Coret-coret lewat pasca PRU

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh..

andai blog ini sebuah rumah alam realiti, nescaya setiap kali masuk ke sini aku kena bersihkan sawang dan habuk...apa tidaknya, jurang antara satu tulisan dengan tulisan seterusnya lama.

entah apa yang menghalang aku menulis di sini aku sendiri tak pasti. rasanya bukan kerana tidak ada idea. kalau dikira idea rasanya tak tertulis. banyak kisah kisah hidup yang mahu dikongsi kalau diikutkan.

susah pautan internet juga bukan alasannya. setiap hari aku melayari internet. cuma tidak menjengah laman usangku ini. sesekali timbul idea hanya sempat dinukil sebagai status di wall fb. namun wall fb itu berbeza dengan blog. bagi aku lah kalau orang lain tak setuju. aku merasakan kebebasan menulis lebih di blog berbanding fb.

hakikatnya bukan blog sahaja. forum yang disertai juga begitu. semangat menjadi "tekno daie" yang cukup2 membara satu ketika dahulu sudah tidak hangat seperti tika itu. mungkin medan realiti di luar ini
 lebih memberi erti.

entri terakhir blog ini berkenaan PRU-13. kiranya pra-PRU. tetapi aku tidak menyambung tulisan berkenaan PRU itu sendiri dan pasca PRU.

apa yang pasti, PRU kali ini melakar sejarah. aku tidak maksudkan sejarah secara umum. sebaliknya khusus bagi diri aku sendiri. hampir 5 tahun berada dalam medan dakwah di kampung halaman sendiri menekadkan aku untuk membuat satu keputusan. keputusan yang mungkin tidak boleh diterima oleh sebahagian orang yang mengenaliku.

aku keluar dari kebiasaanku tika detik detik itu sebelum ini. aku tidak kelihatan di markas. tidak juga di pos pos pemasangan poster dan bendera. tidak duduk di kerusi PACA pada hari mengundi. (tapi aku masih mengundi :) )

hilang aku rupanya disedari. cuma aku mengetahuinya dari orang jauh. ada yang menghubungiku. orang dekat memberitahu kepada orang jauh tentang hilangnya aku. itu yang buat aku sedikit tidak puas hati. kenapa tidak tanya kepada tuan punya badan sendiri??

hakikatnya aku hanya hilang dari pentas berlambang. dan aku tidak menghalang mereka yang ingin meneruskan perjuangan mereka. berjuanglah!! bahkan aku memberi semangat kepada mereka. memberi nasihat, komen, kritikan, bila dipinta dan bila perlu.

bahkan kebenaran itulah satu satunya benda yang aku war warkan dalam setiap ucap umumku di hadapan yang sudi mendengar celotehku. walau ia pahit untuk ditelan jika ia bertentangan dengan apa yg kita suka. walau ia pahit utk ditelan jika kebatilan itu benar2 berada atas kesukaan kita.

biarlah begitu. biar aku perlihatkan diriku yang sebenar. biar mereka melihat diriku yang sebenar.

apa pun syukur kerana semuanya sudah berlalu.

nun di hadapan sana perjalanan masih jauh. penghujungnya hanya Tuhan yang Maha Tahu.
kita, ikhtiar, usaha, doa dan tawakal, utk jadi insan yg memenuhi tuntutan tujuan kita diciptakan.

8.32pm- 30 Mei 2012- KSJ





0 komen: