Ahad lepas, saya ke Plaza Low Yatt, dekat dengan imbi. sudah lama saya tidak ke tempat ini. ia selalu dikunjungi semasa zaman mahasiswa dahulu. mencari barang-barang berkaitan komputer dengan harga yang baik.
sambil menunggu saya jalan-jalan untuk mencari alat2 back-up. setelah berbincang dan merujuk kepada rakan rakan yg pakar, saya dinasihatkan untuk beli mouse dan keyboard mini sbg back up jika berlaku apa2 kerosakan pada keyboard dan key pad laptop.
masa jalan-jalan saya nampak kedai yang menjual android tablet dengan harga rm199. rasa terliur juga nak beli. tapi pikir2, saya mungkin semakin banyak habiskan masa kt internet kalau alat yg boleh dibawa ke hulu ke hilir mcm tu ada di tangan saya..so saya lupakanlah...
***************************************
kembali ke rumah, saya dapati broadband saya masih tidak boleh berfungsi walaupun dah tukar usb port. lagi mencemaskan, bila digunakan pada laptop lain, ok sahaja.
lalu pada hari isnin saya ke kedai maxis untuk uruskan hal ini. beberapa lama di kedai maxis, saya menunggu. petugas di kedai maxis macam blurr sahaja...setelah melakukan checking gaya try and error jer, petugas tu minta saya rujuk ke kedai membaiki komputer, sebab ini bukan masalah brodband. sebab brodband bila dipasang pada laptop lain ok shj.
setelah ke kedai membaiki komputer, barulah saya tahu masalahnya berpunca dari laptop saya. ia terpaksa diformat semula. alhamdulillah setelah selesai format, broadband berfungsi seperti biasa.
1 komen:
If уou dеsire to gгow your know-how sіmply keep visiting this web sitе and be uрdatеd with the most recent gоssip pοѕted heгe.
my ωeb-ѕіte ... garden center jobs
Catat Ulasan