كِتَاب الْمَسَاجِدِ وَمَوَاضِعِ الصَّلَاةِ ( باب
النهي عن نشد الضالة في المسجد وما يقوله من سمع
الناشد )
Soheh
Muslim- Kitab masjid masjid dan tempat tempat solat- Bab larangan menyiarkan
berita kehilangan barang di masjid, dan apa yg dikatakan oleh orang yang
mendengar orang yg membuat pengumuman
أَبُو الطَّاهِرِ أَحْمَدُ بْنُ عَمْرٍو حَدَّثَنَا ابْنُ وَهْبٍ
عَنْ حَيْوَةَ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ أَبِي عَبْدِ اللَّهِ
مَوْلَى شَدَّادِ بْنِ الْهَادِ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ يَقُولُ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ
سَمِعَ رَجُلًا يَنْشُدُ ضَالَّةً فِي الْمَسْجِدِ فَلْيَقُلْ لا رَدَّهَا اللَّهُ
عَلَيْكَ فَإِنَّ الْمَسَاجِدَ لَمْ تُبْنَ لِهَذَا
Terjemahan:
Rasulullah
s.a.w telah bersabda: barangsiapa yang mendengar lelaki mengumumkan barang yang
hilang di dalam masjid, maka katakanlah: semoga Allah tidak mengembalikannya
kepada kamu. Sesungguhnya masjid masjid bukanlah dibina untuk ini.
حَدَّثَنِي حَجَّاجُ بْنُ الشَّاعِرِ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ
أَخْبَرَنَا الثَّوْرِيُّ عَنْ عَلْقَمَةَ بْنِ مَرْثَدٍ عَنْ سُلَيْمَانَ بْنِ
بُرَيْدَةَ عَنْ أَبِيهِ
أَنَّ رَجُلًا نَشَدَ فِي الْمَسْجِدِ فَقَالَ مَنْ دَعَا إِلَى
الْجَمَلِ الْأَحْمَرِ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لا
وَجَدْتَ إِنَّمَا بُنِيَتْ الْمَسَاجِدُ لِمَا بُنِيَتْ لَهُ
Bahawa
seorang lelaki membuat pengumuman barang yang hilang di masjid, lalu dia
berkata: siapa ada terjumpa unta merah? Maka rasulullah s.a.w bersabda: kamu
tidak akan menemuinya, sesungguhnya masjid dibina untuk tujuan khusus yang
diperuntukkan baginya.
Al-imam
an-nawawi telah menyenaraikan beberapa faedah daripada hadis ini [syarah soheh
muslim 5/54-55 ].
- larangan membuat
pengumuman mencara barang yang hilang di dalam masjid.
- kemudian dikaitkan pula larangan ini dengan perbuatan yang lain yang mengandungi maksud yg serupa, termasuk jual beli, sewa, dan aqad /kontrak /transaksi muamalat yg lain.
- makruh meninggikan
suara di dalam masjid.
menurut al-Qadhi, imam Malik dan sekumpulan Ulama lain berpendapat
makruh hukumnya meninggikan suara di dalam masjid hatta untuk ilmu dan
selainnya
-
Imam Abu Hanifah dan Muhammad b Maslamah al-Maliki mengharuskan
meninggikan suara di dalam masjid untuk majlis ilmu, menyelesaikan permusuhan,
dan perkara seumpamanya yang dihajati oleh orang ramai, kerana masjid merupakan
tempat mereka berkumpul, jadi ianya satu kemestian.
- maksud sabda baginda:
sesungguhnya masjid dibina untuk tujuan khusus yang diperuntukkan baginya-
masjid dibina dengan tujuan untuk mengingati Allah, solat, ilmu,
perbincangan dan seumpamanya.
- menurut al-qadhi, hadis ini
merupakan dalil larangan mengerjalan perbuatan kerja pembuatan seperti
menjahit di masjid.
-
Walaubagaimanapun sebahagian ulama berpendapat yang dilarang ialah
kerja kerja untuk manfaat peribadi, seperti menjahit untuk dijual hasil jahitan
untuk manfaat peribadi, supaya masjid tidak jadi pusat perniagaan peribadi.
-
Jika kerja kerja yg dilakukan untuk manfaat agama orang Islam seperti berlatih pedang, dan membaiki senjata
perang yang tidak menghina masjid, ia diharuskan.
- Sebahgaian ulama turut melarang
mengajar kanak kanak di masjid. Walaubagaimanapun hal ini adalah perkara
khilaf.
- Ucapan/doa yang diajarkan oleh
nabi s.a.w terhadap orang yang membuat pengumuman barang yang hilang di
masjid, adalah satu bentuk hukuman atas perbuatannya yang bertentangan
dengan tujuan masjid dibina.
Menurut al-mubarakfuri di dalam tuhfatul ahwazi [4/459], terdapat
sebahgaian ulama yg memberi rukhsah membenarkan urusan jualbeli dan seumpamanya
di dalam masjid. Walaubagaimanapun beliau membantah pendapat ini, kerana tidak
mengemukakan dalil, sedangkan larangan secara jelas disebut di dalam hadis.
Wallahu'a'lam.
0 komen:
Catat Ulasan