ketika cinta ditalbis- episod5



"esoknya, aku disuruh berkemas baju. Katanya nak hantar aku ke satu tempat,
sementara waktu sahaja, mereka nak bawak anak mereka bercuti, untuk tenangkan
fikiran.katanya nak bawa aku juga, tapi tiket kapalterbang cukup cukup untuk
mereka bertiga. Aku tak kisah. Aku turutkan sahaja mereka. Rupa rupanya mereka
bohong aku. Mereka hantar aku ke rumah penjagaan orang tua. Mereka laporkan aku
sudah tidak dapat berfikir dengan baik, cuba memaksa mereka hidup macam zaman
dulu dulu….padahal aku…aku Cuma nasihatkan mereka tentang menjaga agama…." Suara
pak tua sekali lagi tersekat dek sebak dadanya.


Pagi itu berlangsung seperti sedia kala. Usai solat Subuh dan zikir pagi, mereka bersarapan di kantin Dar al-Aytam. Tika yang lain berjalan beramai ramai menuju kantin, Rahman pula berlari ke arah bilik asrama. Kalut dan seperti hendak cepat sangat, hingga tidak sedar dia nyaris melanggar ustaz rozali yang berjalan bertentangan arah dengannya.
"assalamualaikum…err..saya minta maaf ustaz.."
" waalaikumussalam….gaduh nak ke mana ni…ore lain dok hala ko kantin, kamu berhungga ke asrama.."
"heheh.. ada barang tercicir di bilik, ustaz…" jawabnya sambil tersenyum.

Kaki Rahman pantas memanjat tangga, menuju ke biliknya. Pintu dikuak, matanya memandang ke atas katil. "eh, mana pula perginya…" detik hatinya melihat tiada kelibat telefon bimbitnya. Habis sekitar katil diselongkar, bawah bantal, bawah cadar, hingga ke bawah katil, tetap tidak ada. Dia cuba mengingat ingat kembali, telefon selalunya di dalam kocek baju..bangun tidur, dia terus ke bilik air., selepas itu dia ke bilik membasuh, meletakkan bajunya ke dalam mesin basuh…oh tidak!!!!

Dia pantas berlari ke bilik basuh. Apa yang dapat dilihat hanyalah bajunya yang berputar putar di dalam mesin basuh bersama baju baju lain. Tergamam seketika dia, sementara matanya masih merenung pakaian di dalam mesin basuh.
" aman, yang kau renung pakaian dalam mesin tu kenapa??"
"Ya Allah!! Terkejut aku!!" terperanjat dia tiba tiba ditegur.
"kau ni Mail, mujur aku tak sakit jantung…"
" yang kau tu, belum sarapan belum apa apa, dah sibuk mengkaji proses basuhan mesin basuh ni kenapa pula??"
" bukan mengkaji la….tapi barang berharga aku telah "terbasuh" sekali dengan pakaian pakaian ni…siapalah yang rajin sangat tolong mesinkan baju aku ni…."
" adik adik kita tu lah…selalunya kau seronok je orang tolong basuhkan…"
" yelah…tapi dah telefon aku dalam tu sekali nak seronok macam mana wahai Ismail…."
" siapa kata telefon kau ada dalam mesin basuh? Yang ini apa??" kata Ismail sambil menunjukkan telefon bimbit di tangannya.
"Alhamdulillah…..selamat fulus aku….terima kasih Mail…"
" terima kasih dekat Udin, dia yang keluarkan sebelum basuh baju tadi. Dah. Pergi sarapan cepat man. Ustaz pun ada kat kantin tu…"
"okey bos!!"

Rahman berlari menuruni anak tangga, kemudian menuju ke kantin. Dalam lariannya dia berselisih dengan Udin, dan Zubair, "Udin, terima kasih banyak banyak ya…nanti abang belanja!!" sempat dia menyapa. " eh, kanapa dengan abang Aman tu, tiba tiba nak belanja kau.." soal Zubair. "Biasalah bir, aku dah selamatkan harta paling berharga abang aman pagi ni…" jawab Udin.

Sampai di kantin, dia segera mengambil bahagian sarapannya. Kemudian matanya melilau seketika, mencari tempat duduk yang sesuai, akhirnya dia memilih untuk duduk di sebelah Yusof yang masih dalam proses menghabiskan sarapannya. Di meja yang sama ustaz Rozali, ustaz sulaiman dan pak cik salam sedang berbual bual. Yusuf dan Rahman hanya mendengar.

Cerita Pak cik salam atau pak tua itu masih belum masuk bab menyatakan sebab dia berada di kota metropolitan itu kelmarin. Ustaz sulaiman teringin sangat mengetahui sebab musabab kedatangan Pak tua, tapi dia menyabarkan hatinya, kerana dia pernah mendengar, tetamu yg baru bertandang jangan ditanya soalan bertubi-tubi, biar berehat dahulu. Ustaz rozali yang merupakan ketua pun tidak bertanya tentang perkara itu lagi. Lagipun dia teringat kuliah raheeq makhtum, ada menceritakan tentang bagaimana Saidina Ali menerima Abu hurairah sebagai tetamunya,ketika mula mula sahabat agung itu mula menjejak kaki ke di lembah tihamah untuk bertemu rasulullah s.a.w. sehingga hari ketiga barulah beliau bertanya kepada tamunya itu apa sebenarnya hajat datang ke bumi Mekah.

" itulah, setelah lama duduk di kampung, pak cik tinggalkan kampung…sebab mengikut anak dan cucu yang nak duduk dengan menantu. Pak cik mula mula tak nak, tapi diorang juga yang desak. Akhirnya diorang yang beria ria ajak duduk sekali dengan pak cik, diorang juga yang keluarkan pak cik dari rumah tu…" pak tua bercerita. Ustaz sulaiman tergamam, macam dapat baca hati aku pulak, terdetik nak bertanya terus bercerita. Detik hatinya.
" tapi aku tak kisahlah hal diorang hantar aku ke rumah orang orang tua tu…tapi mengapa sekarang sampai aku Tanya pasal anak cucu aku pun dia tak mahu jawab??" pak tua berhenti seketika, menghirup kopi panas yang sudah suam, yang masih berbaki di dalam cawan. Ustaz Sulaiman, ustaz rozali, yusof dan Rahman semakin memberi tumpuan pada cerita.
" orang lain diusir kerana nyanyuk, mengotorkan rumah…menyusahkan anak menantu…tapi aku diusir…" tiba tiba Pak Tua sebak, terhenti. Ustaz sulaiman yang berada di sebelahnya mengurut2 belakang pak tua, menenangkannya, " sabar ye bang…"ujarnya cuba mengurangkan kesebakan Pak tua.
" aku diusir kerana mempertahankan agama. Tapi bila aku fikir fikir semula, apalah sangat…nabi dulu pun diusir kerana agama, lagi hebat..". sedikit demi sedikit pak tua merungkai nostalgia. Semakin terungkai, semakin terasa menarik untuk didengar, dan semakin teruja untuk mengetahui rungkaian seterusnya." Maaflah, ustaz, saya ni bila bercerita macam ini lah, panjang, kalau ustaz ada kerja tak mengapalah…" ujarnya sebelum menyambung cerita.
" tak mengapa, pak cik. Kebetulan hari ni hari minggu. Lagipun banyak manfaatnya dengar pengalaman orang lama pak cik.." jawab ustaz rozali.

Pak tua terus bercerita. Yang lain tekun mendengar. Memori pak tua yang sedang bercerita itu kembali kepada satu petang beberapa tahun lalu. Ketika cucu perempuannya baru balik dalam keadaan sugul, menangis teresak esak, mengejutkan dia, anak dan menantunya yang sedia berada di ruang tamu.
" ikin, kenapa ni? What's happen?" tegur anak perempuan pak tua.
" its happen again, ma.."jawabnya dalam keadaan teresak.
" clash lagi??" sampuk ayahnya yang bernama Megat itu.
" dia minta lebih lebih dari ikin…ikin tak bagi…lepas tu terus dia putuskan…"
"baguslah begitu, sebelum lebih teruk…" Pak tua pula menyampuk.
"Ayah…." Anak perempuannya mencelah pula. Megat hanya memandang.
" kenapa? Salah ke apa yang aku cakap? Biarlah putus daripada berlaku benda yang lagi teruk…"pintas Pak tua.
"ayah, sekarang bukan masanya untuk ayah berceramah. Cucu ayah tengah bersedih tu kan…" megat bersuara.
" biar bersedih sekarang, bersedih sebelum terlambat, jangan bersedih kemudian. Aku ni bukan ustaz megat, nak berceramah, tetapi sebagai orang tua dalam rumah ni aku bertanggungjawab menasihati kamu semua.." belum sempat pak tua meneruskan cakapnya, kelihatan tiga beranak itu seperti mahu bangun, meninggalkannya sendirian di ruang tamu. "ikin, kalau kamu nak naik, naiklah ke atas. Kamu berdua tunggu, jangan nak kemana mana. Kali ini dengar aku cakap sampai habis. Kita berbincang masalah ini." pantas pak tua menghalang.

Sebaik sahaja bunyi pintu bilik cucunya ditutup, pak tua kembali bersuara. " selama aku duduk dengan kamu ni, dah dua tiga kali aku tengok, aku dengar cerita cucu aku ni. Dipermainkan kawan lelakinya. Apa tindakan kamu berdua sebagai ibubapanya??"
" ayah, menurut pakar, ini perkembangan biasa bagi remaja. Berkenalan lelaki perempuan, keluar bersama, satu perkembangan normal. Tak perlu kita halang.."jawab Megat.
" normal kata kau? Anak jantan orang nak buat benda tak elok pada anak kau kau kata normal…astaghfirullahalaziim…."
" tapi ayah, ini bukan zaman ayah muda muda dulu…bukan juga zaman kami…zaman dah berubah ayah.."
"aku tak bercakap pasal zaman Megat. Aku bercakap pasal hukum hak Allah sebut dalam quran, hak nabi sebut dalam sunnah…"
" tapi ayah, mereka bukan buat apa apapun…bukan terlanjur.."
" ya bukan terlanjur, kamu nak biarkan sampai terlanjur?? Orang lelaki dan perempuan bukan mahram ni, pandangan pun ada batasnya, bukan boleh sebarang tengok, inikan pula nak berusik bercuit, nak berpegang pegang.."
Megat dan isterinya akhirnya hanya terdiam. Tiada lagi hujah mahu dijawab kepada pak Tua.
"aku harap diam kamu berdua sekarang ini diam berfikir. Fikirlah amanah tuhan yang dia beri pada kamu berdua. Aku bercakap semua ni kerana aku sayangkan korang semua, aku sayangkan cucu aku."

Empat pendengar betul betul tersentuh dengan kisah pak tua itu. Kesudahannya bagai sudah dapat diteka. Tapi mereka membiarkan pak tua sendiri yang menerangkannya.

" esoknya, aku disuruh berkemas baju. Katanya nak hantar aku ke satu tempat, sementara waktu sahaja, mereka nak bawak anak mereka bercuti, untuk tenangkan fikiran.katanya nak bawa aku juga, tapi tiket kapalterbang cukup cukup untuk mereka bertiga. Aku tak kisah. Aku turutkan sahaja mereka. Rupa rupanya mereka bohong aku. Mereka hantar aku ke rumah penjagaan orang tua. Mereka laporkan aku sudah tidak dapat berfikir dengan baik, cuba memaksa mereka hidup macam zaman dulu dulu….padahal aku…aku Cuma nasihatkan mereka tentang menjaga agama…." Suara pak tua sekali lagi tersekat dek sebak dadanya. Ustaz sulaiman sekali lagi cuba menenangkan.

" duduklah aku beberapa tahun di rumah penjagaan. Dalam pada itu, ujian demi ujian dibuat ke atas aku, syukur pada tuhan, terbukti aku bukanlah berpenyakit seperti dakwaan mereka. Pihak rumah itu cuba menghubungi mereka untuk memberitahu, aku dah sedia untuk dihantar pulang. Tapi mereka gagal dihubungi. Aku akhirnya ambil keputusan untuk kembali ke kampung. Dua tiga hari di kampung, aku merasakan perjuangan menyelamatkan anak menantu aku belum selesai. Aku datang semula ke Bandar. Aku cuba cari mereka. Tapi bila aku jumpa Megat, ini yang dia buat kepada aku…" pak tua menyentuh perlahan balutan kepalanya.

Dalam kesayuan mendengar cerita, hadir perasaan kagum dengan kesungguhan pak tua menyedarkan keluarganya dari kelalaian. Insan sepertinya memang hebat, berani mempertahankan haq di tengah tengah arus kejahilan.
" pak cik memang insan yang hebat…semoga Allah memberkati segala usaha pak cik ni…untuk mereka pula, semoga Allah memberi hidayah kepada mereka untuk kembali. Sama sama kita berdoa ya, pak cik" ujar ustaz rozali. " ya. Harap harap begitulah…"jawab pak tua.

Jam menunjukkan lagi lima minit pukul tujuh setengah. Ustaz Rozali, yusof dan rahman meminta diri untuk beredar. " nak ke mana lepas ni bang?" soal ustaz sulaiman kepada pak tua. "entahlah man, aku pun tak tahu…"jawabnya.
" apa kata saya bawa abang ke satu tempat…mesti abang suka.."
" tempat apa tu??"
" sebijik macam kampung bang..ada dusun, ada kebun, ada ayam itik, arnab..lembu kambing…"
" kau ni sleman, macam tau tau minat aku…."
" saya pun orang kampung juga bang…"
Mereka dua terus keluar dari kantin menuju aerovan ustaz sulaiman. Kemudian kenderaan itu meluncur laju menuju ke pusat Agro kota cahaya.

bersambung ke siri seterusnya...

11.17am-22disember09

0 komen: