Pecah Rumah Sendiri...??


Saya sangat bersyukur kpd Allah mengurniakan saya kawan kawan yang pelbagai latarbelakang, termasuk yang pernah tersilap menitikkan titik noda dlm hidup. Namun peluang perlu diberi kpd mereka, agar mereka tak kembali mengulangi. Sebab itu di kampung saya ada berkawan dengan mereka, dan dengan seorang dua dari mereka dengan agak rapat.

Biarpun pada mata masyarakat mungkin mereka ini negative, namun jangan kita lupa segala yg Allah jadikan itu ada hikmahnya. Dan hari ini, siang tadi sekali lagi Allah dedahkan di depan mata saya, salah satu hikmah itu.

Atas sebab sebab yg x dapat dielakkan, pulang dari solat zohor saya tidak dapat masuk ke dalam rumah kerana kunci yg sepatutnya saya bawa terlupa dibawa. Kalau pintu kayu bertombol biasa, saya boleh saja membukanya insya Allah kerana ada pengalaman, tapi pintu rumah saya ni sliding door.jadi payah sedikit. Saya juga korek2 dengan kunci lain, dengan dawai, namun mungkin kerana bukan bidang saya saya tak berjaya. Saya ada panggil seorang pak cik utk membantu saya, namun usaha pak cik itu juga tidak berhasil.

Tiba2 saya teringat seorang kawan saya. cepat2 saya menghubunginya dan menceritakan masalah saya. sebentar kemudian dia tiba. mula mula dia bercadang nak memanjat ke tingkat atas, tempat satu2nya pintu kayu bertombol yg tidak berpagar gril. Tapi saya kata tak boleh sebab pintu itu dikunci pula dengan selak dari dalam.

Akhirnya saya menghulurkan satu dawai besi yg agak kasar sedikit. Dengan izin allah sekejap sahaja kawan saya berjaya membuka pintu slide door itu. maka dapatlah saya masuk Alhamdulillah…

Saya mengucapkan terima kasih kepada kawan saya itu..bukan sekali ini saja dia telah membantu saya dengan kemahiran anugerah Allah padanya…

22disember09-12.03am

0 komen: