Diari Ramadhan 1433

pejam celik pejam celik..baik surau turun surau...vroom sana vroom sini..cebur sana cebur sini..kaboom sana kaboom sini...sudah masuh sepuluh hari terakhir Ramadhan Al-Mubarak 1433Hijrah, 2012 Masihi...

rasanya baru beberapa hari kami membuka tirai Ramadhan di surau kampung sungai jahit yang kami sayangi..rupa-rupanya Ramadhan dah semakin hampir ke penghujungnya....

Ramadhan dan rutin harian
Ramadhan tahun ini Ramadhan pertama saya bekerja sebagai editor teks persendirian secara freelance. jadi waktu sebelah pagi saya aturkan untuk menyiapkan kerja-kerja editor. selepas Zuhur, saya akan berhenti dan melakukan aktivit-aktiviti lain pula.

Ramadhan tahun ini juga kali pertama saya menyertai Tadarus di Masjid Kariah. selalunya saya bertadarus di surau. cuma tahun ini "tidak cukup korum" untuk buat tadarus di surau. jadi daripada tidak bertadarus langsung, saya join grup di masjid kariah. Waktunya sebelah malam, selepas Terawih, bermula kira-kira jam 11 mlm.

Ramadhan dan Surau
sudah tentulah terawih setiap malam, dan ifthar setiap minggu.

sejak sebelum Ramadhan, saya telah siapkan jadual tugasan untuk imam dan bilal. cuma kadang-kadang jadual ini tidak dapat dipatuhi. Alhamdulillah terima kasih kpd sahabat-sahabat dan adik-adik sentiasa bersedia "mencover" ketika yang sepatutnya bertugas ada keuzuran atau menguzurkan diri dengan sebab atau tanpa sebab hehehe

tahun demi tahun, saya dapat melihat peningkatan dalam kerja anak-anak buah geng surau- mereka juga saya anggap sahabat-sahabat saya- saya teringat mula-mula mereka bertugas, saya kena sediakan skrip bacaan dalam tulisan rumi. kemudian beransur ansur mereka mampu membaca tulisan jawi/arabnya pula. tahun ini saya lihat mereka tidak lagi menggunakan kertas, sudah mula menghafal..Alhamdulillah, syukur kpd Allah atas segalanya..



Ramadhan, Sungai dan Mercun
Sungai bila dikaitkan dengan Ramadhan mengundang persepsi tertentu daripada sesetengah pihak.
Seingat saya, Saya banyak mengajar anak-anak buah saya secara spontan di sungai. di bulan puasa terutamanya, soalan-soalan berkaitan puasa memang banyak ditanya ketika sedang berada di dalam sungai. Dalam kedinginan air sungai, saya cuba memahamkan mereka mana satu perkara yg merupakan adat kepercayaan semata-mata, dan mana satu perkara yang membatalkan puasa.

"timing" utk ke sungai juga penting. saya selalu meletakkan "waktu solat" sebagai timing untuk beraktiviti dengan mereka. "sampai Zohor", "lepas Zohor", "sampai Asar". timing ini membolehkan saya mengajak mereka bersolat jemaah ke masjid mengikut waktu-waktu tersebut.

Setiap orang punyai pendapat tersendiri tentang mercun. bagi saya, jangan sampai membahayakan diri dan orang lain. peraturan diadakan. mercun mercun yg kuat bunyinya dan mengganggu hendaklah dibakar di kawasan terpencil, jauh dari kawasan kediaman umum.

Sessi Fotografi

Ramadhan tahun ini juga menyaksikan sessi fotografi untuk projek buku pengurusan jenazah step by step -pustaka azhar-yang dibintangi oleh anak-anak buah saya. setakat ini sessi fotografi solat utk orang sakit, tayammum dan pengurusan awal jenazah sudah disempurnakan.

cukuplah dulu coretan saya untuk kali ini
insya Allah kita bertemu dlm lembaran yg lain nanti... :)

0 komen: