Ketika Cinta Ditalbis - Episod 13

untuk siri terakhir sebelum episod ini, sila klik:
http://kembara-journey.blogspot.com/2012/10/ketika-cinta-ditalbis-episod-12.html

untuk mengikuti siri dari episod pertama, sila klik:
http://kembara-journey.blogspot.com/2009/12/ketika-cinta-ditalbis-siri-1.html

********************************************************************************
 Prolog:
semak posting-posting lama dalam ruang refleksi minda, jumpa siri ke 12. cepat-cepat buka dokumen dalam laptop untuk cari sambungannya. cerita ini sudah terlalu lama terperap dalam laptop tanpa disambung sambung. masih tidak punyai kesempatan untuk menyambung kisah ini, apalagi menamatkannya.
dalam pada itu masih ada cita cita nak mengarang cerita lain pula...

sebenarnya, berdasarkan manuskrip yang sudah siap, ini adalah episod kedua terakhir. sekiranya ketika episod 14 disiarkan nanti, saya masih belum mampu menyambung kisah ini, barangkali siri ini akan berakhir secara tergantung!!

apa-apa pun, kepada yang sudi mengikuti kisah seterusnya, terimalah dari saya...



Ketika Cinta Ditalbis Episod 13



Keheningan pagi awal awal lagi sudah dipecahkan dengan suara suara hingar bingar di kota metropolitan. Bunyi hon, deruman enjin kenderaan di darat dan udara menjadi halwa telinga tetap penduduk kota setiap hari, sejak awal awal pagi. Di sebuah rumah banglo di pinggir kota, sepasang suami isteri sedang menikmati sandwich, telur hancur, dan jus oren bersama di meja makan. Kelihatan anak gadis mereka turun dari tingkat atas dengan wajah ceria.
" morning, ma..ayah.."
"amboi, ceria semacam sahaja pagi ini. what's dream come to you last night?" tegur si ibu.
" bukan mimpi ma…reality!!" jawabnya.
" why don’t you tell us your "reality story".." si ayah mencelah.
" semalam, budak tu dah telefon ikin…" jawabnya gembira.
" apa yang special sangat pasal dapat call dari boyfriend?? Sebelum ni pun selalu juga kan call…siap pergi keluar dating lagi.." bicara si ayah, sedikit pelik.
" yang tu semua lain bang, yang ini istimewa..dia sekarang dah jumpa dream boy dia…ustaz pulak tu.." si ibu tolong menjawab.
Tiba tiba si ayah tersedak. Nyaris nyaris tersembur jus oren yang diteguk sebentar tadi.
" what do you mean by ustaz??" dia bersuara kembali bila keadaan tenang.
" dia ada pegangan prinsip prinsip yang pelik pelik…tak boleh telefon perempuan sebab tak boleh dengar suara perempuan..kecuali perkara penting…lain dari yang ikin pernah jumpa sebelum ni…"
" bunyi macam prinsip granpa kamu…."
" ala ayah, releks la. Ini orang muda lah ayah..bukan orang tua. Dia tak kolot.."
" mana kamu tahu?"
" semalam, pukul tiga pagi, tiba tiba dia telefon ikin tau ayah…"
" tiga pagi?? Buat apa??"
" just to tell me that he really really miss me!!!"
" amboi..nampaknya anak awak ni dah jatuh cinta lagi….."
"nampak sangat kan, lelaki ni sanggup korbankan prinsip kan demi perempuan kan.." tiba tiba si ibu mencelah.
" eh…tak semua lelaki tau…tidak termasuk saya…" si ayah menjawab.
" yelah tu.."
"sudah, dah lewat ni. I kena pergi office sekarang. Pukul 9 nanti ada meeting dengan client dari Kanada..bye.."

            Megat bangun meninggalkan anak dan isterinya. Ikin mula menikmati roti sandwich perlahan lahan, sambil sesekali menghirup jus oren dari gelas.
" pandai betul Ikin ya, sampai Ikin dapat tundukkan budak alim tu…"
" kan ikin dah cakap kat mama. Lagipun ikin dah berpengalaman kan mama…dah banyak lelaki yang ikin kenal…perangai dan sifat dia orang semua dalam kocek ikin tau.."
" iyelah tu…but don’t forget…your important exam dah tak lama dah. Jangan sampai terabai pelajaran…"
" alah mama ni, kalau ikin fail pun, apa salahnya ma. Ayah ka nada bisnes besar, ikin boleh kerja dekat tempat ayah je kan ma…" jawabnya . " okeylah ma, ikin kena pergi kolej dulu ni…see ya..bye…"
" okay, bye…" si ibu hanya menggeleng gelengkan kepala. Beginilah bila jadi anak orang kaya, jadi tak bersungguh. Sebab menganggap harta ayahnya banyak lebih daripada cukup untuknya.


*******************************************************************************


Dar aytam. penghuni yang lain sudah turun ke padang beriadah, Rahman bersendirian di bilik. Sedang dia mengelamun, Telefon bimbit bergetar di dalam koceknya. Dia segera mencapainya. 1 mesej diterima. Mesti dari ikin. Dibukanya. Rahman hanya tersenyum sambil menggeleng gelengkan kepala. Dia teringat detik detik awal Ikin mula mula versi sebegitu menghantarkan mesej itu kepadanya.

            Dia masih ingat pada satu pagi, tiba tiba dia mendapat mesej  dari Ikin. "Aman, saya minta maaf hantar mesej begini kepada awak. Tapi saya kena hantar juga untuk ceritakan kepada awak. Walaupun saya tak berapa jelas muka orang itu tapi saya tahu dia adalah awak..". dalam mesej itu Ikin menyebut yang dia bermimpi dia melalui satu malam istimewa bersama lelaki yang didakwanya Rahman. Mulanya dengan solat jemaah berdua, tetapi kemudiannya berlanjutan dengan perincian yang hanya wajar dan halal dilakukan oleh pasangan suami isteri. Rahman hanya tersenyum, sambil menggeleng gelengkan kepala. Kerana dia pun punyai nafsu seperti insan insan yang lain.

            Bila mana dia tidak membalas mesej tersebut sehingga petang, ikin menelefonnya dalam keadaan teresak esak. Dia meminta maaf pada Rahman, dan mengakui dia tidak wajar menghantar mesej begitu kepadanya. Rahman bertindak memahami Mad'u, dia memaafkan, kerana dia faham suasana dan keadaan Ikin.

            Sejak itu ikin semakin berani menghantar mesej mesej versi yang sama kepadanya. Setiap kali jugalah dia akan meminta Maaf dan Rahman akan memaafkan dan menasihati.
" tak mengapa, saya faham, awak dah terbiasa dengan benda macam ni, tapi awak kena tinggalkan juga walaupun perlahan lahan. Quran pun mengharamkan Arak secara berperingkat, kerana lalinya dan terlalu biasanya masyarakat ketika itu dengan arak, sehingga tidak mungkin ditinggalkan secara mengejut dan serentak".

            Entah macam mana akhirnya Rahman sendiri terjebak dengan mesej mesej sebegitu. Rahman sedar, ia sebahagian daripada larangan agama. Namun ada bisikan mengatakan, ini adalah memilih antara dua bahaya. Jika dia tidak menceburi bahaya yang lebih ringan ini, dibimbangi bahaya lebih besar menimpa Ikin, jika dia terus merajuk dan lari dari Rahman.

"assalamualaikum…" suara salam menyentak lamunan Rahman.
"waalaikumusalam warahmatullah…" salam dijawab dalam keadaan masih hilang terkejut.
" jauh menungnya aman, kau teringatkan siapa ni…" Yusof duduk di sebelah Rahman, memulakan bicara. Bila pula duduk di hadapan Rahman.
" tak ada apa sop..termenung kosong je…" jawab Rahman.
" macam mana imtihan? Ok man?"
" alhamdulillah…macam biasa je. Sekarang dah berusaha, tinggal doa dan tawakkal."
"alhamdulillah…mesti kau dapat keputusan cemerlang nanti kan Man!!"
" aku tak hebat macam kau..kau ustaz heheheh"
" man, aku ada nak cakap sikit dengan kau ni man…"
" cakaplah sop..banyak pun tak mengapa…."
" macam ni man, dah ramai orang jumpa aku, cerita macam macam pasal kau ni…"
" cerita macam macam? Biasalah sop..manusia tidak pernah berpuas hati…tak mungkin kita nak puaskan hati semua orang kan?"
" betul tu man, tapi, ini bukan pasal tak puas hati…"
" habis tu pasal apa sop?"

            Yusof terdiam seketika. Terasa berat untuk meneruskan bicara. Namun dia mesti memberitahu segalanya sekarang.
" Aman, kita dah lama kenal kan. Dari kecil. Semenjak kita semua ditempatkan di sini. akhir akhir ni aku tengok kau banyak berubah. Mula mula aku ingat perasaan aku seorang. Tapi kawan kawan yang lain pun…."
" sop, aku faham.tapi sop, bila umur kita dah meningkat,mungkin cara kita semua ada perbezaan…tak macam masa budak budak dulu lagi"
" kalau sesama kita man, mungkinlah, tapi orang lain pun mula bercakap tentang perubahan kau.." bilal yang tadi senyap bersuara.
" orang lain?? maksud kau adik adik kita, lal?"
" dia orang pun termasuk man. Kawan kawan di padang. Abang Fauzi di Sauq[1] pun selalu juga Tanya kami, tentang kekerapan kau top-up kredit untuk telefon bimbit. Yang hisbah tiap tiap malam pun Tanya, sebab selalu nampak kau tengah tengah malam, masa dia orang buat rondaan sekitar tempat kita ni. Kawan kawan sekelas kau pun.."

