ketika cinta ditalbis- siri 1



muqaddimah

saya gemar menulis, terutamanya yang berkaitan dengan apa
yang berlaku di sekeliling, tentang realiti kehidupan yang berlaku sehari hari.
kadang kadang tulisan itu lahir sebagai tulisan santai, artikel, sajak..dan
kadang kadang saya zahirkan dalam bentuk cerita..

cerita ini adalah
sebuah cerita yang saya mula tulis ketika semester 2 sesi 2008/09..sesekali atau
buat waktu yg lama terperap...bila ada ilham saya sambung....hingga sekarang,
masuk semester 2 09/10 masih belum selesai ditulis..tajuknya pun banyak kali
berubah2 heheh

cerita ini sebenarnya pengalaman sebenar beberapa insan,
tapi untuk menjadikannya cerita saya jadikan ianya berlaku pada seorang
insan...dengan ada tokok tambah lainnya untuk menjadikanya cerita...

pandangan,kritikan teman teman semua amat saya hargai...silalah tinggalkan
komen dlm ruang komen jika sudi..


selamat membaca..



ketika cinta "di talbis"
siri 1


Bayu senja bertiup mesra. Anginnya meresap lembut, terkadang terasa ke sendi. Bunyi Ceburan air berselang seli riuh rendah suara kanak kanak, gelak tawa, diselangi suara perbualan merakam warna warna hidup sepanjang siang.
" Cepat sikit mandi tu!! Karang lambat ke masjid!!"
Suara itu membuatkan suasana ceria kanak kanak tadi menjadi lengang. Yang tinggal hanya bunyi air mereka menyudahkan mandi.

"tu la korang, kan abang Usop dah bagi amaran…"
" alah, macam tak biasa pulak kau ni bir…"
"eh, ni siapa pulak la masih dalam selimut pulak ni.." Udin bersuara, bila terlihat kelibat tubuh berselimut masih terbaring di atas katil.
" ini alamat nak kena marah la ni karang…" Zubair pula bersuara, dengan suara agak kuat, mudah mudahan terjaga yang berselimut.
"Eh, biar betul, aku, kau, bir, Talhah.." ujar Udin, sambil menunjuk ke arah Zubair,Talhah dan Nu'man."habis tu siapa dalam selimut tu?"
" Dah siap ke belum ni, kalau dah siap jom pergi sekali," belum sempat soalan terjawab, yusof datang mencelah.
" tapi tu…" Udin menunjukkan telunjuknya kepada sekujur tubuh yang berbaring dalam selimut.

Yusof pantas menarik selimut tersebut, lalu terjawablah persoalan.
"astaghfirullahal aziim…bangun, Man!! Dah nak magrib ni..oh aku tegur kat bilik tadi, kau lari ke sini rupanya ya…"
Udin, Zubair,Talhah dan Nu'man tergelak kecil.
"Eh korang gelak gelak kenapa ha?" Rahman memandang tajam kea rah mereka, membuatkan mereka terdiam, dan cepat cepat keluar dari situ.

"man, kalau ye pun nak sms, takkanlah sampai ke bilik budak budak ni…"
"aik, tak boleh ke sop, ada undang undang baru ke ustaz buat??"
"isk kau ni, takdelah. Depan adik adik tu, kenalah bagi contoh baik. Kita sekarang dah tak macam dulu, dulu kita kanak kanak, kita perhatikan org. sekarang kita meningkat remaja, diorang pulak perhatikan kita.."
" baiklah ustaz, aku nak pergi mandi dulu lah ye..". Rahman bangun dari katil, keluar dari bilik tersebut. Yusof hanya menggeleng kepala sambil tersenyum.

Bertahun sudah berlalu, sedar tak sedar mereka yang dulu kanak kanak sudah meningkat remaja. Sebahagian daripada mereka sudahpun tidak ada di kota Cahaya, melanjutkan pelajaran ke timur tengah. Yang tinggal Cuma Yusof, Rahman,bilal dan Ismail, yang menuntut di dalam kota cahaya sendiri. Namun kesunyian mereka terubat dengan kehadiran muka muka baru di dar al-aitam - terutamanya-udin,Zubair,Talhah dan Nu'man.

Masa terlalu pantas berlalu. Yang pergi, telah pergi. Pengurus Suuq, ustaz amir telah pun kembali ke alam baqa' beberapa tahun yang lalu, digantikan ustaz Fauzi. Dr Mustofa juga telah bersara dari menjadi ketua mustashfa, digantikan Dr Azimullah. Yang kekal dalam pentadbiran, atas kesepakatan syura, ustaz Sulaiman pengurus Agro Kota Cahaya, juga Ustaz rozali, yang menempuh pelbagai ujian dalam memimpin kota Cahaya sejak Tuan guru bersara.

Saat mentari terbenam, Alunan azan Munif bergema menandakan masuknya waktu magrib. Usai mereka yang qobliyah maghrib memberi salam, iqamah dialun, para jemaah mula memenuhi saf saf dalam masjid kota Cahaya. Suara lunak ustaz Rozali menjaharkan bacaan solat kedengaran jelas, termasuk kepada Rahman yang sedang berjalan menuju ke pintu masjid. "alhamdulillah, baru rakaat pertama.. sempat aku berjemaah.." detik hatinya. Sebaik sahaj dia menempatkan dirinya dalam saf, imam melafazkan takbir intiqal ke rukun seterusnya.

Dalam tiga rakaat solat itu, entah berapa kali vibration telefon bimbit bergegar di dalam kocek baju Rahman. usai solat, ketika jemaah lain sayup sayup berzikir secara sirr, soleh sudahpun berada di sudut belakang masjid.
" assalamualaikum…."
Tersentak dia dari kekusyukan jemari yang menaip pada telefon bimbit, hamper hamper terjatuh dari genggaman.
" waalaikumussalam warohmatullah…kau ni wan, buat aku terkejut je…"
Safwan jahri duduk berhadapan dengan soleh.
" aik, bagi salam pun boleh terkejut. Apalah yang dikhusyukkan sangat dengan sms tu…"
" Ha…itulah kau wan…kau tak tau"
" yelah, kalau nak layan peminat sekalipun, pesan pesanlah kat dia, waktu waktu solat tak payah lah sms…ni tidak, dekat sepuluh kali bergegar handset dalam poket kau…"
" kau kira wan..aku pun tak terkira hehehe..kau pun nak jadi macam ustaz yusuf jugak sekarang ek..dia tak perasan kot sebab mungin uzur syar'ie…oops.."
" Muslimat??" deras safwan memintas.
Rahman menekup mulup safwan. " Syy….!!"
Safwan mula mengesyaki sesuatu. Memang la ada peminat peminat nasyid sms, tapi Kalau mengikut apa yang dicakapkan Rahman tadi, orang yang SMS tu perempuan.
" ooh, patut lah…" belum sempat safwan menyambung kedengaran tahmid ustaz rozali memulakan kuliah maghrib. Mereka berdua bingkas bangun, menyertai bulatan mengelilingi ustaz, membentuk satu halaqah ilmu.

Kuliah tafsir ustaz Rozali malam itu membincangkan ayat surah an-Nur, 30-31. Firman Allah Ta’ala: “ dan katakanlah kepada orang orang beriman agar menundukkan pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang mereka lakukan. Katakanlah kepada perempuan perempuan beriman agar menundukkan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka mendedahkan perhiasan mereka kecuali yang sedia terzahir daripadanya, dan labuhkanlah tudung mereka menutupi belahan baju mereka, dan janganlah mereka mendedahkan perhiasan mereka kecuali pada suami mereka, ayah mereka, atau ayah mertua mereka, atau anak anak lelaki mereka, atau anak anak lelaki suami mereka, atau adik beradik lelaki mereka, atau anak saudara lelaki mereka, atau isteri isteri adik beradik mereka, atau hamba hamba yang mereka miliki, atau mereka yang tidak mempunyai nafsu dari kalangan lelaki, atau kanak kanak yang tidak tertarik kepada aurat wanita, dan janganlah mereka menghentakkan kaki mereka untuk memberitahu apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka, dan bertaubatlah kepada Allah wahai sekalian orang beriman mudah mudahan kamu semua berjaya” [Surah an-Nur,30-31]

" antara isi kandungan utama ayat ini, ialah perintah Allah kepada kita, baik lelaki ,baik perempuan, supaya kita menjaga pandangan kita, menundukkan pandangan kita, kecuali yang dihalalkan kita memandangnya. Seperti kata Imam Ibnu Kathir dalam kitab dia, Allah ghoyak pada kita, jangan pandang benda benda yang telah diharamkan kepad kita memandangnya. Apa dia? Perempuan perempuan yang bukan mahram, perempuan perempuan yang ajnabi, yang halal kita nikahi.

Kalau dah terpandang, apa boleh buat, dak? Kata ibnu kathir lagi, kalau terpandang juga, hendaklah segera mengalihkan pandangan ke arah lain[1], seperti yang disebut oleh nabi s.a.w di dalam sebuah hadis, Jarir bin Abdullah, dia Tanya pada nabi, macam mana dengan pandangan yang tak sengaja?? Nabi menyuruh Jabir segera mengalihkan pandangannya[2].

Jadi, orang laki jah ko tak boleh kelih ore perempuan? Tidak..Begitu juga orang perempuan, disuruh juga dengan perkara yang sama, di awal ayat selepasnya. Ibnu kathir sebut: ayat ini menjadi dalil, yang perempuan juga disuruh menundukkan pandangannya, kecuali terhadap suaminya. Sebab itu Ulama ulama berpendapat, haram pada asalny seseorang perempuan memandang kepada bukan mahram, sama ada dgn syahwat atau pun tidak, tanpa sebab yang syar'ie.

Ada satu kisah, ketika dua isteri nabi duduk bersama nabi s.a.w, lalu datang IBnu Ummi Maktum yang buta masuk bertemu nabi s.a.w. lalu nabi suruh isterinya mengenakan hijab!! Isterinya pelik, lalu bertanya, bukankah dia tidak nampak wahai rasulullah? Lalu nabi ghoyak, memang dia tak nampak, tapi kamu berdua nampak dia…"[3] . jadi, sebab tu nabi suruh isteri dia tadi, berhijab supaya x melihat sahabt yang buta tadi. Maknanya, orang perempuan pun kena tundukkan pandangan dari lelaki bukan mahramnya…"

Di celahan jemaah yang menumpukan perhatian pada kuliah, Rahman menumpukan perhatian juga. Tapi dua benda. Sekejap dia konsentrasi dengan kuliah ustaz Rozali, kemudian matanya beralih pada skrin telefon bimbitnya bila ia bergegar. Sesekali beberapa mata memandang kelibatnya, tapi keasyikannya membuatkan dia tidak menyedarinya.
[1] Tafsir ibnu kathir, surah annur ayat ke 30.
[2] Hadis riwayat Muslim, dan tirmizi, no2700.
[3] Tafsir ibnu kathir, surah annur ayat31.


bersambung...

0 komen: