Masjid,SuRau dan fungsi


Masjid era nubuwwah s.a.w
Saya teringat perbincangan tentang masjid nabi s.a.w di Madinah, ketika guru kami as-Sheikh Dr. Layeth Su'ud Jaseem, membentangkan tajuk pembinaan masjid sebagai pembinaan pusat gerakan daulah Islamiyyah, sebagai salah satu silibes subjek fiqh as-siirah.
masjid nabawi memainkan peranan yang cukup hebat dalam membangun ummah ketika itu, seterusnya menjadi pusat gerakan bagi banyak urusan penting. Selain menjadi tempat berhimpun menunaikan kewajipan solat 5 waktu, ia juga merupakan institut ilmu pengetahuan yang penting. Bahkan selepas berlaku perubahan qiblat ke masjidil Haram,Makkah, bilik khas telah diwujudkan sebagai kelas. Istitut ilmu ini diketuai oleh Abdullah bin somit, dengan penglibatan para sahabat sendiri sebagai tenaga pengajar. Antaranya Muaz bin Jabal dan Khalid bin saad yang mengajar Al-quran, serta al-Harith yang mengajar menulis dan mengira. Di masjid ini jugalah anak anak orang Islam belajar menulis daripada tawanan Perang Badar.
Kalau ada yang datang bertandang dan bertamu, masjidlah tempat mereka diraikan. Masjid juga menjadi institute kehakiman, dan ketenteraan. Pusat perubatan Islam juga bermula dari sini, ketika mana khemah ar-rufaidhoh pernah didirikan bertujuan merawat mujahidin yang tercedera di medan perang. Penjara terawal juga bermula bersebelahan masjid,ia merupakan penjara wanita, yang antara yang pernah menghuninya anak perempuan Hatim a-Thoii', saudara perempuan kepada sahabat A'di bin Hatim.


Halaman masjid juga tidak ketinggalan dari dimanfaatkan untuk tujuan kebudayaan dan riadhah, seperti nasyid di hari raya, bermain tombak, dan berlumba lari. Masjid juga tempat berkumpulnya kaum ibu, yang diketuai oleh Khaulah binti Yazid bin Askan.mereka melakukan aktiviti seperti membuat hasil kerja tangan yang akan dipasarkan di pasar pasar di madinah. Hasilnya pula digunakan untuk membantu para faqir.
Demikianlah gambaran ringkas tentang I'marahnya masjid di zaman Rasulullah s.a.w, dengan pelbagai fungsi. Ia merupakan salah satu contoh Tauladan yang wajib kita contohi. Tidaklah bererti kita perlu mengubah landskap memindahkan semua institusi ke masjid, tetapi kepelbagaian fungsi itu yang perlu kita tauladani.
kreatif dalam mempelbagaikan fungsi masjid & surau
Setelah mengimbas nostalgia kepelbagaian fungsi masjid ketika era rasulullah s.a.w dalam membangun ummah, tidak syak lagi Mempelbagaikan fungsi masjid dan surau, adalah satu perkara yang sangat diperlukan, salah satunya kerana ia menjadi daya penarik untuk lebih ramai orang mendekati masjid dan surau.
Kalau anda pernah menonton drama bersiri "geng surau", ia memberikan kepada kita idea untuk mempelbagaikan fungsi masjid dan surau. Pertandingan nasyid dan jualan barangan terpakai di perkarangan surau, aktiviti riadhah, kelas memasak, serta pusat khidmad masyarakat yang siap dengan talian telefonnya. Tinggal lagi idea idea ini perlu diperhalusi agar benar benar menepati syariat.
antara fungsi baru dan hilang fungsi??!!
Mempelbagaikan fungsi masjid dan surau, tidak bermakna segala benda boleh dibuat atau dibawa masuk ke sana. Di mana manapun kita berada, kita terikat dengan undang undang Allah, apa lagi di masjid dan surau.
Maknanya tidak wajar sungguh masjid dan surau dijadikan tempat "meng-usha", coupling, dating, atau lain lain perkara yang berkait dengan cinta terlarang. Atau dijadikan "port" untuk perkara perkara yang orang ramai katakana "khilaf" makruh dan haramnya seperti merokok, apalagi perkara yang disepakati haramnya !!
Seperkara lagi yang harus diambil perhatian dalam mempelbagaikan fungsi masjid dan surau, ialah keseimbangan fungsi utamanya sebagai "tempat sujud" itu dengan fungsi lainnya.
Ya, memang antara tujuan utama kita mempelbagaikan fungsi masjid dan surau itu untuk menarik minat golongan tertentu untuk ke masjid dan surau. Dan buat permulaan mungkin atas tarikan dan tujuan itulah orang akan mula rajin ke masjid dan surau. Tinggal lagi, kita tidak boleh lupa tujuan asalnya kita mahu mendekatkan orang ramai dengan rumah Allah, mengajak orang ramai mengingati allah, mempelajari agamaNya dan mengamalkannya. Jadi tidak bolehlah sampai fungsi fungsi lainnya mengatasi fungsi tempat sujud ini. tidak salah kita mengunjungi masjid surau untuk menggunakan wireless internet, atau tandas, atau sekadar berehat menghilangkan keletihan, beriadah dan mengisi masa lapang.
tapi janganlah sampai "selama lamanya" ketika waktu waktu ini sahaja kita bertandang, tapi tiba waktu solat atau majlis ilmu kita pun hilang!!!
21.37pm-pekan dong

2 komen:

Majdi berkata...

Assalammualaikum,
Saudara abu zubair... alhamdulillah saya bersyukur ditemukan dengan blog saudara. Sebenarnya saya juga bekas pelajar uia... saya juga berkeiginan untuk menyambung master dalam bidang usul fiqh di UIA seperti saudara. Kalau saudara tidak keberatan untuk berkongsi pengalaman.. boleh kah diceritakan sedikit tentang jadual waktu pelajar master bagi fiqh atau usulfiqh.Adakah waktu pelajaran bagi yang ambil coursework master terhad pada waktu bekerja sahaja atau ada kelas pada hujung minggu untuk mereka yang bekerja? Dan apa pandangan saudara jika ingin mengambil fullthesis.

Abu_Zubair berkata...

wslm wbt
maaf lewat membalas komen
di uia kelas kelas dijalankan pada hari hari biasa..utk part time biasanya ada kelas waktu pkul 5 ke atas..satahu saya x ada kelas khas utk part time yg hanya hujung mgu..
tinggal lagi di uia kita boleh pilih dan susun subjek yg kita ambil ikut kemahuan kita..
pendapat saya peringkat master elok ambil kelas sekali..sbb byk subjek2 membantu kita bila buat thesis nanti...
ala kulli hal syukran sudi menatap blog saya