untuk siri terakhir sebelum episod ini, sila klik:
http://kembara-journey.blogspot.com/2012/10/ketika-cinta-ditalbis-episod-12.html
untuk mengikuti siri dari episod pertama, sila klik:
http://kembara-journey.blogspot.com/2009/12/ketika-cinta-ditalbis-siri-1.html
********************************************************************************
Prolog:
semak posting-posting lama dalam ruang refleksi minda, jumpa siri ke 12. cepat-cepat buka dokumen dalam laptop untuk cari sambungannya. cerita ini sudah terlalu lama terperap dalam laptop tanpa disambung sambung. masih tidak punyai kesempatan untuk menyambung kisah ini, apalagi menamatkannya.
dalam pada itu masih ada cita cita nak mengarang cerita lain pula...
sebenarnya, berdasarkan manuskrip yang sudah siap, ini adalah episod kedua terakhir. sekiranya ketika episod 14 disiarkan nanti, saya masih belum mampu menyambung kisah ini, barangkali siri ini akan berakhir secara tergantung!!
apa-apa pun, kepada yang sudi mengikuti kisah seterusnya, terimalah dari saya...
Ketika Cinta Ditalbis Episod 13
Keheningan pagi awal awal lagi sudah dipecahkan
dengan suara suara hingar bingar di kota
metropolitan. Bunyi hon, deruman enjin kenderaan di darat dan udara menjadi
halwa telinga tetap penduduk kota
setiap hari, sejak awal awal pagi. Di sebuah rumah banglo di pinggir kota, sepasang suami
isteri sedang menikmati sandwich, telur hancur, dan jus oren bersama di meja
makan. Kelihatan anak gadis mereka turun dari tingkat atas dengan wajah ceria.
" morning, ma..ayah.."
"amboi, ceria semacam sahaja pagi
ini. what's dream come to you last night?" tegur si ibu.
" bukan mimpi ma…reality!!"
jawabnya.
" why don’t you tell us your
"reality story".." si ayah mencelah.
" semalam, budak tu dah telefon
ikin…" jawabnya gembira.
" apa yang special sangat pasal dapat
call dari boyfriend?? Sebelum ni pun selalu juga kan call…siap pergi keluar dating
lagi.." bicara si ayah, sedikit pelik.
" yang tu semua lain bang, yang ini
istimewa..dia sekarang dah jumpa dream boy dia…ustaz pulak tu.." si ibu
tolong menjawab.
Tiba tiba si ayah tersedak. Nyaris nyaris
tersembur jus oren yang diteguk sebentar tadi.
" what do you mean by ustaz??"
dia bersuara kembali bila keadaan tenang.
" dia ada pegangan prinsip prinsip
yang pelik pelik…tak boleh telefon perempuan sebab tak boleh dengar suara
perempuan..kecuali perkara penting…lain dari yang ikin pernah jumpa sebelum
ni…"
" bunyi macam prinsip granpa
kamu…."
" ala ayah, releks la. Ini orang muda
lah ayah..bukan orang tua. Dia tak kolot.."
" mana kamu tahu?"
" semalam, pukul tiga pagi, tiba tiba
dia telefon ikin tau ayah…"
" tiga pagi?? Buat apa??"
" just to tell me that he really
really miss me!!!"
" amboi..nampaknya anak awak ni dah
jatuh cinta lagi….."
"nampak sangat kan,
lelaki ni sanggup korbankan prinsip kan demi
perempuan kan.."
tiba tiba si ibu mencelah.
" eh…tak semua lelaki tau…tidak
termasuk saya…" si ayah menjawab.
" yelah tu.."
"sudah, dah lewat ni. I kena pergi
office sekarang. Pukul 9 nanti ada meeting dengan client dari
Kanada..bye.."
Megat
bangun meninggalkan anak dan isterinya. Ikin mula menikmati roti sandwich
perlahan lahan, sambil sesekali menghirup jus oren dari gelas.
" pandai betul Ikin ya, sampai Ikin
dapat tundukkan budak alim tu…"
" kan ikin dah cakap kat mama. Lagipun ikin
dah berpengalaman kan
mama…dah banyak lelaki yang ikin kenal…perangai dan sifat dia orang semua dalam
kocek ikin tau.."
" iyelah tu…but don’t forget…your
important exam dah tak lama dah. Jangan sampai terabai pelajaran…"
" alah mama ni, kalau ikin fail pun,
apa salahnya ma. Ayah ka nada bisnes besar, ikin boleh kerja dekat tempat ayah
je kan ma…"
jawabnya . " okeylah ma, ikin kena pergi kolej dulu ni…see ya..bye…"
" okay, bye…" si ibu hanya
menggeleng gelengkan kepala. Beginilah bila jadi anak orang kaya, jadi tak
bersungguh. Sebab menganggap harta ayahnya banyak lebih daripada cukup
untuknya.
*******************************************************************************
Dar aytam. penghuni yang lain sudah turun
ke padang
beriadah, Rahman bersendirian di bilik. Sedang dia mengelamun, Telefon bimbit
bergetar di dalam koceknya. Dia segera mencapainya. 1 mesej diterima. Mesti
dari ikin. Dibukanya. Rahman hanya tersenyum sambil menggeleng gelengkan
kepala. Dia teringat detik detik awal Ikin mula mula versi sebegitu
menghantarkan mesej itu kepadanya.
Dia
masih ingat pada satu pagi, tiba tiba dia mendapat mesej dari Ikin. "Aman, saya minta maaf hantar
mesej begini kepada awak. Tapi saya kena hantar juga untuk ceritakan kepada
awak. Walaupun saya tak berapa jelas muka orang itu tapi saya tahu dia adalah
awak..". dalam mesej itu Ikin menyebut yang dia bermimpi dia melalui satu
malam istimewa bersama lelaki yang didakwanya Rahman. Mulanya dengan solat
jemaah berdua, tetapi kemudiannya berlanjutan dengan perincian yang hanya wajar
dan halal dilakukan oleh pasangan suami isteri. Rahman hanya tersenyum, sambil
menggeleng gelengkan kepala. Kerana dia pun punyai nafsu seperti insan insan
yang lain.
Bila
mana dia tidak membalas mesej tersebut sehingga petang, ikin menelefonnya dalam
keadaan teresak esak. Dia meminta maaf pada Rahman, dan mengakui dia tidak
wajar menghantar mesej begitu kepadanya. Rahman bertindak memahami Mad'u, dia
memaafkan, kerana dia faham suasana dan keadaan Ikin.
Sejak
itu ikin semakin berani menghantar mesej mesej versi yang sama kepadanya.
Setiap kali jugalah dia akan meminta Maaf dan Rahman akan memaafkan dan
menasihati.
" tak mengapa, saya faham, awak dah
terbiasa dengan benda macam ni, tapi awak kena tinggalkan juga walaupun
perlahan lahan. Quran pun mengharamkan Arak
secara berperingkat, kerana lalinya dan terlalu biasanya masyarakat ketika itu
dengan arak, sehingga tidak mungkin ditinggalkan secara mengejut dan
serentak".
Entah
macam mana akhirnya Rahman sendiri terjebak dengan mesej mesej sebegitu. Rahman
sedar, ia sebahagian daripada larangan agama. Namun ada bisikan mengatakan, ini
adalah memilih antara dua bahaya. Jika dia tidak menceburi bahaya yang lebih
ringan ini, dibimbangi bahaya lebih besar menimpa Ikin, jika dia terus merajuk
dan lari dari Rahman.
"assalamualaikum…" suara salam
menyentak lamunan Rahman.
"waalaikumusalam warahmatullah…"
salam dijawab dalam keadaan masih hilang terkejut.
" jauh menungnya aman, kau
teringatkan siapa ni…" Yusof duduk di sebelah Rahman, memulakan bicara.
Bila pula duduk di hadapan Rahman.
" tak ada apa sop..termenung kosong
je…" jawab Rahman.
" macam mana imtihan? Ok man?"
" alhamdulillah…macam biasa je. Sekarang
dah berusaha, tinggal doa dan tawakkal."
"alhamdulillah…mesti
kau dapat keputusan cemerlang nanti kan
Man!!"
"
aku tak hebat macam kau..kau ustaz heheheh"
"
man, aku ada nak cakap sikit dengan kau ni man…"
"
cakaplah sop..banyak pun tak mengapa…."
" macam ni man, dah ramai orang jumpa
aku, cerita macam macam pasal kau ni…"
" cerita macam macam? Biasalah
sop..manusia tidak pernah berpuas hati…tak mungkin kita nak puaskan hati semua
orang kan?"
" betul tu man, tapi, ini bukan pasal
tak puas hati…"
" habis tu pasal apa sop?"
Yusof
terdiam seketika. Terasa berat untuk meneruskan bicara. Namun dia mesti
memberitahu segalanya sekarang.
" Aman, kita dah lama kenal kan. Dari kecil.
Semenjak kita semua ditempatkan di sini. akhir akhir ni aku tengok kau banyak
berubah. Mula mula aku ingat perasaan aku seorang. Tapi kawan kawan yang lain
pun…."
" sop, aku faham.tapi sop, bila umur
kita dah meningkat,mungkin cara kita semua ada perbezaan…tak macam masa budak
budak dulu lagi"
" kalau sesama kita man, mungkinlah, tapi
orang lain pun mula bercakap tentang perubahan kau.." bilal yang tadi
senyap bersuara.
" orang lain?? maksud kau adik adik
kita, lal?"
" dia orang pun termasuk man. Kawan
kawan di padang.
Abang Fauzi di Sauq
pun
selalu juga Tanya kami, tentang kekerapan kau top-up kredit untuk telefon
bimbit. Yang hisbah tiap tiap malam pun Tanya, sebab selalu nampak kau tengah
tengah malam, masa dia orang buat rondaan sekitar tempat kita ni. Kawan kawan
sekelas kau pun.."
" eh, nampaknya macam perubahan aku
ketara ni…" Rahman bersuara seketika.
" memang ketara man, sampai ustaz
ustaz di kampus, sheikh sheikh yang mengajar masjid pun perasan. Ramai yang
cakap, kau seolah olah menghadirkan tubuh di majlis ilmu, tapi, fikiran kau di
tempat lain…"
Rahman
terdiam. Baru dia sedar, betapa semua orang memerhatikannya. Yusof dan bilal
turut terdiam seketika, sehinggalah Rahman berbicara semula.
"macam nilah…sop,lal.. aku mengaku,
aku memang sibuk dengan sms dan talifon. Ada
seseorang di luar sana perlukan bimbingan..salahkan aku
luangkan masa aku untuk dia?"
" tak salah man. Bimbingan itu
sebahagian daripada dakwah kita pada orang luar. Tapi cara kau man..buat orang
bersangka pada kau…"
" tapi, kalau orang tahu hal sebenar,
lagi timbul fitnah sop, lal…"
" man, kau bukan berdakwah di zaman
jahiliyah sekarang. Abu jahal dan abu lahab tak ada di sekeliling kau. Tak ada
orang nak halang dakwah kau man…" bilal mencelah.
"bukan itu maksud aku, lal…"
"habis?" yusuf dan bilal
serentak menyoal.
" sebenarnya, orang yang perlu bimbingan
tu..muslimat…"
"oh..patutlah ustaz aman nak sendiri
sendiri..rupa rupanya dah ada ustazah….!!" Bilal berseloroh.
" tengok…belum apa apa kan dah cakap macam
tu…" Rahman membalas, geram.
"releks la aman, jangan emosional
pulak. Bilal bergurau aje tu…tapi kalau betul apa salahnya man, boleh makan
nasi minyak dengan ayam masak merah.." yusof menenangkan Rahman, namun
sempat lagi berseloroh.
"ye lah tu..aku bukannya apa, aku
takut kau orang tak dapat memahami situasi yang aku alami. Sebab…sekarang aku
dan kau orang dah berbeza.." Rahman menjelaskan.
"beza??aku sebananya tak faham man,
apa maksud kau "beza" ini…" Bilal menyoal.
" macam ni, kau orang sekarang dah
jadi mula berlatih tazkirah, kuliah, kadang kadang gantikan ustaz Rozali.
Maknanya kau orang dah jadi ustaz. Bila kau orang jadi ustaz, benda benda biasa
yang bila orang biasa buat, tak salah. Tapi bila ustaz buat, akan jadi isu
pula..". yusof dan bilal tekun mendengar.
"jadi, aku takut, kerana perbezaan
ini, kau orang menganggap aku sama seperti kau orang. Kena jaga apa yang kau
orang kena jaga..sedangkan, aku berbeza dengan kau orang…" Rahman
menyambung lagi.
" contoh??" yusof mencelah.
" okay, sekarang aku dah bagitau kau
orang, aku ada berhubung dengan muslimat, nak bimbing dia..mungkin bagi kau
orang kau orang lebih memilih untuk mengelakkan dari berhubung selalu dengan
dia..sebab kau orang ustaz…tapi aku..keadaan aku lain..". Yusof dan bilal
berpandangan mendengar perkataan Rahman.
Belum sempat dua temannya berbicara,
Rahman menyambung lagi. " aku tahu, kau orang sayangkan aku, sebab tu kau
orang ceritakan semua ini..tak nak orang terus bersangka pada aku..terima
kasih, sop, lal..tapi aku harap kau orang berdua faham situasi aku, walaupun
kau orang tak melalui apa yang aku lalu…sebagaimana aku memahami kau orang
juga…".
Belum sempat temannya membalas bicara,
Rahman bangun dari katil, menuju ke almari. Kemudian dia mencapai tuala dan
baldi kecil berisi peralatan mandi, melangkah ke bilik air, meninggalkan Yusof
dan Bilal di tempat mereka berbual tadi.
Yusof buntu. belum pun sempat apa apa,
Rahman seolah menutup ruang perbincangan. Bagaimana dia mahu menunaikan
tanggungjawabnya menasihati Rahman tentang adab hubungan dan percakapan dengan
perempuan bukan mahram, setelah dia mendengar dan melihat sendiri gelagat
Rahman bertalifon kelmarin.
"Sabar Sop, mungkin ada peluang kita
lain kali…" ujar Bilal.
" ye lal, harapnya begitulah…."
2 komen:
terbaek la ustaz..lame dah tunggu sambungan nie..cite nie beh sbb reality life story..jazakallahu khaira
wa antum fajazakumullahu khaira
terima kasih byk2 sudi follow cerita ni..
dan maaf jika menunggu lama...
agak sukar cari idea utk teruskan terutama dlm kesibukan..
doa-doakan cerita ni ada sambungannya lagi
Catat Ulasan