Situasi Fitnah: Berdiam diri lebih baik!!


Tercetusnya Fitnah!!

أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَتَكُونُ فِتَنٌ الْقَاعِدُ فِيهَا خَيْرٌ مِنْ الْقَائِمِ وَالْقَائِمُ فِيهَا خَيْرٌ مِنْ الْمَاشِي وَالْمَاشِي فِيهَا خَيْرٌ مِنْ السَّاعِي مَنْ تَشَرَّفَ لَهَا تَسْتَشْرِفُهُ وَمَنْ وَجَدَ فِيهَا مَلْجَأً فَلْيَعُذْ بِهِ
Bahawa abu Hurairah berkata, rasulullah s.a.w telah bersabda: akan berlaku satu fitnah di mana org yg duduk lebih baik dari orang yang berdiri, dan orang yg berdiri lebih baik daripada orang yang berjalan, dan orang yg berjalan lebih baik dari orang yang berlari. Sesiapa yang terdedah kepadanya ia akan menghadapinya, dan sesiapa yang punyai tempat berlindung, asingkanlah diri dan berlindunglah di dalamnya. [lafaz ini riwayat imam Muslim, kitab al-fitan, bab nuzul al-fitan kamawaqi' al-qatr]

Di dalam riwayat lain: yang tidur lebih baik dari yg berjaga, yang berjaga lebih baik dari yang duduk.
-         yang tidur lebih baik dari yang berbaring [hadis ibn mas'ud,rwyt ahmad an abi daud]
-         yang berjalan lebih baik dr yang menunggang [hadis ibn mas'ud]

menurut imam an-nawawi, perumpamaan yg dibuat di dalam hadis ini menerangkan betapa perlunya berhati hati daripada fitnah ini, dan galakan agar menjauhinya, dan melarikan diri daripadanya. Kejahatan dan fitnahnya bergantung pada tindakan kita terhadap perkara tersebut.

Menurut ibn at-tiin, manusia berbeza beza tindakannya dlm menghadapi situasi ini.  ada yang menjadi penyebab berlakunya fitnah (org yg berlari), penggerak fitnah (org yg berjalan), ada yg ikut serta, ada yang hanya memerhati (org yg duduk), ada juga yang menjauhi, tidak ikut serta dan tidak mahu memerhati,(org yg baring), dan mereka yang tak terlibat langsung tetapi hanya redha apa yg berlaku (org yg tidur).


Berlindung dan mengasingkan diri

Imam Muslim meriwayatkan drp Abu Bakrah, bahawa rasul bersabda: apabila  ia turun, maka barangsiapa yg ada unta maka bersamalah ia dgn untanya, siapa yg ada kambing maka bersamalah dengan kambingnya, dan sesiapa yang ada tanah, bersamalah dgn tanahnya. Bertanya seorang lelaki: " wahai rasulallah, apa pendapatmu bg sesiapa yg tidak ada semua itu? sabda baginda: hendaklah ia mengambil pedangnya dan mematahkan matanya dengan batu, kemudian hendaklah ia melarikan diri jika mampu.

Apakah maksud "fitnah" di dalam hadis??
- perselisihan di dalam merebut "jawatan", di mana tidak dapat diketahui yg mana betul dan yg mana salah.

Mafhum hadis menurut para ulama:
Kata al-imam at-Tabari, ulama  telah berselisih pendapat dlm hal ini, antaranya :

  1. sebahagian mereka memahaminya secara zahir , dan fitnah itu umum- iaitu semua fitnah yg telah berlalu dan yg akan datang, dan mereka inilah yang tawaqquf daripada menyertai pertelingkahan di kalangan orang orang Islam, termasuklah Sa'ad bin abi waqqas, ibn umar, Muhammad bin maslamah, Abi bakrah, Huzaifah, Abu Zar, imaran bin husain, abu musa al-asy'ari, usamah bin zaid, dan ahban bin saifi, dari kalangan tabiin pula syuraih dan an- nakha'ie.

Kemudian mereka ini tidak sependapat tentang maksud berdiam diri, sebahagian mengatakan maksudnya duduk di rumah, yg lain mengatakan pindah dari negeri fitnah.
Jika mereka diserang, sebahagian mengatakan harus dia mempertahankan diri harta dan keluarga, manakala sebahagian yg lain berpendapat sebaliknya.

  1. jumhur: jika pemimpin sudah dilantik, kemudian ada yg memberontak dan tak mahu menunaikan kewajipan,, hendaklah diperangi yg memberontak. Jika dua puak bertelagah/berperang, sedangkan haq dan batil jelas, wajiblah membantu yg haq dan membenteras yg batil.

  1. imam al-auza'i- semua peperangan/pertelingkahan yang melibatkan dua puak, dlm keadaan tidak ada pemimpin, adalah dilarang.

Kata at-Tabari: yg benar: menginkari kemunkaran itu wajib, sesiapa yang menolong pihak yg benar dia telah bertindak betul, siapa yang menolong pihak yang silap dia telah tersilap. Jika tidak dapat dipastikan, itulah situasi yang dimaksudkan oleh rasulullah s.a.w di dalam hadis.

Sumber:
-          syarah soheh muslim- 18/8
-         fath al-bari syarh soheh al-bukhari (13/30-31)
-         umdat al-qari syarh sahih al-bukhari (24/191)
-         muzakirah – qiraah nassiyyah min kutub al-hadis as-sittah- shaikhuna prof dr Muhammad abu lais al-khairala abadi hafizahullah, 17-20


1 komen:

Noor berkata...

mohon pinjam ulasan dan catatan blogger sebagai perkongsian bersama rakan2 di alam maya.

terima kasih..