Ujian buat Diri

Broadband hilang!!

entah macam mana, broadband maxis yang disimpan dalam beg yang selalunya digunakan untuk membawa laptop tercicir a.k.a. hilang... letih mencari di dalam kelas, di asrama, juga di pejabat dekat milenium...

buat seketika harapan bersinar...kata syafiq hasan, ada terlihat broadband tanpa penutup di pejabat semat Quran. mungkin ada orang terjumpa dan letakkan di sana. namun harapan kembali padam bila saya bertanya tentang hal itu di pejabat keesokan harinya. "semalam ada..." tapi bila dicari semula hari ini dah tak ada...

tak mengapalah..saya anggap ini ujian buat saya...namun saya belum cukup bersedia untuk membayarkan broadband tu bagi orang yg menjumpai dan mungkin nak menggunakannya secara free heheheh

Broadband baru...TAPI...

balik ke Raub selepas konvo, saya ke kedai maxis untuk buat apa-apa yang patut.. Alhamdulillah saya sudah menggunakannya melebihi 6 bulan...jadi sudah tidak ada kontrak bersama maxis. saya batalkan sahaja akaun ini dan mulakan dengan akaun dan broadband yg baru. kalau saya teruskan dengan no lama, saya kena beli modem broadband pula..entah berapa pula  modalnya kan..

balik ke ampang saya excited nak test modem baru. entah macam mana asyik connection failed. saya hubungi maxis centre. sembang punya sembang, rupa-rupanya USB port saya dah x elok. saya cuba broadband pada laptop lain tak ada masalah..maknanya saya kena ganti USB port laptop saya..


oh my laptop!!

seperti biasa hujung minggu saya pulang ke kampung untuk tugas2 mengajar pulak. saya merancang nak siapkan soalan peperiksaan akhir tahun untuk semat Quran. hari jumaat, waktu saya pulang, hujan turun dengan lebat di pekeliling. di raub pun ketika saya sampai masih hujan renyai renyai.

sampai di rumah, saya dapati laptop saya bermasalah. mula-mula keypad yg berfungsi mcm tetikus tu bermasalah..apabila saya restart beberapa kali..masalah lain pula timbul..password tidak dapat ditaip dengan sempurna...masalah bertambah bila saya tidak dapat membaiki windows, sebab tak dapat masuk ke dalam mode bios...nampaknya jawapan kepada permasalah ini ialah hantar ke wad!!

saya sedang berkira-kira utk menghantarnya ke wad di ibu kota...
kita tengoklah apa yang berlaku seterusnya :(

11.05mlm-13/10/2012
kg sg jahit

0 komen: