2013/1434- Ramadhan bertamu lagi

Ramadhan menjelma lagi. sessi 1434 Hijriyah dan 2013 Masihi. Hari ini sudah masuk hari ke sepuluh.

rutin rutin Ramadhan seperti tahun-tahun yang lalu bermula kembali.

Surau di belakang rumah akan meriah setiap malam, selepas hanya dua tiga kali seminggu diimarahkan pengajian sepanjang tahun.

anak-anak sekolah mendapat "lesen" untuk keluar malam menjadi bilal atau berjemaah terawih di surau.

para pemuda berkumpul berkongsi cerita sambil pekena moreh, selepas mendirikan malam Ramadhan.

Sungai-sungai kembali mendapat sambutan hangat, baik kepada insan-insan yang sekadar mengambil keharusan menyejukkan diri berehat daripada kehangatan hari dan kepenatan puasa, mahupun yang mengambil kesempatan lebih dari itu.

*******************************************************************************
usai subuh tadi, ada yang berkongsi muka hadapan Harian Metro. Zikir Tegak@ ratib tegak. rupa rupanya selepas kecoh dalam internet terutamanya facebook, masih tak habis-habis lagi isu ini. ada gambar Nasution dan Imam Karim sekali. seperti sedang buat demontrasi amalam tersebut.

aku sudah malas nak mengulas. panjang atau pendek.sekurang kurangnya buat masa sekarang. tempoh hari sudah banyak mengulas. di alam maya dan alam realiti. secara umum dan khusus. directly atau kiasan.

Isu seperti ini tampak dihadam separa-separa. sesekali nampak yang ditentang itu yang tidak menjadi amalan sendiri. jika dah jadi amalan sendiri seperti boleh pula. akhirnya huraian yang sepatutnya jelas dipraktikkan secara umum hanya menjadi hujah membantah amalan-amalan tertentu sahaja. begitulah nampaknya di desa ini.

********************************************************************************
Usaha perlu diteruskan. kemudian harapan dan doa.

Semoga Ramadhan kali ini, membawa perubahan, selain keredhaan, keberkatan dan keampunan yang berpanjangan.

Amin.
11.18 a.m. 19 Julai 2013/ 10 Ramadhan 1434H



0 komen: