Majlis Maal Hijrah Masjid Jamek kg Dong


SABTU,19DISEMBER- alhamdulillah, masjid jamek kampung dong telah menganjurkan majlis sambutan maal hijrah@awal muharram 1431hijrah. sebenarnya pada mulanya pihak masjid bercadang untuk menjemput dr asri zainul abidin sebagai penceramah jemputan, namun alhamdulillah dapat menjemput anak murid beliau.


majlis dimulakan dengan bacaan al-Quran oleh mohd syahid b m.sabri, yg tidak asing lagi dalam bidang tilawah al-'quran terutamanya dlm majlis2 tilawah zon dong, daerah raub,negeri pahang dan juga peringkat kebangsaan. tidak ketinggalan MASISUPA.


slps itu penceramah jemputan memulakan penyampaian ilmunya. beliau ialah Mohd khairil anwar bin abd latif, lulusan BA(hons) fiqh dan usul fiqh dan master pengajian sunnah, kedua2 nya di UIAM Gombak. antara perkara yg disentuh beliau kefahaman sebenar tentang tahun hijriah, yg membawa kpd lahirnya amalan amalan yg tiada asal dr Nas. beliau juga turut menyentuh beberapa periwayatan yg lemah, dan kadang2 palsu yg berkaitan dgn muharram dan peristiwa hijrah. beliau turut mengaitkan konsep hijrah dengan tangungjawab dakwah setiap insan bergelar muslim. beliau juga menyebut tentang hadis niat dan kaitannya dengan hijrah, kenapa baginda s.a.w menyebut hijrah sbg contoh dlm masalah niat.


majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan dan anugerah tokoh2 maal hijrah. selain sumbangan kpd pegawai2 masjid yg setia berkhidmad memastikan masjid terus imarah, beberapa anugerah khas turut diberikan kepada beberapa individu dr pelbagai peringkat usia yg gigih dan istiqamah dlm mengimarahkan masjid.

anugerah warga emas: hj ariffin bin latif dan haji nuh

anugerah syabab masjid: nor Azman bin hasan

anugerah qudwah cilik: waqiuddin dan wafiuddin abd jalil

anugerah jasamu dikenang: us yasir bin amiruddin- bekas imam2 yg letak jwtn krn masalah kesihatan


anugerah tokoh maal hijrah bg tahun ini dianugerahkan kpd imam 1 masjid, tuan guru hj fathul ariffin b mohd saleh, yg telah berkhidmad dgn gigih bkan shj sbg imam, tapi juga sbg pendakwah yg gigih berjuang mnegakkan kebenaran walau apa jua rintangan menimpa.


selesai solat isya berjemaah, kami dijamu dengan masakan imam3 kami iaitu nasi putih,kari daging,sup ayam,sayur kacang dan hati,ulam ulaman dan air teh.


semoga majlis ini diredhai Allah, dan dikira sebagai amal soleh yg bermanfaat di dunia dan akhirat.


p/s: x ada gmbr, sbb penulis bertugas bg mc jd x sempat amik gambar

0 komen: