Segala yang berlaku menguatkan lagi keyakinan diri. bahawa kita sebagai insan sebatas berikhtiar. Rancangan Allah Azza Wajalla mengatasi segalanya.
terasa baru lagi menjejak kaki ke bangunan itu. tempat yang pada mulanya dirasakan sebagai pencetus sebuah harapan. sebagai pembuka peluang untuk menggapai sebuah cita-cita. platform untuk berlepas ke destinasi berikutnya dalam meneruskan kembara hidup ini.
tidak perlu rasanya ku coretkan di sini apa yang telah berlaku. tidak perlu dibedah siasat salah siapa, siapa menjadi punca. biarlah ia menjadi rahsia diri ini dan insan-insan yang mengetahuinya. yang pasti, Allah menganugerahkan kepadaku sebongkah lagi pengalaman penuh pengajaran.
ya, di saat aku bersimpuh tasyahhud, aku berdoa agar diberikan petunjuk tentang apa yang terbaik untuk aku lakukan. dan aku bersyukur esoknya Allah benar benar memberikan petunjuk yang jelas lagi nyata tentang keputusan yang perlu aku lakukan. bahkan Dia permudahkan jalan untuk aku menuju ke arah petunjuk itu.
biar apa kata orang, aku meyakini keputusan ini. aku meyakini ia petunjuk yg kupinta dalam simpuh istikharah ku.
Pilihan Allah buat hamba-NYa adalah pilihan yang terbaik.
Aku berdoa, dan minta kalian mendoakan, ketetapan dua tapak kaki ini agar tetap teguh melalui jalan pilihan ini....amin..
0 komen:
Catat Ulasan