" dia itu keris totok, kena berhati hati dengannya. Tapi apa nak buat, surau ini sekarang dah menerima bantuan kerajaan, kena ikut sajalah…" komen seorang ahli bulan tegar tentang perlantikan seorang pesara pegawai polis sebagai ahlijawatankuasa surau.
Cerita yang sebenar? Sebenarnya bukan kerajaan yang melantik dia. Bukan juga pejabat kadi-gelaran bagi pejabat agama. Tapi perlantikannya dibuat dalam mesyuarat ahlijawatankuasa surau yang keris dan bulan dua dua ada. Bahkan dipersetujui pengerusi surau yang bukan orang keris pun. Perlantikan dibuat selepas Mesyuarat bersetuju melantik dua ahlijawatankuasa tambahan dari pihak wanita dan seorang dari pihak lelaki.
Seolah olah bermula satu "era" baru pula. Ketika kaum hawa bergotong royong memasak untuk kenduri surau, bersama bekerja tanpa mengira keris atau bulan, ada lagi suara suara yang bertanya, boleh masuk awak ye dengan orang itu. ada juga berasa pelik bila muslimat yang datang mendengar majlis ilmu itu dari aliran keris.
Masih ada yang risau "bulan" akan pudar dari surau, di kala ibu bapa tanpa mengira keris atau bulan memberikan kepercayaan kepada anak anak untuk menuntut ilmu di surau.
Masih ada lagi yang berputar pada paksi yg sama. Dia itu tak guna rajin pergi ke masjid, sebab dia tau jaga solat sahaja, hukum Islam dia tentang juga, pemerintah zalim dia sokong juga. Kita pulak memang bagus dah menyokong perjuangan menegakkan hukum Islam, masalahnya ramai lagi antara kita liat untuk berjemaah ke masjid dan mendengar majlis majlis ilmu di masjid. Yang bertegang urat di kedai kopi tapi sayang tak menjaga solat jumaatnya yg seminggu sekali itu pun ada lagi..
Selagi kita berada di atas landasan al-Quran dan sunnah, teruskan kerja kita , jangan hiraukan semua itu. kita mahu Islam sebagai rahmatan lill alamiin itu nampak secara praktikal. Keindahan Islam itu perlu dizahirkan di hadapan semua manusia. Bukankah kita biasa dengar slogan ISLAM untuk semua, Islam for All. Bukankah aliran Keris juga termasuk dalam aalamiin, dalam semua, dan dalam all??
12.04am-18 sept2010-9 syawal
0 komen:
Catat Ulasan