Adakah aku seorang "Percussionist?" :)

bagi sesiapa yang tidak tahu, saya merupakan salah seorang peminat perkusi (percussion)..atau alat-alat muzik berbentuk ketukan..semuanya bermula dengan mendengar nasyid...

pengalaman pertama bermain perkusi adalah ketika saya masih menuntut di tingkatan lima di sekolah menengah agama..ketika itu saya bermain untuk pasukan nasyid sekolah..sekolah agama ketika itu tidak ada alat perkusi sendiri...kami hanya meminjam kompang milik jawatankuasa kampung...sekarang budak2 sekolah beruntung..bukan setakat kompang, alat-alat perkusi lain juga ada...

saya mula belajar bermain perkusi secara serius (sebelum tu x belajar..main goreng je dan tiru-tiru hehehe) ketika menuntut di pusat matrikulasi UIAM petaling jaya...saya menyertai persatuan GRIMIS, bahagian kompang.. kami bertuah ketika itu kerana diajar oleh salah seorang ahli kumpulan hijjaz, iaitu Isman...kami diajar bermain rentak-rentak asas seperti kompang tola'al badrul alaina dan rentak2 melayu seperti masri, zapin, inang..

selepas tamat belajar di UIA gombak, saya menubuhkan pasukan kompang surau sungai jahit.. ketika itulah saya belajar dengan salah seorang daripada "anak buah" saya, adik Rafieq, cara bermain kompang kahwin pula....

kompang pertama saya beli ketika belajar kompang di matriks..kompang itu sudah pecah pun..

ini gambar kompang pertama saya yang sudah pecah hehehe



kemudian dengan duit yang kami kumpul saya belikan sepuluh kompang untuk grup kompang surau
 ini gambar kompang-kompang surau yang berjaya kami beli


ketika saya bercuti ke kedah, saya sempat membeli kompang "mini" di pekan rabu, alor star..terima kasih kpd abg ipar saya sebab beritahu ada jual kompang di sana..
  bandingan saiz dengan tapak tangan pemilik kompang
 terkini, saya membeli satu alat perkusi yg bolehlah dikira antara impian untuk dimiliki...saya mengirimnya daripada seorang sahabat yang menuntut di Mesir..

ini beg yang dapat sekali dengan alat perkusi ni
 ini alat yg dipanggil "darbuka"



benda ni lain sikit daripada kompang...saya belajar cara memalunya daripada video di youtube ..

2 komen:

Addien berkata...

Syeikh, pandangan enta mengenai muzik macam mana? termasuklah percussion ni..? hehe..

mohon pandangan

Abu_Zubair berkata...

enta search kt youtube pandangan Sheikhuna Maulana Mohd Asri Yusof.. :)