bila akal dikedepankan dari nas.wahyu....

td lps magrib mcm biasa ada kuliah.alhamdulillah minggu ini hari isnin rabu dan jumaat aku dpt dengar kuliah..sejak diamanahkan memberi kuliah ni, agak sukar juga nak jadi pendengar..tp minggu ni alhamdulillah dpt dgr 3 kuliah..

mlm ni tadi imam 1 msajid kg bukak kitab akidah ahli sunnah wal jamaah tulisan mantan mufti sabah..kitab ni mmg selalu digunakan sbg sumber tadahan akidah bg org2 kampung.mlm ni beliau masih menyambung bab akidah2 yg batil..mlm ni disebutkan tentang muktazilah..umum mengetahui salah satu ciri muktazilah yg diketahui umum,mereka mengkedepankan akal dari nas/wahyu.

pd zmn skkrg pun kata imam td masih wujud,bahkan ramai yg menjadi pengikut cara aliran muktazilah,sama ada mereka sedar atau tidak.ye la, masih ramai yg mengedepankan logik akal mengatasi perintah perintah nas...

kdg2 nas dah soreh..tapi oleh kerana nak memebenarkan sesuatu perkara...ditakwilkan nas dgn akal kosong...terutama bila nak mengharuskan sesuatu perkara yg kadang2 nyata terlarang

contohnya,hadis ini.
Drpd Abdillah bin Ja’far, berkara, ketikamana datang berita tentang kematian Ja’far, nabi s.a.w pun bersabda: “ perbuat olehmu sekalian bagi ahli ja’afar makanan, maka bahawasanya telah datang akan mereka itu barang yang memberi bimbang akan mereka.
lafaz ini diriwayatkan oleh imam at-tirmizi, dan menurut beliau hadis ini hasan lagi soheh.

ulama ulama menyimpulkan bahawa daripada hadis ini, sunat kita menyediakan makanan untuk keluarga si mati. dan adalah sesuatu yg bertentangan dgn sunnah apabila keluarga si mati pula yg menyediakan makanan utk org2 yg berkumpul. mafhum mukhalafah ini disokong pula oleh satu lagi riwayat yg berbunyi:
drp jabir r.a, “ adalah kami bilang dan kami kirakan berhimpun orang2 kepada ahli mayat dan berhimpun memperbuat makanan kemudian daripada tanamnya ialah daripada bilangan ratap2an. kata imam almarbawi dlm bahrul mazi, ia diriwayatkan oleh imam Ahmad dan ibnu majah dengan isnad yang soheh.

namun entah mengapa agak payah sesetengah org menerima hadis yg soheh dan soreh ini.lalu keluarlah takwilan akal, bunyinya begini:
nabi hantar makanan kpd keluarga jaafar sbb jaafar miskin..cuba yg mati itu abu sufyan atau shbt lain yg kaya, tentulah tidak payah dihantar makananan...

tidakkah ini mengkedepankan akal drp nas??bukankah hadis yg kedua td sudah cukup utk mentafsirkan mafhum hadis pertama?namun masih ada yg mentakwil kesorehah hadis ini..sedangkan keempat empat mazhab bersepakat bahawa mengumpukan org sempena kematian itu, dan diberikan mereka makan oleh ahli keluarga si mati, adalah dilarang oleh nabi s.a.w, bersandarkan kpd dua hadith ini..

ingatlah kata salah seorang fuqaha sahabat, saidina Ali k.w.
"kalaulah agama itu sekadar menggunakan akal, tentulah bawah khuf itu lebih utama utk disapu..."
tp oleh sebab nabi ajar cara menyapunya ialah yg atas lebih utama,maka perintah nabi itulah yg wajib dikedepankan.

sama2lah kita berdoa agar Allah melindungi kita dari fikrah2 dan pemikiran batil yg bertentangan dengan ajaran yg disampaikan oleh nabi Muhammad s.a.w..

12:47a.m, 10/5/08

0 komen: