ketika cinta ditalbis episod 6

" mama ni, tak habis habis dengan kucing. Ikin pun terpaksa guna kucing jugalah
nampaknya. Mama, kucing yang alim kalau letak umpan yang busuk memang dia tak
nak mama. Tapi kalau letak umpan yang alim juga, mesti dia masuk jerat ma…"
" umpan alim??"



Sudah beberapa jam Aman menghadap monitor komputer di dalam makmal dar al-Aytam. Tangannya pantas menaip papan kekunci berhuruf arab, dalam menyiapkan tugasan yang ditugaskan pensyarahnya. Minggu ini minggu terakhir baginya sebelum tiba dateline menghantar tugasan pada minggu hadapan. Jarang dia menyiapkan tugasan lewat. Agak bimbang juga dia dengan waktunya yang dirasanya kian cepat terasa habis, terutama sejak asyik dengan sms dengan teman yang dianggapnya "mad'u" atau orang yang didakwahnya itu. Sengaja diletakkan status yang mengarahkan jangan diganggu, supaya ruang sembang yang terbuka secara automatic itu tidak mengganggunya. Tindakannya itu berhasil, apabila akhirnya dia berjaya menyiapkan tugasan itu tanpa gangguan.

"alhamdulillah, akhirnya siap juga.." mulutnya melafazkan syukur ketika tangannya menaip papan kekunci menyimpan fail tugasan ke dalam thumbdrive. Ketika mahu klik pada ikon mengeluarkan thumbdrive dari USB port, dia terpandang ikon laman sembang di tempat yang sama. Terus ditekan, dan diaktifkan." Sekarang nak chatting pun dah tak ada masalah, kerja dah selesai…" ujarnya. Dia dan laman sembang tak boleh dipisahkan, terutamanya dalam menjalankan tugasnya sebagai teknoda'ie. Di dalam laman sembang itu tempat dia menyampaikan ilmu sedikit sebanyak, Cuma akhir akhir ini, sejak dapat mad'u yang seorang ni, Aman jarang jarang sekali berdakwah di lobi laman sembang. Masa lebih banyak dihabiskan dengan private message bersama temannya yang seorang itu. Baginya tidak mengapa, memberi penumpuan pada mad'u yang perlukan tumpuan khusus.

Namun sejak akhir akhir ini, sesi soal jawab agama sudah bertukar menjadi sesi pakar kaunseling pula. Tidak seperti mula mula dahulu, si teman ini lebih banyak bercerita tentang pengalaman silam, masalah peribadi, berbanding persoalan persoalan lainnya. Kaunseling dan bimbingan itukan dakwah juga, jangan jumudkan dakwah!!detik hati Aman. Aman memeriksa mesej mesej dari laman sembang ketika dia offline tadi. Siap ada miscalled online lagi dari teman yang bernama Ikin itu.

- slm, aman..kenapa offline ni
- jawablah aman, saya nak Tanya soalan agama ni

kemudian terdapat beberapa miscalled online dari ikin. Aman memeriksa status Ikin, masih online. Tiba tiba icon berbentuk telefon itu berkelip kelip dan berbunyi. Ikin dah menelefonnya secara online. Mahu dijawabkah?? Dia tidak pernah bercakap dengan bukan mahram kecuali urusan urusan yang perlu sahaja. Dengan orang orang yang tertentu sahaja. Baik dalam telefon, atau di luar secara berdepan. Dalam keadaan gelabah aman mengambil headphone dan mencucuknya pada salah satu port pada CPU. Dia menekan pada butang jawab.

"assalamualaikum…" suara lunak seorang gadis kedengaran.
"er..waalaikumussalam…"
"Aman ya tu…ni Ikin…"
"ye..saya ni…err apa dia soalan yang awak nak tanya tu"
" alah…tadi memang ada soalan yang saya nak Tanya.tapi dah dapat jawapan dah."
"oh, awak dah telefon ustaz lain ke..baguslah…lepas ni tak payahlah telefon saya lagi untuk solan..ustaz jawab lagi jelas kan.."
"bukanlah awak ni…hihihi…saya dah dapat jawapan tu masa saya cari dalam internet tadi..awak lambat sangat online"
" eh saya bukan sengaja tak online. Saya kena siapkan tugasan saya. ni dah siap baru boleh online…"
"oh begitu….tak mengapalah…terima kasihlah sudi jawab panggilan saya..hikhikhik…seronok dapat dengar suara awak..selalu dapat dengar dalam nasyid awak je…rupanya cakap lagi best dari nyanyi.."
" ehehe..ada ada saja awak ni…"
"oklah…bye…eh silap..assalamualaikum…"
"waalaikumussalam…"

Talian dimatikan. Ada ke dia cakap suara aku bercakap lagi sedap dari menyanyi. Tapi suara dia pun sedap juga ape.detik hatinya.

" assalamualaikum…."
"haaah..waalaikumussalam…huih terkejut aku…"

Yusof menggeleng gelengkan kepala. " orang beri salam pun boleh terkejut….entah apalah yang difikirkan kawan aku sorang ni…"
" hehehe tak ada apa sop…tak ada apa…yang kau tiba tiba datang buat aku terkejut ni kenapa?"
" tadi kan kau minta aku semakkan tugasan kau tu. Dah berapa jam kau memerap dalam makmal ni, aku rasa mesti dah siap kot. Atau kau memerap chatting je dalam ni…"
" hehehe baik sikit ye…chatting chatting jugak…kerja mesti siap sop…"
" kalau macam tu bagus lah. Ni aku punya ada dalam ni, kau tolong semakkan sekali ya…"
" ok, ok, aku punya ada dalam ni". Mereka bertukar tukar thumbdrive yang berisi tugasan. Memang menjadi amalan mereka, berbincang, semak menyemak dalam tugasan dan pelajaran. Kemudian mereka beriringan keluar dari makmal komputer, menuju ke bilik asrama. Mereka berhenti seketika dekat penyejuk air [water cooler]. Yusuf menadah air sejuk dari paip ke dalam gelas plastic yang tersedia. Kemudian dia duduk di atas kerusi di tepinya, meneguk air menghilangkan dahaga. " aman, kau ingat tak cucu atuk tu yang dia ceritakan tu…" soal yusof.
" ingat…kenapa sop, kau berkenan ke? Biar aku beritahu atok tu.." ujar aman sambil menunggu air memenuhi gelasnya.
"eh ke situ pulak dia..sekali aku simbah dengan air ni karang…"
"heheh sabar ustaz sabar…habis tu kenapa tiba tiba Tanya?"
Mereka berjalan meninggalkan penyejuk air, meneruskan langkah yang berbaki ke bilik.
" tadi, pak cik sleman cerita dekat aku. Dia cakap atuk tu cerita, cucu perempuan dia selalu chatting juga. Kau kan rajin chatting, mana tahu kalau kalau boleh tolong cari…"
" boleh tu boleh sop…tapi laman sembang yg mana…bukan ke banyak..kalau tahu nama pun belum tentu jumpa…"
" kau kan banyak masa lapang utk chatting…kau perlahan lahan lah cari…"
" banyak masa kau cakap? Yang seorang ni pun dah tak terlayan sop oiii.."
"eh, macam menarik tu man. Siapa seorang yang tak terlayan tu man…"
Aman terdiam. Macam mana boleh terlepas cakap ni.
"alah man..kenapa diam. Ceritalah…aku nak tahu juga. Kita kan kawan dari kecil lagi kan…."
" mana ada apa apalah sop…mesej mesej biasa je….sembang sembang biasa je…"
" biasan man? Bukan semalam aku kenal kau man…kau cakap tadi, seorang ni pun dah tak terlayan…ni mesti ada yang istimewa ni…"
Aman hanya mampu tersengih. Macam manalah mulut aku boleh terkeluar rahsia diri aku tadi…detik hatinya.
" dah, dah..jangan buat muka tersengih macam kerang busuk pulak…aku bergurau je Man. Aku tau, aku percaya dan yakin dengan sahabat2 ni…okla man…dah nak dekat waktu Zuhur dah ni..jom kita siap siap pula…" Yusof mematikan perbualan. Dia meninggalkan Rahman, masuk ke bilik, mencapai tuala dan menuju ke bilik air.

Aman tersenyum. Dia faham benar Yusof. Dulu semasa kanak kanak mereka semua lebih kurang sama. Sama nakal. Sama berani membuat satu benda baru. Bila meningkat usia ni baru nampak perbezaan antara mereka. Yusof paling matang, sebab itu ustaz Rozali melantiknya sebagai ketua di Dar Aytam. Dan dia tahu Yusof tak pernah dan tak akan memaksa dia bercerita rahsia peribadinya itu. Walaupun nampak gayanya macam dia mahu tahu sangat sangat.

*********************************************************************
Hangat mentari tengah hari langsung tidak terasa di rumah berhawa dingin itu. Penghuninya selesa diulit angina sejuk penghawa dingin. Seorang anak gadis turun dari tingkat atas rumah banglo itu.

" hai ma, buat apa tu?"
" tak ada apa, online…tengok tengok laman laman web yang menarik..eh ceria semacam aje ni..mesti ada apa apa"
" mestilah ma..rancangan ikin dah berjaya…"
" rancangan apanya ikin..tak habis habis.."
" budak tu dah cakap dengan ikin dalam talifon tadi…"
" ikin..ikin.. tak habis habis dengan boyfriend…"
" alah ma….salah ke? Bukan ke ayah selalu sebut, it’s a part of circle of life…"
" ye lah…lepas tu bila frust, bila clash, boyfriend entah ke mana, ikin juga yang merana…"
"kali ini lain ma…ikin pilih yang lain kali ini..dia bukan macam lelaki lelaki yang ikin jumpa sebelum ni…"
" lelaki sama je ikin…kucing, bila dapat ikan…."
" tapi kucing ni tak makan ikan mama…"
"habis tu dia makan sayur??"
"isk mama ni…bukanlah….mustahil dia ni nak minta bukan bukan dengan ikin…ikin nak bagi dengar suara ikin pun dia segan segan ma…"
" kucing ni ikin, depan kita memang lah…nampak ikan macam tak nak sentuh…dekat belakang kita, yang di bawah tudung saji pun diselongkarnya…alim alim kucing kata orang dulu dulu"
"mama ni tak habis dengan kucing…tapi ma, yang "alim" tu memang kena dengan dia ma…"
" what do you mean by that?" ibunya tiba tiba mengalih pandangannya dari laptop, ke wajah anak gadisnya itu.
"well…dia agak pelik, berpegang kuat dengan beberapa prinsip yang dia anggap part of the religious teaching…"
" don’t tell me that’s he is like your grandpa…."
" emm…sikit sikit je kot ma…ini kan orang muda la ma…lain la dengan orang tua..orang muda tak ada yang kolot macam granpa tu…"
" I think its better you concentrate for your study now my dear…"
" ikin tak cakap pun ikin nak kawin ma..ikin nak belajar dulu..sambung oversea…balik dapat kerja, baru fakir pasal kawin…"
" dengan dia??"
" kemungkinan besar….sebab dia dah jadi lelaki impian…". Ibunya hanya menggeleng gelengkan kepala, melihat anak yang berusia 17 tahun itu sudah pandai bercakap tentang lelaki impian, kahwin.

" fakir betul betul…orang "alim" ni lain kehidupannya dengan kehidupan kita. Ma takut Ikin tak terikut cara hidup itu nanti…"
"contoh??"
" muda muda lagi nanti kau dah kena berbungkus…jangan harap kau nak pakai macam kau pakai sekarang…" dia bersuara sambil menaip papan kekunci notepad, kemudian keluar beberapa gambar muslimah bertudung litup menutup aurat dengan sempurna.
"see…you want to be like this?? Every time you want to go out from your house…"
Si anak hanya memerhati. Kemudian si ibu menaip kekunci dan keluar pula beberapa gambar lain. Kali ini gambar muslimah berpurdah dan berjubah.
" atau kalau lagi hebat, you akan jadi begini….".
"oww…not me….bukan ikin ma…"
" kalau bukan, better bukan dia yang jadi lelaki impian kamu!!"

" mama jangan risau, kalau betul pun dia macam tu, ikin akan buat dia up-to-date mama. Macam apa yang ikin buat hari ini. mula mula dia beriya riya tak nak bercakap dalam telefon dengan ikin. Last2 ikin buat perangkap"
" sound interesting, dear. How did you trap that cat??"
" mama ni, tak habis habis dengan kucing. Ikin pun terpaksa guna kucing jugalah nampaknya. Mama, kucing yang alim kalau letak umpan yang busuk memang dia tak nak mama. Tapi kalau letak umpan yang alim juga, mesti dia masuk jerat ma…"
" umpan alim??"
" ikin cakap dekat dia melalui chatting, ikin nak Tanya soalan agama melalui phone, takut tak paham. Bila ikin call, dia pun angkat. Ikin cakap lah dah dapat jawapan, cari dan jumpa dalam internet. Lepas tu baru la dia sudi dengar suara ikin…."
Ibunya hanya menggeleng gelengkan kepala, mendengar kepintaran anak gadisnya itu.
" kita lihat ma, apa yang akan berlaku lepas ni….ikin akan update setiap perkembangan kat mama…hehehe"
"nampaknya macam ada harapan yang cerah…"
"Tengok orang lah mama"
" dan tengok la siapa pula "mama" orang tu…"
Mereka berdua ketawa. Sedar atau tidak, mereka Berkongsi ketawa dengan makhluk makhluk yang tiada kelihatan. Anak cucu Iblis yang turut ketawa, mendengarkan "propaganda talbis" mereka mula menampakkan kejayaan.

********************************************************************


bersambung lagi....

11.38pm-29/12/09

4 komen:

Tanpa Nama berkata...

kisah ni menarik tapi macam......... hehhehe

sanngupa berkata...

menarik la mil..tp panjang huhu

sofea berkata...

salam.
awak bleh x sy nk copy simpan buat dlm 1folder..sy lbh suka bce terus menerus dlm 1fail..huhu tapi klw xbleh mgikut terma2 awak...la ba'sa..sy xkisah pun.. =)

k teruskan ye..xsabar nk tahu kisah selanjut nye..maaf na..nk komen xbleh lagi,rase xptut lagi..k chayok2..

fiqhullughah berkata...

Allah..