Blues seorang Daie: di ambang PRU13

saya teringat peristiwa pagi jumaat lalu. saya baru hendak menghidupkan enjin motorsikal untuk pergi mengajar ke pejabat belia dan sukan, di mana tiba tiba sebuah kereta jiran saya berhenti dan mematikan enjin.
"Awak nak mana?"
"Nak mengajar ke kompleks belia".
kemudian jiran saya turun dari keretanya.

pendek ceritanya dia menceritakan peristiwa yang berlaku malam tadi. khamis malam jumaat itu malam mereka mengaji agama di salah sebuah masjid di kampung kami. tiba tiba ada tetamu "penceramah" undangan bagi menggantikan sessi kuliah yang biasa mereka ikuti saban minggu. jiran saya mengadu tentang isi kandungan ceramah yang disampaikan. mengandungi unsur-unsur politik. dia turut menunjukkan risalah yang diedarkan malam itu. isinya ayat-ayat suci al-Quran dan terjemahannya. kemudian beberapa artikel yang dipetik daripada beberapa akhbar rasmi beberapa parti. saya tidak sempat meneliti dan membacanya, kerana saya hendak cepat pergi mengajar.

kemudian dengan siap bersumpah demi Allah dia mengaku pulang awal sebelum majlis itu tamat. diberitakan majlis itu tamat lewat, bermula selepas maghrib dan selesai lebih kurang jam sepuluh. (kuliah biasa akan tamat bila masuk waktu isyak, atau lebih sedikit). selain jiran saya, beberapa orang yang lain turut pulang sebelum majlis selesai.

saya risik-risik juga khabar dari mereka yang hadir. antara komen mereka, "kami tidak marah nak berkempen, tapi bukan masjid tempatnya". "kami datang nak menyambung pengajian kami pada minggu lepas" "Markas ada kenapa buat di masjid juga".

*******************************************************************************

kemudian saya teringat pula tentang mesyuarat ajk masjid malam tadi. hari sabtu malam ahad. di saat2 mesyuarat hampir usai tiba tiba timbul isu - letaklah politik di luar sebelum masuk ke masjid.
"politik macam mana ni? bila? cuba terangkan"
"masa khutbah beberapa minggu lepas...imam ada menyentuh.."
"Ada sebut (nama parti) ke?"
"tak adalah..."
"habis tu?"
"khutbah ni hak siapa? hak imam?habis tu?"
"imam sepatutnya lepas khutbah tinggalkan buku di atas tu...untuk disemak.."
demikian di antara dialog dialog nya.

 ********************************************************************************

hari ini. Ahad. saya sedang menelaah beberapa kitab sirah sebagai persediaan untuk mengajar malam nanti. tiba tiba nada dering samsung galaxy chat saya berbunyi. nama pengerusi masjid tempat saya akan mengajar malam ini. terus saya sambut.
antara dialognya:
"ustaz mengajar tempat kami malam ni kan? kuliah tu kita tangguh minggu depan ya. ustaz tak payah datang lah malam ni. malam ini ada ketua pemuda ceramah. kalau orang tanya nanti jawablah ustaz ada hal"

**********************************************************************************

tiba tiba saya teringat kata kata seorang ilmuan popular dalam satu kuliahnya" kempen untuk agama ini tuan tuan tidak bermusim...."

abu zubair
kg sg jahit
10 mac 2013

0 komen: