Thumamah bin Uthal- siri 2

siri 1- Tsumamah bin Uthal boleh diakses di pautan ini:
http://kembara-journey.blogspot.com/2011/12/thumamah-bin-uthal.html


Thumamah bin uthal - Ibrah dan pengajaran

            Para ulama hadis dan sirah telah mengumpulkan ibrah, pengajaran dan hukum hakam penting daripada kisah Tsumamah.

1.                  daripada perbuatan mengikat Tsumamah, ulama menyimpulkan keharusan mengikat tawanan dan mengurung/memenjarakannya.

2.                  penempatan tsumamah di masjid menjadi hujah bagi para ilmuan yang mengharuskan orang kafir memasuki masjid.

Menurut mazhab syafi'I, keharusan ini tidak mengira sama ada orang kafir itu ahli kitab atau tidak. Namun keharusan org kafir memasuki masjid di dalam mazhab syafi'I disyaratkan dgn keizinan orang Islam sendiri. Adapun masjidil haram, ia tidak termasuk dlm keharusan ini.

3.                   perbualan rasulullah s.a.w dengan tsumamah selama tiga hari merupakan salah satu teknik dakwah baginda terhadap Tsumamah. Ia bagi melembutkan hatinya dan berlemah lembut dengan orang yang berpotensi besar untuk memeluk Islam, lebi lebih lagi orang seperti Tsumamah yang mempunyai kedudukan di sisi kaumnya, di mana jika dia memeluk Islam, pengislamannya akan diikuti oleh para pengikutnya. Ini akan menambah jumlah dan kekuatan agama Allah.

4.                   perbuatan rasulullah s.a.w membebaskan Tsumamah menjadi hujah dalam keharusan mengampunkan dan membebaskan seorang tawanan perang bukan Islam, hatta tanpa sebarang tebusan, lebih lebih lagi jika tawanan tersebut berpotensi menarik lebih ramai orang memeluk islam dan menguatkan Islam.



5.                  perbuatan tsumamah mandi setelah berniat memeluk Islam, dan jawapan sahabat terhadap pertanyaannya, menjadi dalil pensyariatan mandi bagi orang yang memeluk Islam. Tinggal lagi ulama berselisih faham tentang hukumnya, sama ada ia wajib atau sunat.

Menurut mazhab syafi'I jika ketika seseorang itu ketika masih kufur dia pernah berjunub, maka wajib dia mandi selepas memeluk Islam. Ada juga pendapat di dalam mazhab yg mengatakan ia hanya sunat.

6.                  Islam membawa perubahan kepada seseorang, menjadikan dia boleh menyukai sesuatu yang sebelum pengislamannya amatlah dibenci. Maka Islam dan iman itu sendiri menjadi satu kekuatan bagi seorang muslim untuk melaksanakan perintah Allah yg mungkin sebelum ini terasa berat atau janggal, serta kekuatan utk meninggalkan larangan Allah yg mungkin sebelum ini merupakan satu perkara yang sangat disukai.

Demikianlah hidayah Allah. Dan ini bukan berlaku pada orang yang baru memeluk Islam sahaja. Tapi juga kita yang Islam sejak lahir. Ilmu yg sebenar adalah hidayah, ia akan menyinari jiwa,membuatkan kita terasa ada kekuatan mengamalkan ilmu kita, berubah ke arah yg lebih baik, juga untuk berjihad menegakkan kalimah Allah, untuk terus melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangannya.

7.                  pada pandangan saya (Abu Zubair)- wallahu'a'lam bissowab- perbuatan Tsumamah menggunakan pengaruhnya sebagai pemimpin Yamamah-gudang gandum penduduk makkah- untuk menggertak musyrikin Makkah sangat patut dicontohi oleh para pimpinan muslim hari ini. sepatutnya para pemimpin ummah bersatu hati menggunakan kekuatan yg ada- petroleum, dan sumber sumber asli yang lain- yang sebahagian besarnya dikuasai negara2 umat Islam untuk menggertak musuh musuh Islam. Semuanya demi meninggikan martabat Islam di mata dunia.

Rujukan utama:
-         syarah an-nawawi ala Soheh muslim 12/87
-         syarah soheh bukhari ibn battal 2/117
-         al-isobah fi tamyiiz as-sahabah – ibn hajar 1/410-411
-         al-istii'aab fi ma'rifat as-sahabah- ibn abd barr  1/64
-         ar-Raheeq al-Makhtuum – cetakan dar ihya at-turath al-arabi, Beirut ms310-311.
-         Syarah bulughul maram – athiyyah Muhammad salim 30/8

0 komen: