Soalan: Bagaimanakah
caranya untuk membersihkan kitab2 yang dikotori najis cicak baik basah mahupun
kering? Adakah memadai dengan lap dengan kain basah sahaja?
al-jawab:
1. cara menyucikan najis cicak yang kering
Dalam fiqh mazhab syafi'I dan hanbali,
terdapat satu kaedah: benda yang bersih bila terkena benda yg najis, dikira
mutanajjis benda bersih itu jika salah satu drpnya basah/lembab. Kaedah ini
selalu org kita sebut dlm bersentuh dgn anjing, dan ia diterimapakai utk semua
najis.
Maknanya jika kedua duanya kering, seperti
kitab yg kering dan taik cicak juga kering, maka hanya perlu membuang taik
cicak daripada kitab.
2. taik cicak yg basah
Antara perkara yg selalu ditimbukan ttg
taik cicak, adakah ia:
-
boleh dianggap sesuatu yg sukar
dielakkan, menyebabkan ia jadi najis yg dimaafkan
jwpn saya: masih belum boleh dianggap
sukar nak elak. Kdg2 byknya taik cicak kerana kemalasan manusia. Lagipun masjid
dan surau ada tukang cucinya sendiri.
-
adakah ia termasuk dlm haiwan yg tidak
berdarah mengalir, yg dimaafkan bangkai dan najisnya seperti lalat, nyamuk
dsbgainya?- jwpn saya cicak tidak termasuk dlm haiwan jenis ini, ada perbezaan
ketara.
Dlm mazhab hanafi misalnya, najis yg
saiznya kurang dr 1 dirham adalah dimaafkan. (saya kurang pasti apakah ini
boleh dipraktikkan pd taik cicak)
3. bila kita menganggap taik cicak najis
yg tak dimaafkan, maka dlm keadaan basah ia perlulah dibersihkan dr kitab dgn
cara membersihkan najis mutawassitah, iaitu menurut jumhur, dgn menggunakan air
mutlak. Di sinilah timbul cara lap dgn kain basah, iaitu kain yg sudah dibasah
dgn air mutlak.
Walaubagaimanapun, di sana terdapat pendapat yg mengatakan
membersihkan sesuatu drp najis x semestinya dgn air mutlak. Tapi boleh juga dgn
bahan2 lain yg terbukti membersihkan. Ini merupakan pendapat mazhab hanafi,
qaul qadim bagi imam as-syafi'I , salah satu riwayat drp imam malik dan imam ahmad, imam ibn hazm, dan ia merupakan pendapat terpilih di sisi imam ibn taimiyyah -rahimahumullah , , juga pendapat ibn uthaimin.
Pendapat ini telah dipilih sbg pendapat yg rajah menurut pengarang soheh fiqh
sunnah,
ini kerana, dlm pada syara memerintahkan
kita guna air untuk menyucikan dr najis, ia bukanlah disuruh dlm semua perkara.
Bahkan dlm setengah perkara tsabit penggunaan alat2 lain utk bersuci. Cth,
dibenarkan istijmar dgn batu, membersihkan hujung pakaian dan tapak selipar dgn
tanah,
bahkan sesetengah bahan seperti cuka dan
pencuci buatan boleh membersihkan sama dengan air, bahkan kdg2 lebih bersih.
Menyucikan dr najis juga lebih kepada satu
perbuatan menghilangkan sesuatu yg dilarang, bila tercapai maksudnya, maka
gugurlah hukum. Sebab ini menyucikan dr najis x disyaratkan niat.
Maknanya memadai mengikut pendapat ini
mengelap dengan kain,atau buang dgn kertas, sehingga hilang taik cicak dan
kesannya.
Rujukan:
Al-majmu syarh muhazzab, 2/571
Mausuah fiqhiyyah kuwaitiyyah 30/169-170,
40/94-95.
Soheh fiqh sunnah, cetakan maktabah taufiqiyyah, jil.1/ 85-87.
2 komen:
Assalamualaikum buat pemilik blog dan pembaca sekelian, terima kasih atas ilmu yang diberikan. Di sini terdapat perbincangan berkaitan dengan TAHARAH oleh Ustazah Norhafizah Musa. Semoga perkongsian ini bermanfaat
Fiqh Wanita: Taharah (Bahagian 1)
Fiqh Wanita: Taharah (Bahagian 2)
Jom buat duit hanya dgn klik:
www.cashnhits.com/blog/wanginternet
Tiada sebarang pelaburan diperlukan
Catat Ulasan