Tahun Gajah: Bermulanya sejarah agung



Tahun Gajah dan Kelahiran nabi s.a.w

Tahun Gajah dan al-Quran

            Tahun gajah dinamakan bersempena kedatangan tentera bergajah yang mahu memusnahkan Ka'abah. Kisah ini dirakamkan oleh Allah di dalam surah al-Fiil:
                                                                                                         
1. tidakkah Engkau mengetahui Bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)?
2. Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka Dalam keadaan Yang rugi dan memusnahkan mereka?
3. dan ia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan, -
4. Yang melontar mereka Dengan batu-batu dari sejenis tanah Yang dibakar keras, -
5. lalu ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu Yang dimakan ulat.

Baginda s.a.w lahir pada Tahun gajah

            Qiis bin Makhramah bin al-mutallib bin Abd al-Manaf r.a berkata: " aku dan rasulullah s.a.w dilahirkan pada tahun gajah, dan kami adalah sebaya, kami lahir pada tahun yang sama".
( diirwayatkan oleh Ahmad, dan tirmizi dalam kitab manaqib, bab apa yang datang tentang kelahiran nabi s.a.w, kata at-tirmizi: hadis hasan gharib aku tidak menemui riwayat lain melainkan riwayat Muhammad bin Ishaq. Menurut Ibrahim ali, riwayat ibn ishaq dlm hal ini diterima, kerana beliau meriwayatkannya secara jelas dengan sighah tahdith). (Sahih as-sirah an-nabawiyyah/ 47)


            Daripada Ibn abbas r.a, " Rasulullah s.a.w telah dilahirkan pada tahun gajah".
(riwayat at-tabraani –al-mu'jam al-kabiir, al-baihaqi dlm dalail an-nubuwwah dan al-bazzar, daripada Yunus bin Abi Ishaaq daripada ayahnya, daripada Said bin jubair. Perawi2nya dipercayai, seperti yg disebut oleh al-haithami di dalam al-majma' 1/196. sahih as-siirah an-nabawiyyah 48).

            aisyah r.a pernah melihat ketua gajah dan gembalanya dalam keadaan buta meminta makanan daripada penduduk Makkah.
 ( sirah ibn hisyam 1/57 dan Khalifah, at-tarikh 53, dgn sanad yg hasan- sirah an-bawiyyah as-sohehah 1/98)

            Qabbath bin Ushaim pula pernah menceritakan pengalamannya didirikan oleh ibunya di atas bangkai salah seekor gajah tentera bergajah yang sudah berubah warnanya. Beliau ketika itu sudah mampu mengingat, kerana beliau lahir beberapa tahun sebelum peristiwa berlaku.
( riwayat at-tirmizi, dengan komen hasan gharib, riwayat al-hakim dengan komen sahih dgn syarat muslim, dan dipersetujui az-zahabi. Di dalam sanadnya ada perawi bernama al-mutallib bin Abdullah, yang riwayatnya bertaraf maqbul- sirah nabawiyyah sohehah 1/98)

            Menurut Ibn Qayyim dan al-Qastalani , nabi lahir pada tahun gajah selepas berlakunya peristiwa serangan tentera bergajah. Dan peristiwa terselamatnya Ka'abah dari serangan merupakan salah satu petanda kelahiran seorang manusia agung, tidak lain tidak bukan, nabi Muhammad s.a.w. (zaad al-maad 1/76, syarah al-mawahib al-ladiniah 1/130)

            Kajian moden menguatkan lagi teori kelahiran baginda pada tahun gajah, di mana tahun gajah didapati bersamaan dengan tahun 570 atau 571 masihi. (jawwad ali- al-mufassal fi tarikh al-arab qabla al-islam 9/443, 478)

Tarikh kelahiran yang diperselisihkan 

            Tinggal lagi ulama berselisih pendapat tentang tarikh kelahiran. Antara yang masyhur:
-         Malam 12 rabiul awwal- ibn ishaq (sirah ibn hisyam- 1/171 tanpa sanad)
-         Malam  10 Rabiul awwal- al-waqidi
-         Malam ke-2 rabiul awwal- abu ma'syar as-sanadi (tabaqat ibn saad 1/100-101)

Menurut akram diya' al-umari, di antara ketiga tiga individu ini, yang paling dipercayai dalam periwayatan hadis adalah ibn Ishaq.

Rujukan utama:
-         as-sirah an-nabawiyyah as-sahihah, akram diya umari, maktabah al-ulum wa al-hikam, madinah, cetakan ke-6,1994, ms 1/96-98
-         soheh as-sirah an-nabawiyyah, ibrahim ali, dar an-nafais, Jordan, cetakan ke-9, 2010, ms 47 -48.

0 komen: