prolog: semak-semak entri lama, terjumpa semula kisah ini yang tersangkut di episod 11. jadi saya sambungkan episod 12...memang dah lama tersangkut kisah ni...masih belum disambung penulisannya..sedangkan stok dlm simpanan semakin x ada...hehehe
***********************************************************************************
utk membaca siri ke 11: boleh layari: http://kembara-journey.blogspot.com/2012/03/ketika-cinta-ditalbis-episod-11.html
utk membaca siri pertama: boleh layari: http://kembara-journey.blogspot.com/2009/12/ketika-cinta-ditalbis-siri-1.html
Ketika cinta ditalbis- episod 12
" assalamualaikum…" belum sempat Safwan menjawab kedengaran suara memberi salam. " waalaikumussalam warahmatullah…" mereka menjawab. Yusof muncul dari luar.
" rancak berbual nampaknya, ada
cerita baru ke Wan?" tegur Yusof.
" tak de sop…Aman ni yang banyak
cerita…aku tukang tadah telinga je..heheheh"
" tengok, aku juga yang kena…"
celah Rahman. " sop, macam mana budak demam tu?" dia menyambung.
" demam biasa je, tapi bimbang
melarat je, musim musim hujan macam ni. Aku dah telefon pak cik sleman tadi,
sekejap lagi sampai kami bawa budak tu ke mustashfa, insya Allah.."
Selesai menyalin pakaian, Yusof terus turun ke bawah kembali untuk menghantar
salah seorang adik mereka ke hospital kota
cahaya. Rahman dan Safwan kembali menyambung perbualan mereka yang terhenti.
" kenapa kena berhenti wan?"
" iyalah, aku tengok kau macam buat
benda salah. Kena menyorok nyorok, elak dari orang nampak…"
" habis wan, takkan aku nak bercakap
telefon depan dia orang…"
" kenapa?? Malu? Kau bukan cakap apa
pun kan..kau
selesaikan masalah aje pun…"
" kau ni…kau tak faham wan…"
" itu ajelah modal kau aman..tak
faham…tak faham..aku ingat lagi ustaz Rozali pernah sebut, kalau satu benda
yang kita nak buat tu kita rasa resah dan ragu nak buat depan orang, …rasa
perlu disembunyikan.. lebih hampir kepada kesalahan…"
" ya, aku ingat tu ustaz safwan. Tapi
tadi ustaz Yusof pun cakap tak mengapa kalau bercakap telefon jika ada hal hal
penting…"
" yelah tu man. Eh, hujan pun dah
reda ni, aku dah boleh balik dah ni.."
"eh wan, tunggulah. Tidur sinilah
wan…"
" tak mahulah man. Nanti ganggu pula
kau nak bercakap hal penting dalam telefon nanti…"
"eh, kau perli aku pulak ye…"
Safwan hanya tergelak. Kemudian dia
memberi salam dan berlalu meninggalkan Rahman sendirian di bilik asrama itu.
Jam menunjukkan jam tiga pagi. Senyap
sunyi. Hanya sesekali bunyi serangga malam memecah keheningan sepertiga
terakhir itu. hujan yang mencurah awal malam baru sahaja berhenti. Ketika insan
insan yang lain sedang tidur, masih ada lagi rupanya insan yang masih berjaga.
Sejak tadi dia cuba
melelapkan mata, namun semakin dia teringat kepada asyikin yang pada mulanya
hanyalah seorang peminat nasyid yang kelihatan meminati untuk mendalami ilmu
agama itu. walaupun tidak pernah bersua, hanya melalui sms, laman sembang, dan
terakhir hanya mulai suara.
Pelbagai
perasaan bercampur baur di dalam hatinya. Bimbangkan apa apa berlaku kepada
Asyikin. Kerana mengikut nostalgia silam yang diceritakan, ramai jejaka yang
sering mengambil kesempatan atas gadis itu. jangan jangan ia berlaku sekali
lagi…tapi mustahil..aku dah nasihatkan dia jangan terlibat lagi, jangan layan
lagi. Di sebalik kebimbangan itu sebenarnya tersirat satu perasaan seperti
ingin benar mendengar suara temannya itu. entah kenapa. Mungkin kerana hampir
setiap hari mendengar suara, tidak dengar buat tempoh dua hari ini menjadikan
Rahman terlalu ingin mendengarnya.
"ikin
ni pun, kenapa tak telefon aku, sms pun tak.." detik hati Rahman lagi.
Selalunya panggilan ikin tidak payah diundang, menjadi pemanggil setia telefon
bimbitnya, sehingga perlu diingatkan tentang waktu waktu yang sepatutnya
membuat panggilan, kerana keadaan di tempatnya tidak seperti tempat Ikin. Tapi
kenapa dua hari dua malam ini ikin langsung tak menghubunginya.
Rahman
bangun dari pembaringan. Dia memerhati rakan rakan sebilik yang lain. semuanya
nyenyak tidur. Hanya katil yusof yang kosong, mungkin dia sudah bangun qiyam di
surau, detik hatinya. Dalam dingin sepertiga malam itu digagahkan juga diri
keluar dari biliknya.perlahan lahan dia menguak daun pintu, keluar dari bilik.
" Ya Allah…!!" Rahman terkejut,
sebaik sahaj dia keluar, ada orang lain yang mahu masuk ke bilik.
"astaghfirullah…kenapa ni aman…"
tegur yusof .
" isk..kau rupanya sop..buat aku
terkejut je…" jantung Rahman masih berdegup laju, terkejutnya belum hilang
sepenuhnya.
" itulah, keluar bilik macam pencuri
keluar dari rumah orang je…kalau keluar macam biasa kan tak terkejut…" kata yusof sambil
menggeleng kepala.
"er tak de sop..aku tak nak ganggu
yang lain tidur..hehehe..oklah sop..aku turun dulu ya!!"
"turun?"
"saja nak ambil angina malam sop..tak
boleh tidur pulak..".
"elok elok ambila ngin tu, jangan
sampai masuk angina pulak ye man.."
" yelah..ada ada je kau ni.."
Rahman
meninggalkan yusof menuju tingkat bawah. Dia berjalan perlahan menuju ke tempat
letak kenderaan berhampiran pagar Dar Aytam. Telefon dikeluarkan dari kocek.
Nama ikin dicari, kemudian segera didail. Selang beberapa bunyi deringan
panggilan disambut.
" eii kan I dah cakap jangan kacau i…!!"
suara gadis memarahi pula menyambut.
" er..assalamualaikum..err ikin kan tu?"
"eh..Aman ya…sorilah..saya ingatkan
x-boy saya tadi…akhir akhir ni dia asyik kacau saya.."
" oh, macam tu ke? Dia kacau macam
mana?"
" dia sms, dia telefon, cakap yang
bukan bukan…dia ajak saya.."
"er ok ok..saya faham…tapi awak tak
layan kan?
Awak ingat saya pesan kan?"
" mestilah saya ingat awak ni. Eh
kenapa awak telefon saya lewat lewat macam ni?
" saya risaukan awak. Dah dua hari
awak senyap je. Saya syak awak sakit ke, atau awak ada masalah sampai tak
telefon saya..sms pun tidak.."
Terdengar suara ikin tergelak manja dalam
telefon. Antara suara yang aman tidak dengar untuk tempoh dua hari.
"mana ada sakit…masalah pun tak
ada…ingat juga awak dekat saya ya..saya ingatkan dah lupa…"
" eh, mana ada lupa, dia yang lupa
dekat kita kot…sampai tak sms kita pun tak balas…"
" ala sorilah awak..kita tak ada
kredit..kita bukan setakat ingat, tapi rindu…"
" iyalah tu rindu…"
Keadaan sepi seketika bila dua dua tidak
bersuara.
" awak..kenapa diam tu. Kita seronok
sangat awak rupanya rindu dekat kita…"
"eh, saya ada cakap ke saya rindu…."
"iyalah…kita seorang je yang
rindu.."
" heheh..er..awak..macam mana rasa
rindu tu sebenarnya?"
" erm..kalau saya…kita rasa teringat
sahaja dekat seseorang tu..rasa nak sangat bersama dia…sekurang
kurangnya..hendak sangat dengar suara dia…"
"oh macam tu, kalau pasal suara tu,
saya..ada lah kan…rasa
nak sangat dengar suara awak bila tak dapat dengar dua hari…"
Ikin tergelak lagi. Gelak seorang gadis.
" Awak..awak boleh nyanyi untuk saya
tak..lama tak dengar awak nyanyi.."
"eh, awak ka nada cd nasyid saya.."
" suara cd mana sama dengan suara
original awak Aman…"
" rindu itu adalah…anugerah dari
Allah…insan yang berhati nurani…punyai rasa rindu…"
" amboi, nyanyi lagu rindu…rindu
betul awak dekat saya ek.."
Mereka berdua tergelak mendengar ayat yang
disusun ikin itu.
Mungkin kerana asyik berbual dengan ikin
melalui telefon, Rahman terlupa keadaan sekeliling yang hening, yang
membolehkan suaranya didengar oleh mereka yang jauh daripadanya. Termasuklah
Zubair yang baru keluar dari tandas, dalam keadaan mengantuk itu pun masih
mendengar sayup sayup suara perbualan mereka. " eh, siapa pula yang
berborak sampai nak dekat pukul empat pagi ni.." rungutnya sendiri.
Perlahan lahan dia melangkah, menuju ke arah suara yang didengarinya. Semakin
hampir dia dengan tempat letak kenderaan,
semakin dia jelas suara itu. dia mulai mengecamnya. Baru sahaja dia mahu
melangkah ke hadapan lagi tiba tiba dirasakan bahunya dipegang dari belakang.
"Aaarg…"baru sahaj dia hendak
menjerit terkejut, mulutnya sudah ditekup dengan tangan.
" syyyy….diam…" suara berbisik.
Rasanya dia kenal. Dia menoleh ke belakang.
" kamu buat apa kat sini??"
yusuf bertanya dalam keadaan berbisik.
" abang…kalau abang nak tau…meh ikut
saya…" jawab zubair juga dalam keadaan berbisik. Yusof menurut sahaja
langkah zubair menuju ke sebuah penyejuk air di hujung blok bangunan, hampir
sahaja dengan tempat letak kenderaan. Bila terdengar suara aman bercakap,
barulah Yusof memahami tujuan zubair .
" kamu nak serik serik lagi
ya??"
" bbukan bang…saya tak sengaja..demi allah
saya tak rancang pun nak mengintip.."
" kamu memang nak kena ya bir…."
Belum sempat yusof menghabiskan bicara mereka terdiam apabila mendengar suara
Rahman berkata lembut mengakhiri perbualan telefon.
" I miss you too…rindu awak
juga…."
Kemudian
kelihatan kelibat Rahman berjalan laju meninggalkan tempat tersebut, tanpa
menghadiri kehadiran yusuf dan zubair. Bila Rahman berada agak jauh dari situ
zubair bersuara semula. Kali ini tidak lagi berbisik.
" betul bang, saya tak berniat nak
mengintip. Demi Allah. Saya keluar dari tandas, saya dengar macam ada suara
dari sini, saya Cuma ikut nak tau suara siapa. Mana tahu ada penceroboh ke
malam malam macam ni…"
Yusof diam. Dia mendengar apa yang
dibicarakan zubair. Tapi dia masih tergamam dengan ayat terakhir Rahman yang
didengarinya tadi.
" abang ni kenapa…tiba tiba
diam…"
" erm..tak ada apa apa. Ya abang
tahu, dan abang percayakan kamu bir. Dahlah, pergi masuk bilik, tidur. Nak
tunggu subuh pun masih awal lagi ni.."
Zubair akur dengan arahan yusof. Dia segera
meninggalkan yusof, menuju ke bilik asramanya.
Yusof
juga mula melangkah meninggalkan tempat itu. dia akhirnya ditunjukkan oleh
Tuhan, hakikat yang sedang melanda sahabatnya itu. yusof faham, dan dia tahu,
sebagai ketua Dar aytam, sebagai sahabat kepada Rahman, dan sebagai saudara
seakidah, dia mesti menasihati Rahman atas apa yang berlaku. Namun soalan
timbul di hati dan fikiran, bagaimana??
bersambung....
0 komen:
Catat Ulasan