" eh, nampaknya macam perubahan aku ketara ni…" Rahman bersuara seketika.
" memang ketara man, sampai ustaz ustaz di kampus, sheikh sheikh yang mengajar masjid pun perasan. Ramai yang cakap, kau seolah olah menghadirkan tubuh di majlis ilmu, tapi, fikiran kau di tempat lain…"

            Rahman terdiam. Baru dia sedar, betapa semua orang memerhatikannya. Yusof dan bilal turut terdiam seketika, sehinggalah Rahman berbicara semula.

"macam nilah…sop,lal.. aku mengaku, aku memang sibuk dengan sms dan talifon. Ada seseorang  di luar sana perlukan bimbingan..salahkan aku luangkan masa aku untuk dia?"
" tak salah man. Bimbingan itu sebahagian daripada dakwah kita pada orang luar. Tapi cara kau man..buat orang bersangka pada kau…"
" tapi, kalau orang tahu hal sebenar, lagi timbul fitnah sop, lal…"

" man, kau bukan berdakwah di zaman jahiliyah sekarang. Abu jahal dan abu lahab tak ada di sekeliling kau. Tak ada orang nak halang dakwah kau man…" bilal mencelah.
 "bukan itu maksud aku, lal…"
"habis?" yusuf dan bilal serentak menyoal.

" sebenarnya, orang yang perlu bimbingan tu..muslimat…"
"oh..patutlah ustaz aman nak sendiri sendiri..rupa rupanya dah ada ustazah….!!" Bilal berseloroh.
" tengok…belum apa apa kan dah cakap macam tu…" Rahman membalas, geram.
"releks la aman, jangan emosional pulak. Bilal bergurau aje tu…tapi kalau betul apa salahnya man, boleh makan nasi minyak dengan ayam masak merah.." yusof menenangkan Rahman, namun sempat lagi berseloroh.
"ye lah tu..aku bukannya apa, aku takut kau orang tak dapat memahami situasi yang aku alami. Sebab…sekarang aku dan kau orang dah berbeza.." Rahman menjelaskan.

"beza??aku sebananya tak faham man, apa maksud kau "beza" ini…" Bilal menyoal.
" macam ni, kau orang sekarang dah jadi mula berlatih tazkirah, kuliah, kadang kadang gantikan ustaz Rozali. Maknanya kau orang dah jadi ustaz. Bila kau orang jadi ustaz, benda benda biasa yang bila orang biasa buat, tak salah. Tapi bila ustaz buat, akan jadi isu pula..". yusof dan bilal tekun mendengar.

"jadi, aku takut, kerana perbezaan ini, kau orang menganggap aku sama seperti kau orang. Kena jaga apa yang kau orang kena jaga..sedangkan, aku berbeza dengan kau orang…" Rahman menyambung lagi.

" contoh??" yusof mencelah.
" okay, sekarang aku dah bagitau kau orang, aku ada berhubung dengan muslimat, nak bimbing dia..mungkin bagi kau orang kau orang lebih memilih untuk mengelakkan dari berhubung selalu dengan dia..sebab kau orang ustaz…tapi aku..keadaan aku lain..". Yusof dan bilal berpandangan mendengar perkataan Rahman.

Belum sempat dua temannya berbicara, Rahman menyambung lagi. " aku tahu, kau orang sayangkan aku, sebab tu kau orang ceritakan semua ini..tak nak orang terus bersangka pada aku..terima kasih, sop, lal..tapi aku harap kau orang berdua faham situasi aku, walaupun kau orang tak melalui apa yang aku lalu…sebagaimana aku memahami kau orang juga…".

Belum sempat temannya membalas bicara, Rahman bangun dari katil, menuju ke almari. Kemudian dia mencapai tuala dan baldi kecil berisi peralatan mandi, melangkah ke bilik air, meninggalkan Yusof dan Bilal di tempat mereka berbual tadi.

Yusof buntu. belum pun sempat apa apa, Rahman seolah menutup ruang perbincangan. Bagaimana dia mahu menunaikan tanggungjawabnya menasihati Rahman tentang adab hubungan dan percakapan dengan perempuan bukan mahram, setelah dia mendengar dan melihat sendiri gelagat Rahman bertalifon kelmarin.
"Sabar Sop, mungkin ada peluang kita lain kali…" ujar Bilal.
" ye lal, harapnya begitulah…."



[1]  Sauq= pasar dalam bahasa arab. Sauq merupakan pasaraya di kota cahaya,tempat penduduk mendapatkan barangan harian.


bersambung......






2 komen:

Tanpa Nama berkata...

terbaek la ustaz..lame dah tunggu sambungan nie..cite nie beh sbb reality life story..jazakallahu khaira

Abu_Zubair berkata...

wa antum fajazakumullahu khaira
terima kasih byk2 sudi follow cerita ni..
dan maaf jika menunggu lama...
agak sukar cari idea utk teruskan terutama dlm kesibukan..

doa-doakan cerita ni ada sambungannya lagi