Kecurian 4 Ramadhan

Ramadhan masuk hari ke empat. Aktiviti harian berjalan seperti biasa.
1 dan 2 Ramadhan, saya tidak menjamah nasi dan makanan berat yang lain. hanya makan kuih muih dan meratah lauk pauk. banyaknya tentulah minum air. majoritinya tentulah air sejuk- dalam erti kata sejuk yang ditambah air batu atau disejukkan di dalam peti ais..hehehe...tidak terniat pun nak berdiet atau seumpamanya. cuma rasa sudah berpada dengan apa yang saya makan.kalau ditambah nasi atau benda berat, rasa macam penuh sangat.

berbuka pada hari ke-3, selepas maghrib saya menjamah mee goreng yang mak goreng. lepas balik dari tadarus, tiba-tiba terasa lapar. saya sambung makan mee goreng lagi. kali ini dengan ikan tenggiri masak merah pula.

Hasilnya subuh tadi saya tidak sempat menamatkan solat subuh bersama jamaah masjid. lagi satu sujud untuk menghabiskan dua rakaat subuh saya terpaksa keluar dari saf berlari ke tandas. adakah perut saya terkejut?

*********************************************************

ketika matahari hampir tergelincir, saya menjenguk telefon bimbit. ada nama pengerusi masjid buat miss call. saya segera telefon semula. "orang-orang penting" ni kalau telefon kita mesti ada hal penting. orang rumahnya yang menjawab. beliau sudah pergi ke masjid. cuma mak long beritahu saya juga, suaminya mahu beritahu yang alat yang tergantung dekat tengah masjid dah hilang!!

alat apa ya? lebih kurang beginilah alat itu..

cerita sebenar dapat dikenalpasti bila kami bertemu di masjid pada waktu zohor. kata pengerusi, beliau singgah untuk menanda kawasan kotor (kata beliau muntah kucing) di dalam masjid, yang beliau sedar selepas subuh tadi. beliau menanda tempat tersebut dengan kerusi. kemudian beliau ada urusan lain dan berniat untuk kembali membersihkan kotoran tadi.

apabila beliau kembali semula, beliau lihat kerusi yang beliau letak telah teralih ke tempat lain.bila melihat skru bertaburan, beliau terdetik memandang ke atas.Projektor dah HILANG!!

 rupa rupanya kerusi-kerusi tadi mungkin telah digunakan untuk memanjat dan membawa lari projektor tersebut! kecurian mungkin berlaku sebelum pukul 8.30 pagi. sebab pukul 8.30 hingga sepuluh lebih ketua biro keceriaan ada di masjid mengecat pagar. dlm pukul 11 pula imam 3 ada datang menghantar tamar ke masjid. ketika mereka berada di masjid, tiada tanda-tanda yg boleh membantu kes.

berakhirlah rm7ribu budget yang diluluskan untuk set projektor ini. namun begitu, dua lagi alat dlm set ini- skrin dan laptop masih selamat.laporan polis telah pun dibuat.mungkin siasatan sedang dijalankan.

apa-apapun tentu ada hikmat di sebalik kejadian ini, kan?

4 Ramadhan 1433/24 julai 2012
6.03pm

0 komen: