kitab kitab yg muktamad ini.)

Walaubagaimanapun, menurut pengarang Sahih fiqh sunnah, terdapat riwayat2 Mursal yang jika digabungkan sampai ke darjat Hasan. Oleh sebab itu, jumhur ulama berpendapat ianya sunat.

Terdapat dua cara yang disebutkan ulama dalam menghadapkan pesakit yg nazak ini ke arah kiblat.


  1. membaringkannya di atas belakangnya, dan kakinya menghadap kea rah kiblat. Kepalanya dianiikkan sedikit dengan melapik sesuatu di bawahnya, agar wajahnya menghadap kiblat.
  2. membaringkannya dengan cara mengiring di atas rusuk kanannya, dengan mukanya menghadap kiblat.

Cara kedua adalah cara terpilih di dalam mazhab syafi'I, juga mazhab Abu Hanifah dan Malik. Ini kerana terdapat riwayat riwayat yang menguatkan cara mengiring ini.



الْبَرَاءُ بْنُ عَازِبٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَتَيْتَ مَضْجَعَكَ فَتَوَضَّأْ وَضُوءَكَ لِلصَّلَاةِ ثُمَّ اضْطَجِعْ عَلَى شِقِّكَ الْأَيْمَنِ وَقُلْ اللَّهُمَّ أَسْلَمْتُ نَفْسِي إِلَيْكَ وَفَوَّضْتُ أَمْرِي إِلَيْكَ وَأَلْجَأْتُ ظَهْرِي إِلَيْكَ رَهْبَةً وَرَغْبَةً إِلَيْكَ لَا مَلْجَأَ وَلَا مَنْجَا مِنْكَ إِلَّا إِلَيْكَ آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِي أَنْزَلْتَ وَبِنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ فَإِنْ مُتَّ مُتَّ عَلَى الْفِطْرَةِ
Al-Barra bin Azib berkata: Rasulullah s.a.w telah berkata kepadaku, apabila engkau hendak ke tempat tidurmu , berwuduklah sebagaimana kamu berwuduk untuk solat, kemudian baringlah di atas lambung kananmu, dan katakanlah (doa seperti dalam matan hadis). Jika maku mati, kamu mati di atas fitrah. (Hadis riwayat al-Bukhari).

Daripada hadis ini, kita dapat faham bahawa para ulama membuat kesimpulan, seseorang yang meninggal dunia dalam keadaan berwuduk dan baring mengiring atas lambung kanan matinya di atas fitrah. Oleh sebab itu diperlakukan orang sakit tenat/nazak dengan cara ini, mudah mudahan dia mati dalam fitrah.

Dalam sebuah riwayat yang lemah, diceritakan bahawa Ummu Kalthum r.a menyaksikan Fatimah r.a ketika hendak wafat, beliau berbaring mengiring kea rah kiblat.

Meminta doa dari pesakit

            Mungkin nampak pelik. Selain dari mendoakan pesakit, sebenarnya kita juga disuruh meminta pesakit mendoakan kita. Ini diterangkan di dalam hadis:
 عن عمر بن الخطاب ، رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : « إذا دخلت على مريض ، فمره فليدع لك ؛ فإن دعاءه كدعاء الملائكة »
Daripada Umar bin al-Khattab r.a, nabi s.a.w telah bersabda: " apabila kamu menziarahi pesakit, maka mintalah dia mendoakan kamu, sesungguhnya doanya seperti doa malaikat"- riwayat Ibn majah.
(tahqiq: ibn jauzi- hadis tidak soheh, di dalam sanadnya ada Isa bin Ibrahim, riwayatnya Waah, seperti disebutkan al-Hakim. Menurut ibn hibban, dia meriwayatkan riwayat munkar dr Ja'far bin Burqan- al-ilal al-mutanahiyah- 2/868.
An-nawawi : dlm majmu- diriwayatkan oleh ibn majah dengan sanad yg hasan
dlm al-azkar: sanadnya hasan atau soheh,akan tetapi maimun bin mihran tidak bertemu dengan umar.
Abd qadir arnouth: hadis munqati'. Berkata al-hafiz Ibn hajar:  tidak soheh. Jika ada riwayat lain menyokong boleh jadi hadis hasan. Namun tiada syahid yg boleh menjadi sokongan.(raudhah al-muhaddisin 10/264)

Menasihati pesakit
            Apabila pesakit telah sembuh, sunat menasihatinya agar menunaikan segala janji yang dibuatnya kepada Allah seperti taubat dan melakukan perkara perkara kebaikan.

Kata Abu zubair : ini kerana ketika sakit, ramai yang akan berkata: jika aku sembuh aku akan gunakan waktu itu sebaiknya untuk beramal dan sebagainya. Tapi bila sudah disembuhkan ramai yang terlupa janji janji ketika sakit. Oleh itu menjadi tanggungjawab kepada teman teman dan keluarga untuk mengingatkan kembali si pesakit tentang hal ini.

Wallahu a'lam bissowaab

0 komen: