Pembedahan Pertama


Pembedahan pertama



            Lama sebelum menjadi rasul, ketika masih seorang kanak kanak kecil, nabi Muhammad s.a.w dihantar oleh keluarga baginda ke perkampungan Bani sa'ad. Satu hari, semasa usianya 4 tahun, ketika baginda sedang bermain main bersama budak budak yang lain, malaikat Jibril a.s telah datang dengan tujuan untuk membedah dada baginda.

Setelah dada baginda dibedah, jibril mengeluarkan jantung/hati baginda, kemudian dikeluarkan daripadanya segumpal darah. Jibril berkata: ini bahgian syaitan daripadamu. Lalu jibril membasuhnya di dalam bekas air yang diperbuat dari emas, dengan air zam zam, kemudian jibril mencantumkannya kembali dengan jantung/hati nabi, lalu meltakkannya kembali ke tempat asalnya.

Budak budak yang bermain bersama baginda bergegas mendapatkan ibu susuan baginda. Mereka memberitahunya: Muhammad dah kena bunuh!! Selepas itu, mereka telah menemui baginda. Ketika itu, baginda berada dalam keadaan yang pucat!![1]


Nabi s.a.w berasa sangat takut. Dalam pada itu baginda menceritakan apa yang berlaku pada ibu susuannya. Ibu susuan baginda bimbang kalau kalau baginda telah diganggu oleh makhluk halus. Dia berkata: Semoga kau dilindungi Allah.

Oleh kerana kebimbangan ini, ibu susuan baginda terus bersiap siap untuk membawa baginda pulang ke pangkuan ibu kandung baginda aminah. Sampai di rumah ibu kandung baginda, ibu susuan berkata: aku telah menunaikan amanahku dan tanggunganku.. kemudian diceritakannya kisah yang berlaku pada baginda s.a.w.

Yang peliknya, Kisah itu langsung tidak menakutkan ibu nabi s.a.w. beliau bercerita pula kepada baginda: " aku telah melihat cahaya keluar dari diriku, ia menyinari istana istana di Syam.." [2].

Anas bin Malik, setelah menceritakan kisah ini , yakni kisah dari soheh Muslim, beliau berkata: aku pernah melihat kesan jahitan pada dada rasulullah s.a.w.

Pengajaran dan Ibrah
           
1.         Pembedahan penyucian hati ini merupakan tanda tanda awal kenabian. Menjadikan hati baginda tidak tunduk melainkan kepada Tauhid. Baginda juga tidak terpengaruh dengan gejala social yg menular pada zamannya, dan tidak pernah menyembah berhala, walaupun kedua dua benda ini tersebar meluar ketika itu.[3]

2.         Kata abu zubair: kisah ini juga seperti banyak kisah kisah yang lain menunjukkan sifat kemanusiaan normal – seperti takut dan cemas- yang ada pada baginda selaku seorang manusia. Kisah ini juga membuktikan nabi menjalani zaman kanak kanaknya dengan bermain main seperti orang lain.

3.         Dari kisah ini juga kita dapati baginda sejak kanak kanak adalah seorang yang cekal dan berani. Walaupun berasa takut, baginda masih mampu menghadapi situasi bahkan mampu pula mengingati dengan jelas apa yang dilakukan oleh Jibril, kemudian menceritakannya kepada ibu susuan baginda. Sungguh hebat dirimu ya Rasulallah sejak awal usiamu!!

4.         Kisah kisah menarik sebegini sepatutnya kita jadikan motivasi untuk anak anak kita, untuk mendekatkan mereka dengan peribadi mulia rasulullah s.a.w sekaligus mencontohi baginda.

5.         Daripada kata2 anas kita dapat mengetahui pembedahan yang dijalankan oleh Jibril pun meninggalkan kesan pada tubuh nabi s.a.w. maka kita meragui apa yang dilakukan sebahgian orang zaman ini, yg dinamankan sebagai -pembedahan batin- yang katanya tidak meninggalkan apa apa kesan pun setelah dibedah!!


[1]   diceritakan berdasarkan hadis riwayat imam Muslim, drp Anas b malik, kitab Iman, bab al-Isra bi rasulillah. Diriwayatkan juga oleh imam Ahmad, al-baihaqi, al-hakim dan ad-darimi. Lihat soheh sirah nabawiyyah, 1/103-104, dan sahih sirah nabawiyyah 53 -54.

[2]  Sambungan kisah ini pula dipetik dari hadis riwayat Ahmad, al-Hakim, at-Tabrani dan ad-Darimi. Kata al-haithami dalam al-majma: isnad hadis Ahmad hasan, dan hadis ini mempunyai syahid2 lain yang telah disebutkan…maka hadis ini soheh. Lihat Soheh as-sirah an-nabawiyyah, 54.
[3]  Lihat as-siirah an-nabawiyyah as-sohehah, 1/104.

0 komen: